Tiende Hoofsdtuk : 10th Chapter

5.4K 406 32
                                    

"AKU masuk bilik tu, suasana bilik tu nampak lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU masuk bilik tu, suasana bilik tu nampak lembut. Nampak macam bilik perempuan pun ada. I can't say anything la. Beauty is subjective after all." Kal mulakan cerita dia mengenai sesi di pejabat Daniel sebaik sahaja Zye dah sampai dan duduk dengan air serta pastri yang telah dibeli.

Alisa dan Zuki pasang telinga, nak dengar pasal Daniel yang masih misteri secara keseluruhannya. Kal pun mula rasa seronok nak bercerita.

"Lepas dia suruh aku duduk, aku pun duduk. Dia boleh tanya aku kalau aku tahu tak kenapa aku ada situ. Beb, benda tu jadi setengah jam lepas kot. Takkan aku taktahu pulak an." Meja ditepuk separa kuat. Geram. "Dia bukak ceramah pasal etika kau tahu? Gender equality la apa la. Then aku pun back up la diri aku."

"Aku cakap macam ni, 'Saya cuma nak try Zadya tu untuk kawan baik saya'. Dia angguk angguk, lepas tu dia tuduh aku beb." Kal bercerita dengan nada tidak puas hati.

"Tuduh apa?" Zuki menyoal, dia curious nak tahu. Sebagai seorang kawan yang prihatin, Zuki hendak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku dekat Kal, apa perwatakan Daniel, apa yang bakal berlaku dekat Kal, bahan gosip baru, apa jadi dekat Zed dan jikalau ada rules baru ke nanti.

Zuki perlu cakna dengan isu semasa. Penting kan?

"Dia tuduh aku sexually harassing Zed. Aku tak sentuh dia pun. How come la sexual harassment. Cilabai betul." Perkataan 'cilabai' disebut sedikit perlahan. Curse words kena hati-hati sikit dekat sini.

Riak wajah Zuki dan Alisa kelihatan terkejut amat. Well, mostly Alisa la yang terkejut sebab tuduhan tu. As for Zuki, dia macam terkejut sebab lain. Terkejut sebab baru sekarang Kal kena tuduhan sexual harassment padahal dia dah lama buat kerja tu.

"Itu ke yg jadi semalam?" Soal Zye yang telah habiskan 2 ketul pastri dia. Dia macam tak percaya sangat cakap Kal ni. Dia dah kenal Kal lama. Cukup lama untuk tahu yang cerita yang Kal ceritakan akan ada banyak perkataan 'aku', penuh dengan exaggeration dan of course, berat sebelah.

Pasti ada kisah sebenarnya....

WHAT ACTUALLY HAPPENED....
SEMALAM
KAL tarik nafas yang dalam sebelum dia ketuk pintu kaca yang mempunyai title 'Supervisor' di department yang specific untuk mainly Chemistry related works.

'Knock! Knock!'

"Come in." Suara Daniel kedengaran dari balik pintu yang tertutup itu. Kal terus tolak pintu kaca itu dan melangkah masuk ke dalam pejabat yang dihias ringkas, minimalistic. Ada beberapa canvas yang tertera quotes yang dibeli di Kaison di atas rak dan juga bekas-bekas pen yang berwarna pastel.

 Ada beberapa canvas yang tertera quotes yang dibeli di Kaison di atas rak dan juga bekas-bekas pen yang berwarna pastel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now