Bab 14 :: Tarannum

1.2K 165 19
                                    

Dengan perasaan yang bercampur-aduk, Suga memandu keretanya menuju ke sebuah taman bunga untuk menenangkan fikiran.

❝ Sampai hati hyung tinggalkan aku. ❞ katanya dalam nada sedih. Sebenarnya dia sendiri tak tahu apa yang dia maksudkan.

Sedang dia melayan perasaannya, dia ternampak seorang perempuan bertudung lalu di hadapannya. Pada mulanya, dia sangka itu adalah Ainul tapi perempuan itu memakai sesuatu seperti topeng yang menutup mulutnya dan hanya mata kelihatan.

Disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam, Suga mengikuti perempuan itu. Perempuan itu berasa tidak sedap hati dan sesekali berpaling ke belakang. Suga cepat-cepat mengelak takut yang perempuan itu perasan kehadiran dia.

Kerana perasaan takut yang menyelubungi diri perempuan itu, dia pun masuk ke dalam sebuah surau. Suga menghendap dari muka pintu surau itu.

❝ Ingatkan nak buat apa. Buang masa aku je. ❞ katanya lalu ingin mengangkat kaki keluar dari tempat itu. Sebaik sahaja dia ingin melangkah pergi, kedengaran satu suara lunak membaca ayat Al-Quran.

Suga yang tertarik dengan bacaan itu menyambung peng'skodeng'annya. Dia bukan tertarik dengan perempuan tu tapi dengan bacaannya. Sedang asyik dia menghayati bacaan itu, tiba-tiba...

❝ Hey, encik buat apa dekat sini? Menghendap orang ye? ❞ kata seorang pegawai polis. Suga yang terkejut dengan situasi itu menjawab dengan tergagap-gagap.

❝ A-animnida. S-saya cuma... ❞

❝ Encik boleh terangkan dekat balai polis nanti. Sekarang sila ikut kami. ❞ arah pegawai polis itu. Suga hanya mengikut kalau melawan jadi benda lain pula.

❝ Jadi, encik buat apa dekat situ? ❞ soal pegawai polis tadi sebaik sahaja mereka sampai di Balai Polis Gangnam.

❝ Saya tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau saya cakap pun, bukannya tuan percaya. ❞ balasnya dengan suara yang mendatar. Macam-macam masalah betul lah hari ni.

❝ Baiklah. Sekarang ni encik duduk dekat lokap dulu sampai waris encik sampai. ❞ kata pegawai polis itu lalu membuka pagar lokap untuk Suga.

Beberapa minit kemudian, Jimin pun tiba dengan wajah yang risau.

❝ Ya, encik cari siapa? ❞ tanya pegawai tadi.

❝ Saya cari Suga. Mana dia? ❞

❝ Suga? Maaf, kami tiada sesiapa yang bernama Suga. ❞

❝ Alah, apa ek nama hyung? Ermm.. ha! Min Yoongi. Saya cari Min Yoongi. ❞

❝ Ooh. Min Yoongi. Tu, dia dekat sana. ❞ pegawai polis itu menunjuk ke arah Suga yang sedang tidur di dalam lokap. Jimin menunduk hormat kepada pegawai polis itu lalu bergegas mendapatkan hyungnya yang kaki buat masalah tu.

❝ Ya hyung! Masa macam ni pun boleh tidur? ❞ Jimin memarahi hyungnya sambil bercekak pinggang. Ceh, garanglah konon.

❝ Eoh, Jimin wasseo? Sorry aku ngantuk. Jomlah. ❞ kata Suga lalu keluar dari penjara sementara itu.

❝ Hyung buat masalah apa tadi? ❞ kata Jimin dalam keadaan yang sedikit geram. Tak pasal-pasal duitnya habis sebab nak bebaskan Suga.

❝ Jimin, kau percaya tak? ❞ tanya Suga. Jimin mengerutkan dahinya dengan soalan merepek Suga itu.

❝ Percaya apa pula? ❞

❝ Aku.. dah jumpa kebenaran yang Seookjin cakap semalam. ❞ katanya dengan gembira sekali. Jimin yang terkejut cepat-cepat menekan brek keretanya sehingga terlanggar seseorang.

❝ Omo! Yah! Jimin-ah! Kau langgar orang lah. ❞ cepat-cepat mereka membuka seatbelt dan memeriksa keadaan mangsa disebabkan kecuaian si Jimin ni.

❝ Eo? Anom? ❞ Jimin terkejut melihat jirannya yang tak sedarkan diri itu. Cepat-cepat mereka membawanya ke hospital.

❝ Macam mana keadaan kawan saya doktor? ❞ tanya Jimin kepada doktor yang bertugas merawat Anom.

❝ Dia tak apa-apa. Dia cuma pengsan sebab terkejut je. ❞ Jimin mengeluh lega. Dia ni, buat aku sakit jantung jelah.

❝ Ermm. Jimin, aku pergi dululah. Aku nak pergi rumah kawan aku kejap. ❞ kata Suga. Jimin mengangguk lalu Suga pun keluar dari hospital itu. Dia menahan teksi dan pergi ke rumah kawannya itu.

DDINGG DDONG!

❝ Woozi! Ni aku Suga! ❞ Suga memanggil rakannya setelah dua kali menekan loceng tapi tak dibuka juga. Beberapa saat kemudian, pintu itu pun dikuak.

❝ Hyung! Masuklah. ❞ pelawa Woozi.

❝ Hyung duduk dulu lah. Aku pergi buat air kejap. ❞ Suga mengangguk dan menunggu dengan sabar. Kemudian, Woozi datang dengan dua cawan berisi air.

❝ Ceh, air kosong je? ❞ kata Suga. Merungut tapi minum juga.

❝ Ada apa hyung datang ni? ❞ tanya Woozi.

❝ Woozi, aku tahu soalan ni pelik tapi aku nak tanya juga. ❞ Woozi mengangkat keningnya tanda menyuruh dia menyambung ayatnya.

❝ Apa agama kau eh? ❞ soalan itu membuatkan Woozi tersedak. Suga segera memberi tisu kepada adik angkatnya itu.

❝ Kenapa hyung ni? Demam eh? ❞

❝ Jawab jelah soalan aku. ❞

❝ Okey. Agama aku.. ❞

❝ Islam. ❞ mata Suga terbuntang luas walaupun hakikatnya tak dalah luas mana.

❝ Ksnapa kau tak bagitahu aku. Patutlah selama ni aku ajak kau pergi minum kau tak nak. Kau cakap tak boleh lah, tak da masa lah. ❞ bebel Suga.

❝ Aku takut kalau aku bagitahu hyung, hyung murka nanti. Dan halau aku dari rumah. Aku dah cukup bersyukur masa family hyung ambil aku jadi anak angkat. Walaupun aku dapat merasa sekejap je nikmat ada ibu bapa. ❞ jawab Woozi dengan menundukkan kepalanya.

Suga berasa terkilan kerana dulu memang dia tak suka pada Woozi tapi lepas parents dia pergi, dia jadi lebih bertanggungjawab atas Woozi.

❝ Sejak bila kau masuk Islam ni? ❞

❝ Sejak umur aku 12 tahun. Dua tahun lepas kita jumpa. ❞

❝ Oh. Sebenarnyakan, aku dah dapat petunjuk untuk masuk Islam. Jadi aku nak minta kau ajarkan aku pasal Islam ni. ❞ giliran mata Woozi pula terbuntang luas.

❝ Alhamdulillah. Aku gembira untuk hyung. ❞ Woozi memeluk abangnya. Dia pun mengajar semua perkara tentang Islam kepadanya.

❝ Hari ni aku tidur sini eh. Aku risau adik-adik aku marah lepas tahu aku masuk Islam ni especially Jungkook. Dia memang membantah betul. ❞ Woozi mengangguk dan membenarkan Suga untuk tidur di rumahnya.

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

02.06.16

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now