Bab 09 :: Sunnah

1.4K 160 26
                                    

Jungkook POV

❝ Kenapa korang semua kejar dia? ❞ aku bertanya dengan ekspresi yang dingin. Pertama kali aku dingin dengan peminat Bangtan.

❝ K-kitorang g-gurau je. ❞ jawab salah seorang dari mereka.

❝ Gurau apa sampai terjatuh dia ni! Kalau dia cedera macam mana? ❞ aku berpihak kepada Anom sebab aku dah nampak semua yang mereka buat dekat dia.

❝ Kenapa oppa nak menangkan dia? Dia ni siapa huh? ❞ seorang yeoja bertanya dengan beraninya. Aku memandang muka Anom, kesian pula aku tengok dia ni. Cakap jelah.

❝ Chingu kesayangan aku. Wae? ❞ aku menjawab dengan nada selamba. Mereka semua termasuk Anom ternganga mendengar jawapanku.

❝ Mwo? Jeongmalyo? ❞

❝ Eo! sekarang aku nak korang semua pergi dan jangan kacau dia lagi. Ka! ❞ mereka berlari bertempiaran selepas dihalau. Aku memandang Anom yang masih lagi keliru dengan situasi tu.

❝ Gwaenchana? ❞ walaupun bunyi dan nadanya sama tapi hati aku rasa lain kali ni. Rasa yang aku seorang je tahu.

Dia mengangguk perlahan dan tersenyum kepadaku. Wait? Kenapa dia senyum? Kenapa aku rasa macam ni? Seolma.. (tak kanlah)

❝ Macam mana awak tahu yang saya kena kejar? ❞ tanya anom.

Flashback

Selepas Anom pergi, aku asyik berfikir macam mana aku nak minta maaf dengan V hyung. Argh! Serabutlah. Kemudian hatiku tergerak nak ambil udara dekat balkoni. Aku menghirup kopi dan tiba-tiba aku ternampak seorang perempuan dikejar. Habis tersembur kopi tu.

❝ Anom? ❞ aku cepat-cepat turun ke bawah dan mengejar mereka semua dari belakang.

Kemudian, aku mengambil jalan pintas dan tiba tepat-tepat dihadapan Anom. Dia terlanggar aku dan mujur aku sempat menyambutnya. Itulah kali pertama dalam hidup aku pegang perempuan selain mak aku dengan perasaan yang aku tak mampu gambarkan. Hati aku rasa macam nak pecah masa aku tengok mata dia. Debarannya menusuk jiwa.

End Flashback

Kami berjalan bersama sehingga sampai di hadapan apartmentnya. Jauh juga aku berlari nak kejar dia tadi. aku menghantar dia sampai ke rumahnya dan aku nampak kasut hyung-hyungku. Haih, tak balik lagi?

❝ Awak makanlah dekat sini malam ni. Kitorang masak banyak tadi. Jomlah. ❞ Anom memperlawaku. Aku nak tolak tapi tak sampai hati jadi aku terimalah. Kenapa aku lembut hati sangat hari ni?

Aku masuk ke dalam dan nampak semuanya dah kemas tak macam semalam, macam tongkang pecah. Jimin hyung mengajak aku duduk di sebelahnya dan juga di sebelah V hyung. Tak pernah aku rasa awkward macam ni.

Anom duduk di hadapanku dan memberikan isyarat mata kepadaku tapi aku tak faham. dia tunjuk pula pada V hyung. Ah~ aku tak nak. Jebal.

❝ Hyung nak minta maaf. ❞ tiba-tiba V hyung bersuara. Aku terkejut dan berasa bersalah sebab bukannya salah dia yang dia kena minta maaf dulu.

❝ Aniyo. Jungkook yang kena minta maaf. Jungkook tak patut cakap macam tu dekat hyung. Mianhaeyo. ❞ air mataku bertakung dan tunggu masa sahaja untuk melimpah. Kemudian, V hyung memelukku dan masa tu lah air mataku mengalir. Aku tersedu-sedu dalam pelukannya.

❝ Okey, kkeut. Dah dah. Jom makan. Lapar dah ni. ❞ kata JHope hyung. Aku meleraikan pelukan dan kembali ke posisi asal. Anom memberikan tisu kepadaku untuk aku mengelap air mataku. Dia nampak aku nangis? Ah~ malunya. Dah lah aku selalu kasar dengan dia, tiba-tiba hari ni menangis pula.

RapMon POV

Kami pulang ke dorm selepas makan di rumah mereka. Amu terus berlari masuk ke dalam bilikku dan terus membuka laptop. Aku menaip 'islam's sunnah'. Sebab masa makan tadi...

❝ Ainul, chopstick tak da ke? ❞ aku menjerit dari dapur. pelik betul tak da chopstick ni, habis dorang makan dengan apa.

❝ Tak dalah. Makan dengan tangan jelah. ❞ dia menjawab.

❝ What? No. Kotor okey. ❞ yang lain turut bersetuju dengan aku.

❝ Kalau tak nak, tak payah makan. Tengok je. ❞ kami semua dah buntu jadi terpaksalah makan dengan tangan.

Aku hanya menuruti setiap tingkah laku mereka. okey makan dengan tangan kanan. Ibu jari tolak nasi. Ahli Bangtan lain semua terkia-kial nak makan dengan tangan. Erkk~ gelinya. First time makan nasi pakai tangan kan.

❝ Kenapa awak tak guna chopstick atau sudu? ❞ aku bertanya.

❝ Ni sunnah Nabi Muhammad. Awak semua nak tahu tak? Makan dengan tangan ni bagus tau. Sebab bakteria baik yang ada dekat tangan kita ni, boleh melancarkan sistem pencernaan dalam badan kita. Jadi tak adalah kita kena sembelit. ❞

Aku tercengang mendengar penjelasannya. Selama aku belajar, tak tahu pula pasal semua ni. Balik ni aku nak kaji tentang sunnah.

❝ Bnyaknya sunnah. Semuanya bagus. Tidur mengiring ke kanan? ❞ aku menekan web itu dan tertera segala kebaikannya.

❝ Owh, untuk mengelakkan daripada jantung kita terhimpit dan sesak nafas sebab sebelah kanan tak ada organ. ❞ selama ni aku tahu yang sebelah kanan tak da organ, tapi tak terfikir pula untuk tidur mengiring ke kanan.

❝ Namjoon, aku nak tanya ni. ❞ tiba-tiba Jin hyung duduk disebelahku dah macam 'benda' tu dah. Kau rasa?

❝ Eii, hyung ni. Terkejut tahu? ❞ aku menepuk bahu hyung kesayanganku ni.

❝ Bismillah tu apa? ❞

❝ Apa tu? Tak pernah dengar pun. ❞

❝ Sebab tulah hyung tanya. Tadi hyung dengar yang Ainul baca tu masa nak masak. ❞

❝ Owh. Tak pe esok kita jumpa kawan Namjoon. Maybe dia tahu pasal benda ni. Okey? ❞ kemudian, kami pun masuk ke biik masing-masing untuk tidur. Islam? Aku akan kaji semuanya.

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

23.05.16

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now