Bab 12 :: Mimpi

1.3K 173 22
                                    

❝ Macam mana saya nak masuk Islam? ❞ soalan Namjoon mengejutkan Farhan dan Ikmal termasuklah Jin.

❝ Awak betul-betul ikhlas nak peluk Islam? ❞ soal Ikmal. Namjoon mengangguk dengan yakinnya.

❝ Sekarang saya akan ajar awak mengucap dua kalimah syahadah. ❞ kata Ikmal. Dia pun mengajar Namjoon mengucap.

❝ Saya pun. Tolong ajarkan saya. ❞ kata Jin pula.

❝ Jin hyung? ❞ Namjoon terkejut.

❝ Jin? Nama awak Jin? ❞ mereka berdua lagi terkejut selepas mendengar nama tu.

❝ Saya cadangkan awak tukar nama tu. ❞ kata Farhan.

❝ Kenapa? ❞ soal Jin pelik.

❝ Sebab tu nama saudara syaitan. ❞ Jin membulatkan matanya sebab terkejut lagi. Hey, boleh mati terkejut dorang ni.

❝ Baiklah. ❞

❝ Joon dengan Jin hyung SOLAT?!? ❞ Suga menjerit kerana terkejut.

❝ Nae. ❞ jawab Jungkook ringkas. Tanpa membuang masa, Suga pun memecah masuk bilik mereka berdua. Ketika itu, mereka berdua sedang duduk di atas sejadah sambil berdoa.

❝ Ya Allah, kau ampunilah dosa kami selama ini. sesungguhnya kami hanyalah hambamu yang lemah lagikan jahil. Ya Allah kau kasihanilah diri kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun lagi maha mengasihani. ❞ air mata mengalir di pipi mereka kerana mereka ikhlas nak bertaubat.

Pada mulanya niat Suga nak marah hyungnya, tapi selepas dengar semua tu, tak sampai hati pula dia nak marah.

❝ Yoongi, mari sini. ❞ panggil Jin dengan lembut.

❝ Ya hyung. ❞ Suga terus duduk di sebelah hyungnya, tapi agak ragu-ragu.

❝ Hyung buat apa ni? ❞ tanya Suga.

❝ Sebelum ni aku pernah cakap dekat kau yang aku nak cari ketenangan kan? ❞ RapMon berkata dan suga mengiakannya.

❝ Aku dah jumpa semua tu. ❞ katanya lagi. Suga berasa terkejut dengan kata-kata sahabat karibnya itu.

❝ Jinjja? Etteokhae? ❞

❝ Itu kau kena cari sendiri. ❞ jawab RapMon seraya melipat sejadahnya.

❝ Dan mulai sekarang jangan panggil aku RapMon dah tau, panggil Namjoon. ❞ tambahnya lagi. Suga hanya mengangguk dan tak mampu nak berkata apa-apa.

❝ Aku pun jangan panggil Jin hyung dah, panggil Seokjin. rupa-rupanya Jin tu sepupu sepapat syaitan. ❞ kata Seokjin sambil tergelak kecil.

❝ Hyung! Jadi betul lah hyung dah peluk Islam?! ❞ Jungkook meninggikan suaranya. Semua memandang Jungkook dengan muka kau-biar-betul-budak.

❝ Jungkook, kenapa tengking hyung macam tu? hormat lah, dia lagi tua pada kau tahu! ❞ JHope memarahi Jungkook buat kali pertama dalam hidupnya.

❝ Hyung pun nak salahkan Jungkook? Semua ni mesti ada kena mengena dengan perempuan berdua tu kan? ❞ Jungkook menuduh mereka walaupun mereka memang punca hyungnya hendak berubah tetapi bukan salah mereka pun.

❝ Kenapa Jungkook cakap macam tu? Dorang tak da kena mengena pun dalam hal ni. ❞ Jimin pula cuba menasihati Jungkook.

❝ Betul tu. Jungkook dah lah tu jangan diikut sangat amarah tu. Syaiton semuanya. ❞ V menenangkan Jungkook yang dah macam kena rasuk itu.

❝ Argh! Dah lah! Hyung semua sama je. ❞ jerit Jungkook. dia terus keluar dari bilik itu dengan menghentak-hentakkan kakinya.

❝ Aku benci hyung! Aku benci perempuan berdua tu! Agh! Aku benci semua orang! ❞ Jungkook menumbuk bantalnya untuk melepaskan geram.

❝ Kau tunggulah esok. Siap korang berdua aku kerjakan. ❞ kata Jungkook lalu melelapkan matanya dalam keadaan marah.

Sementara itu, JHope di dalam biliknya..

JHope teringat kembali perbualan antara dia dengan Namjoon dan Seokjin tadi.

❝ Hyung, betul ke apa yang Jungkook cakap tadi? hyung dah masuk Islam? ❞ tanya JHope. Mereka berdua mengangguk sambil tersenyum.

❝ Tapi macam mana? ❞

❝ Tu, Hoseok kena cari sendiri sebab semua ni tak datang kalau kita tak berusaha. ❞ jawab Namjoon.

Macam mana aku nak cari? Aku nak tapi tak tahu macam mana? getus hatinya.

Tiba-tiba dia lihat sekelilingnya menjadi gelap. dia menjerit meminta tolong tapi tiada siapa yang datang.

❝ Hyung! Hyung! ❞ jeritnya. kemudian, dia ternampak seseorang berbaju hitam berjalan ke arahnya.

❝ Hyung, nasib baik hyung datang. Kenapa tiba-tiba blackout ni? Mana yang lain? ❞ JHope bertanya tetapi orang yang disangka hyungnya itu tidak membalas.

❝ Hyung? ❞

❝ Kau kata kau nak cari kebenaran kan? Sebenarnya kau dah jumpa dah selama ni. ❞

❝ Huh? Betul ke? ❞

❝ Tak. Itu semua tak betul. ❞ tiba-tiba cahaya menyilaukan matanya. Maka muncul lah seseorang yang berjubah putih sambil tersenyum kepada mereka.

❝ Kau siapa pula? ❞ tanya JHope.

❝ Kau perlu berusaha untuk mencari kebenaran yang kau nak tu. ❞ kata lelaki putih itu. Soalan JHope tadi dibiarkan tergantung.

❝ Tak payah nak berusaha sangat. Benda tu dah ada depan mata dah. Apa yang kau nak selama ni dah dapat kan? Jadi artis, terkenal, ramai fans. Apa lagi yang tak cukup. ❞ kata lelaki hitam pula. JHope kini keliru untuk memilih yang mana.

❝ Walaupun kau dapat semua tu, tapi hati kau tenang tak selama ni? ❞ lelaki putih cuba meyakinkannya. Memang betul selama ni hidup dia susah nak tenang sejak jadi artis ni. Tapi semuanya dia sembunyikan di sebalik senyuman manisnya.

❝ Sekarang, jawapan terletak di tangan kau. ❞ kata mereka berdua dan pergi meninggalkan JHope sendirian di situ.

❝ Tunggu! aku ada banyak soalan lagi ni! Ya! ❞ JHope menjerit tapi tiada sebarang balasan.

❝ Ya! Ya! ❞

❝ Hoseok, wae geurae? (kenapa ni) ❞ suara seseorang mengejutkannya.

❝ Jin hyung! I mean Seokjin hyung. Hope mimpi benda pelik tadi. ❞ kata JHope kepada hyungnya.

❝ Apa dia? ❞ maka JHope ceritakanlah daripada A-Z. Seokjin yang mendengarnya hanya tersenyum nipis.

❝ Hoseok nak ikut hyung tak esok? ❞ pelawa Seokjin.

❝ Huh? Pergi mana? ❞

❝ Tempat yang boleh tolong Hoseok cari jawapannya. ❞

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

29.05.16

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now