Tweede Hoofsdtuk : 2nd Chapter

10.5K 590 59
                                    

2nd

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2nd

Seperti kebiasaan di pagi hari, para pekerja, kakitangan, dan staff, even owner bangunan, and even anak kepada owner bangunan itu, sedang bergerak ke pejabat masing-masing. Tiada sesiapa yang terlepas dari rutin itu. Not even Zed.

Zed sampai di kawasan parkir bangunan Van Arkel Research Facility (VARF) pada jam 7.30 pagi, dan pada jam 7.40 pagi, Zed telah tiba di hadapan lif yang lead ke aras 5 di mana dia telah mula bekerja semalam. Alisa tiba di bangunan ni tidak sampai seminit kemudian, tetapi Alisa tiada di sebelah Zed seperti yang dijangkakan.

"Oh hey there." Suara Zye menjengah halwa telinga Zed yang sedang menunggu lif dengan aman. Sejujurnya, pintu lif tu dah terbuka dua kali dah. Tapi sedari tadi lif tu asyik penuh. Zed malas nak bersempit dan berhimpit di dalam lif dengan manusia lain. Dia lebih rela menunggu. Alisa awal-awal lagi dah naik.

"Morning." Balas Zed ringkas. Dia tidak mahu kedengaran terlalu riang ria. Nasib menyebelahi Zed kerana pintu lif terbuka tepat selepas Zed membalas sapaan Zye. Dan kali ni, lif dah kosong.

Zed terus melangkah masuk ke dalam lif. Begitu juga Zye. Dan lagi 2 orang staf lain. Dan juga Zuki, yang masuk betul-betul sebelum Zed tekan button untuk tutup pintu lif itu.

"Thank you." Zuki berterima kasih dan berdiri di sebelah Zye, dan di hadapan Zed.

"Sejak bila kau baik sangat ni. Ber-'thank you' bagai." Zye menegur perlakuan Zuki yang kelihatan lain alam dari perspektif dia. "And since when kau sampai awal macam ni."

Sebab?

Sebab Zuki bukan manusia yang mesra alam. Hanya mesra alam dengan kenalan sahaja. Dan Zuki juga bukan manusia yg datang awal. Selalunya on time sahaja.

"Sejak ada orang yang aku hormat kat lab kita." Zuki membalas, separa berbisik kepada Zye yang berdiri di sebelah dia.

Tetapi Zed dengar. Dan Zed buat taktahu. Dia seperti halimunan disitu.

"Hmm?" Zye tak dapat nak hadam kenapa kawan dia ni hormat sangat dekat Zed.

"Kau tak ta-" Zuki hendak spill the tea, tetapi pintu lif terbuka dan mereka melangkah keluar. Zye dan Zuki berjalan beriringan. Sambung membawang.

"Kau tak tahu ke?" Zuki sambung sesi membawang tadi.

"Tahu apa?" Zye hanya melayan. Apa yang dia tak tahu pun dia tak tahu.

"Zed tu, Zadya Razan. Pemain chess nombor 1 kat Malaysia, England and Netherland." Zuki mula buka cerita. "And dia cuma belajar kat Malaysia sampai darjah 3. Lepas tu, dia pergi study kat Netherland. And right now dia ada 2 A-level. One in bioengineering and another one in biomedical."

"Sebab tu ke kau nak try dia?" Zye sambil lewa menyoal. Tak tengok kiri kanan depan belakang.

"What? No! I respect her." Zuki menolak sangkaan Zye. "Dia tu underage. Kau gila ke nak kena label pedophile."

"Pedophile? Bukan dah umur 24 or 25 ke? Dah ada 2 A-level an." Zye tak boleh nak hadam. Tak pasti sama ada kawan dia ni tengah mabuk tak cukup tidur or mabuk lain.

"She takes A-level at 14. Each a year and a half." Zuki menambah dengan nada bangga. Macam Zed tu girlfriend dia, or anak dia. "Dia baru umur 17 tahun tau."

"Seriously?" Zye macam tak percaya. Ya, memang orang genius ni tak la rare sangat pun. Tapi nak dapat peluang jumpa genius yang takde masalah kerja dari bawah, instead of start kerja dengan pangkat tinggi, tu agak rare. "Legit ke info kau ni?"

Zuki sambung cerita. "Legit la. Aku follow artikel pasal dia time dia habis grad haritu. Ada la sekali dua thread pasal dia viral kat Twitter."

"Thanks to the thread la ni?" Zye angkat kening kirinya sebagai tanda soal.

"Yeah, walaupun thread tu source dia dari mana taktahu, tapi agak shocking la sebab benda tu semua betul. Dia punya PR dah confirm kan." Zuki menambah. Power betul lelaki ni membawang. "Nanti aku tag kau dekat thread tu."

'Siap ada PR sendiri?' Satu persoalan baru muncul di dalam kepala Zye.

Perbualan mereka berdua terhenti di situ sahaja kerana mereka akhirnya tiba di lab mereka. Tetapi yang pastinya sekarang ni. Bila berdua pasti ada yang ketiga. Dan orang ketiga yang dilupakan itu hanya mempunyai satu persoalan di mindanya.

'A Twitter thread about me?'

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

White - Innocence and purity

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now