Bab 10 :: Taubat

1.3K 163 29
                                    

RapMon POV

❝ Hello, Farhan. Aku nak jumpa kau hari ni boleh? Kau free tak? ❞ aku mendail nombor rakanku yang aku maksudkan semalam.

❝ Free je. Nak jumpa dekat mana? ❞

❝ Dekat tempat yang tak ramai oranglah. ❞

❝ Okey, jumpa dekat cafe depan rumah aku. ❞ katanya dan aku mematikan panggilan. Aku bersiap dengan memakai t-shirt dan seluar pendek lalu memanggil Jin hyung.

❝ Jin hyung! Dah siap belom? Cepat lah. ❞

❝ Sekejap! ❞ laungnya semula.

❝ Okey dah jom. ❞ Jin hyung keluar dari biliknya dengan baju T dan seluar panjang.

Kemudian, aku memandu keretaku keluar dari tempat parking dan pergi ke tempat yang dijanjikan. Setibanya kami di sana, Farhan sudah pun sampai.

❝ Woi, awal sampai! ❞ aku menepuk bahunya.

❝ Jsh, kau ni. Terkejut aku. Ada apa nak jumpa aku ni? ❞

❝ Aku ada benda nak tanya, tapi kita makan dululah. Aku dah lapar ni. ❞ aku memesan makanan dan beberapa minit kemudian makanan pun tiba.

❝ Nak tanya apa? ❞ tanya Farhan sambil menghirup kopi yang dipesannya.

❝ Kau Islam kan? ❞ Jin hyung bertanya. Farhan mengangguk-angguk dengan pertanyaan itu.

❝ Kenapa? ❞

❝ Boleh ajarkan kitorang tak? Pasal Islam. ❞ Farhan membulatkan matanya tanda tak percaya dengan kata-kata Jin hyung.

❝ Boleh je. Tapi aku tak dalah pandai sangat. Nanti aku bawa korang pergi satu tempat, okey? ❞ kami mengangguk setuju dan meneruskan urusan makan kami yang tertangguh tadi.

Kemudian, Farhan memandu keretaku untuk ke tempat yang dia nak bawa. Jauh juga tempat tu sampai tertidur aku.

❝ Farhan, jauh lagi ke? ❞ aku bertanya sambil menguap.

❝ Dah nak sampai dah. Lain kali menguap tutup mulut dengan tangan eh. ❞

❝ Kenapa? ❞ tanya Jin hyung di tempat duduk belakang.

❝ Sebab tak sopan. ❞

❝ Ooh. ❞ kemudian, aku ternampak papan tanda menunjukkan terus ke Masjid Itaewon. Itaewon? Jauhnya kita pergi.

❝ Okey, dah sampai. ❞ kata Farhan teruja. Aku melihat ke luar tingkap dan ternampak sebuah bangunan yang tersergam indah. Cantiknya.

❝ Tempat apa ni? Eh, mana dia? ❞ aku berpaling ke kiri dan Farhan sudah tiada. Aku pun keluar dari kereta diikuti Jin hyung.

❝ Farhan, kau gi mana tadi? ❞ aku berbisik kepadanya kerana dia sedang bersembang dengan seorang lelaki.

❝ Inilah orang yang saya cakap tadi. Kenalkan Ustaz Ikmal. ❞ dia yang digelar ustaz tu mengeluarkan tangannya untuk bersalaman dan aku pun menyambutnya.

❝ Awak nak belajar tentang Islam? ❞ tanya lelaki itu.

❝ Ya. U-ustaz. ❞ aku tergagap sikit masa sebut perkataan tu sebab itulah pertama kali aku menyebut dan mendengar perkataan tersebut.

❝ Panggil Ikmal je. Jomlah kita masuk. ❞ pelawanya untuk masuk ke dalam bangunan yang cantik tu.

❝ Tempat apa ni Ikmal? ❞ tanya Jin hyung yang hanya diam dari tadi.

❝ Nama tempat ni masjid. Tempat umat Islam beribadah. ❞

❝ Ibadah? Apa tu? ❞

❝ Kalau bahasa pasar maksudnnya merendah diri tapi kalau lebih terperinci maksudnya pengabdian diri kepada Sang Pencipta. ❞ terang Ikmal.

❝ Solat tu ibadah ke? ❞ aku bertanya.

❝ Ya. Macam mana awak tahu? ❞

❝ Semalam saya ada nampak kawan saya buat. Dia berdiri tunduk semua. Pelik juga sebenarnya. Lepastu dia ada juga cakap pasal ibadah tapi saya tak faham apa yang dia cakap yang saya ingat dia cakap semua tu solat. ❞

Aku memberitahu mereka. Semalam Ainul ada bagitahu, tapi aku tak faham sepatah pun yang dia cakap selain perkataan solat.

❝ Yeke? ❞ mereka ketawa kecil mendengarnya.

❝ Betul lah tu. Tak pa, kalau awak nak saya boleh ajarkan. ❞ kata Ikmal dan kami masuk ke dalam bangunan yang dipanggil masjid tu.

Kami masuk ke dalam dan aku nampak tak ramai yang ada dekat situ. mereka semua memandang aku pelik. Aku tengok balik diri aku. Oh, aku pakai seluar pendek. Macam mana ni?

❝ Farhan, aku pakai seluar pendek ni. boleh ke masuk? ❞ aku bertanya selepas berasa tidak selesa diperhatikan sebegitu. Farhan mengangguk dan tersenyum.

❝ Tak apa. Masuk jelah. ❞ aku pun hanya mengikuti segala gerak-geri Farhan. Aku nampak yang Jin hyung pun berasa tak selesa.

Kemudian, Farhan memberikan sehelai kain bercorak kotak-kotak kepadaku. Aku mengambilnya dan menilik depan dan belakang.

❝ Pakai macam ni. ❞ Farhan menyarungkan kain itu pada pinggangku dan melipatkannya. Wah, dah macam skirt aku tengok.

Selepas itu, kami duduk di barisan hadapan sekali. Ikmal pula duduk di sebuah kerusi yang berhadapan dengan kami.

Dja mula membaca sesuatu yang aku sendiri tak faham. Tetapi aku pasti maksudnya indah. Dengan alunan dia. Secara tidak langsung, hati aku menjadi lembut selepas mendngar bacaan tu. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir.

Kemudian, dia menyambung lagi dengan ceramahnya. Ceramah tu macam kena je dengan hidup aku. Katanya, segala dosa yang kita buat, kalau kita bertaubat, Allah akan ampunkan. Tjba-tiba aku teringat segala perkara yang aku buat selama ni. Banyaknya dosa aku. Aku mengangkat tangan untuk bertanya.

❝ Macam mana kalau kita nak bertaubat? ❞ tanya aku yang berasa ingin tahu.

❝ Pertama, kita kena menyesali dan terus berhenti daripada melakukan dosa itu. Seterusnya, kita kenalah berazam tidak akan mengulanginya lagi dan ketika itulah kita dalam waktu yang tepat untuk bertaubat. ❞

Hati aku terdetik untuk melakukan taubat itu tapi macam mana dengan kerja aku nanti? Aku memandang Jin hyung dan dia juga kelihatan seperti kebuntuan. macam mana ni?

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

26.05.16

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Où les histoires vivent. Découvrez maintenant