Viftenzevtigste Hoofsdtuk : 75th Chapter

शुरू से प्रारंभ करें:
                                    

"Tak perlu panggil Datin Seri apa, panggil Ummi je." Pesan Ummi dengan senyuman manis semanis cinta Abang Remp dan Awek Remp. Boleh diabetes ceni.

"Duduk lah, kita makan dulu." Pelawa Walid, tetapi suara Walid kedengaran tegas, seperti sedang memberi arahan.

Mereka semua menurut dan duduk di meja panjang itu. Walid di hujung tengah, Ummi di sisi kanan paling hujung dekat dengan Walid, Qalbi berhadapan dengan Ummi, dan di sebelah Qalbi ada Zye, dan di depan Zye ada Zed. Makanan sedang dihidang oleh pembantu rumah.

"So, Zadya, parents kerja apa?" Maka bermulalah sesi soal jawab dari Walid.

"Daddy is a businessman, and my mom is a researcher." Zed membalas, tenang.

"Apa status your parents?" Soalan kedua dari Walid membuatkan Zed sudah dapat tahu apa yang dicari Walid.

Keturunan, harta, status, darjat.

Walid menyoal kerana dia nampak ciri-ciri Eropah di muka Zed walaupun rambut Zed berwarna hitam, dengan hidung mancung, bentuk mata dan kening, begitu juga bentuk muka in general.

"My dad Melayu, and my mom is Dutch. So saya bukan purebred Melayu if that's what Dato' Seri is trying to know." Jawab Zed, confident. Yakin yang itu adalah apa yang Walid mahu tahu.

'So definitely not a purebred Melayu and very low possibility to be a Tengku. What not, whoever the hell Razan is. Ada ke businessman berpangkat Dato' dan ke atas yang bernama Razan? I don't think so.' Laju sahaja Walid ni buat kesimpulan.

'He is judgin' ya so hard.' Black mencelah, memunculkan diri selepas berdiam diri sahaja sedari tadi.

'I know.' jawab Zed kepada Black di dalam kepala sendiri.

"But she's 'THE' Zadya Razan, the genius." Zye cuba untuk membela Zed.

Walid mengangguk perlahan, patutlah rasa macam pernah dengar nama 'Zadya Razan'  tu. "Still not a Tengku. Yan pun tahu how it is. She could be a gold digger. Walid taknak harta kita kena kikis and keturunan kita tercemar dengan someone yang bukan Tengku."

"Tapi Yan sayang Zed for who she is. Not because of her name or status." Zye sekali lagi membela Zed.

"Yan boleh sayang orang lain yang lebih setaraf." Walid bertegas. Keadaan menjadi tegang.

"If this is the mentality of a Tengku, with Dato' Seri title no less, I'd rather not be one." Tenang sahaja Zed kata ayat ni. Langsung tidak ada nada menyindir, sakit hati atau apa-apa nada yang tidak menyenangkan. Hanya suara yang monotone dan lembut.

'Is that you speakin' from yer own experience? Feelin' like 'xposing yerself now?' Usik Black yang tertawa kecil..

"Oh makanan dah siap hidang, jom makan. Nanti sejuk pulak." Pantas Qalbi menukar topik, jelas sekali tidak selesa bila Walid mempersoalkan keturunan Zed di depan Zed sendiri. Memang Zed relax je, tak nampak sakit hati, malu atau marah pun. Biasa je. Calm and collected. Tapi Qalbi yang tak selesa.

Sedar dengan tindakan Qalbi itu, mereka terus baca doa makan dan makan, tanpa mengeluarkan apa-apa perkataan pun. Hanya makan dalam keadaan senyap. Baguslah kan? Tak elok bercakap time makan, dah la depan rezeki.




MAKAN tengah hari Zed bersama keluarga Zye (Walid, Ummi, Qalbi, Zye), berakhir tanpa kata dan kini Ummi dan Qalbi sedang menolong maid kemas meja, manakala Walid sedang duduk di sebuah meja di laman rumah, membaca surat khabar. Zye sudah sedia untuk hantar Zed pulang dengan berat hatinya. Zye dan Zed berjalan beriringan.

"I am so sorry, babe." Zye pegang tangan Zed.

"It's okay." Zed membalas ringkas, sedang berfikir sama ada dia perlu buat 'benda tu' atau tidak. Zed masuk ke dalam kereta selepas pintu dibuka Zye.

'You hafta decide fast, Zed.' Black menyedarkan Zed dari lamunan dia.

"Nanti I, Qalbi and Ummi pujuk Walid. If Walid tak setuju jugak, I rela tinggalkan harta I and we'll start anew." Zye telah buat keputusan, jika mereka bertiga gagal memujuk Walid, dia akan tinggalkan bisnes keluarga dia dan berpindah keluar untuk mulakan hidup baru.

Zye rasa nak nangis. Susah sangat ke Walid nak terima Zed, orang biasa, bukan berpangkat tengku, bukan orang berada, as menantu dia? Apa lah sangat dengan harta ni. Dah la Zed orang pertama yang dia betul-betul suka and sayang. Takkan dia nak lepaskan Zed demi nak jaga harta dia? Tapi dia tak boleh tinggalkan family dia. Derhaka. Air mata bergenang, dan Zye tersentak apabila ada tangan sejuk di atas tangan dia. Menggenggam perlahan. Memujuk.

"It's okay. I can fix this. Give me a minute." Suara Zed membuatkan Zye pandang wajah Zed. Zed sedang tersenyum. "He won't say anything about our relationship anymore."

'Gotta do what we gotta do.' Black mencelah lagi sekali di saat romantis ini. Zed lepaskan tangan Zye dan menapak ke arah Walid.

Walid turunkan surat khabar yang dibaca selepas dia sedar akan kehadiran Zed di hadapan dia. "Have a seat."

Zed tidak terima pelawaan Walid itu, sebaliknya Zed tersenyum. "Maafkan saya sebab tak kenalkan diri saya sendiri tadi."

Walid kehairanan. Dah budak ni kenapa. Tiba-tiba nak perkenalkan diri. Fuse terbakar ke?

"My name is-"

💓💓💓💓💓💓💓

Bonus:

Zed tarik nafas yang dalam dan hembuskan perlahan. Mencari keyakinan dan keberanian untuk mengungkap nama dia yang sebenar. "My name is Jeff."

https://youtu.be/r8CeZFq0EQU

HETEROCHROMIAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें