Bab 04 :: Bola Beracun

1.7K 189 18
                                    

Pada waktu yang sama~

JUNGKOOK POV

" Hyung, mana nak cari pelajar Malaysia dekat sini? " aku bertanya kepada RM yang juga sedang tercari-cari. Tiba-tiba aku ternampak seorang perempuan berhijab keluar dari tandas.

" Jungkook tu! Jom. " Gary menarik lenganku ke arah gadis itu.

" Sorry, saya nak tanya sikit boleh? " Gary menanyakan soalan kepada seorang perempuan. Eh, dia ni kan...

Kejadian semalam bermain kembali dalam fikiranku.

Tetapi dia tak nampak macam semalam pun, macam orang lain. Nampak baik sikit.

" Boleh! Eh, tapi awak Jungkook BTS kan? " dia menujukan soalan itu khas untuk aku. Aku terkejut dan mengangguk sebagai balasan sambil tersenyum paksa.

" Macam ni, awak berasal dari Malaysia ke? " aku bertanya kepadanya dan dia mengangguk.

" Bagus lah.. Kami perlukan awak untuk main permainan dengan kami boleh? " Gary sunbae bertanya dan dia mengangguk lagi sambil tersenyum.

Kwiyowo.

AINUL POV

Kemudian, kami semua menuju ke lokasi penggambaran seterusnya iaitu di padang universiti itu.

" Sebelum kita mulakan, saya ucapkan terima kasih kepada pelajar Ainul dan Anom kerana sudi menyertai kami. Sila berikan tepukan gemuruh. "

Seluruh padang itu bergema dengan tepukan para pelajar. Ada yang menjerit, bawa Army Bomb dan sebagainya. Ehe, jealous tak? Sekejap, Anom?

Aku berpusing dan kelihatan Anom sedang tersengih sambil melambaikan tangannya kepadaku. Aku pula hanya mampu membuat muka takda perasaan.

" Kita akan bermain permainan bertajuk Dream Knight. Syaratnya, ahli kumpulan perlu melindungi ahli perempuan. Anda semua perlu membaling bola dan sesiapa yang terkena akan terkeluar kecuali ahli yang terakhir dan jika ahli perempuan terkena, satu kumpulan dikira kalah. " kami mengganguk faham dan mengambil posisi masing-masing.

Kumpulan kami yang diketuai oleh Kim Jongkook berada di sebelah kanan padang dan pasukan lawan yang diketuai oleh Yoo Jaesuk di hadapan kami. Masing-masing semua buat muka serious lah sangat.

Wisel berbunyi lalu Kwang Soo dan Gary berlari untuk berebut bola itu dan Kwang Soo yang dapat. Sekarang ni Gary dalam bahaya sebab dia betul-betul depan Kwang Soo.

Tapi disebabkan si Kwang Soo tu careless yang amat, dia terlepas peluang untuk menyingkirkan Gary malahan bola itu sampai ke kumpulan lawan. Semua menge'boo' Kwang Soo.

Aku kini sedang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Taehyung dan Suga. Bola yang dibaling oleh Jungkook hampir terkena Taehyung tapi diselamatkan oleh Haha.

'Pritt, Haha out'.

" Cepatnya dia keluar. " aku dah berasa cemas.

Anom dikawal terlalu ketat oleh Jimin dan Jungkook sampai aku tak nampak langsung. Sekarang bola tu ada dekat tangan leader kitorang iaitu Jongkook. Bola dibaling dan, yes! Yoo Jaesuk.

" Yoo Jaesuk, out. " aku menjerit sebab terlalu gembira. Jaesuk memberi death glare kepadaku sambil membuka cermin matanya. Semua orang tergelak melihat lawaknya tu.

Sekarang bola itu masih lagi di tangan kumpulan kami. Taehyung memberikan bola itu kepada aku untuk memulakan serangan. Target aku semestinya Jungkook! Perh, sikit lagi nak kena. Laju gila mamat ni elak.

'Jhope out'.
'Lee Kwangsoo out'.
'Gary out'.
'RM out'.

Mereka berempat pula yang tersingkir. Sekarang harapan aku ialah Suga. Sebab dia sahaja yang nampak agak gentle yang tinggal dalam group ni. Yang lain tu gentle juga, tapi Suga lebih sikit.

" Hati-hati Ainul! " Suga menjerit dan pang!, bola yang dibaling oleh Jimin terkena dia yang cuba melindungi aku. Wah, jadi drama pulak part ni.

'Pritt, Suga out'.

Sekarang group aku tinggal Jin dengan Taehyung je. Group lawan pula tinggal Jungkook dengan Jimin je. Perang dingin mula tercetus. Sound effect pun ditambah.

Yang dah tersingkir berbisik-bisik di belakang kami. Haha memberi arahan untuk membaling bola di luar seperti cerita Dragon Ball untuk mengelirukan pihak lawan. Dan Suga membalingnya kepada Taehyung dan phyung!!... terkena pada Jeon Jungkook!

" Yes! " Taehyung mahu membuat high five dengan aku. Tapi disebabkan batasan agama, aku membalasnya dengan menundukkan sedikit kepala. Taehyung berpura-pura melambaikan tangannya kepada penonton. Nak cover malu.

" Sekarang target kita sorang je! " jerit Jin. Bola tu sekarang ada dekat tangan Jimin manakala anom di belakangnya. Dia mengacah untuk membaling bola ke arah Taehyung sebaliknya dia membaling ke arah Jin dan Out.

" Aduh! " aku menepuk dahiku. Taehyung menenangkan aku dan mengambil bola itu. Dia membalingnya kepada Kwang Soo dan diserahkan kepada Haha seterusnya kepada Jin dan diikuti Jongkook.

Kemudian Jongkook menyerahkannya kepada aku dan terusku membalingnya ke arah kaki Anom dan...

" Kita menang! " jerit Kwang Soo. Dia terus berlari ke arah penonton dan membuat wave sambil mengelilingi padang. Sampai je dekat sini dah termengah-mengah.

" Kumpulan Bang menang dan ini petunjuk untuk kumpulan awak. Sebelum tu kami berterima kasih kepada pelajar kita di sini. " Yoo Jaesuk berkata dan menyerahkan sekeping sampul surat kepada kami.

" Kamsahamnida.. " kami berkata sambil menunduk hormat ke arah mereka. V membuat thumbs up kepadaku dan aku membalasnya kembali.

Anom senyum kepada Jungkook dan dia membalasnya. Tapi macam tak ikhlas. Macam mana aku tau? Entah. Aku main teka je. ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Selepas semua staff Running Man keluar dari perkarangan universiti itu, kami pun pergi ke pondok bas untuk pulang ke rumah. Di dalam bas, aku membuka sampul yang diberi tadi dan...

" Wah! Money lah. Cukup lah duit untuk bulan ni. " kataku gembira. Teringat pula dekat family aku dekat rumah. Rindu pula dekat dorang.





❀【B E R S A M B U N G】✿

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now