Negende Hoofsdtuk : 9th Chapter

5.5K 410 19
                                    

*Outfit Zed+Zye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*Outfit Zed+Zye

"JOM, lunch sekali." Ajak Zye, kepada Zed yang seperti biasa sedang buat kerja dia tanpa mengganggu sesiapa. Zed memang macam tu, time kerja dia tak kacau sesiapa kecuali bila perlu. Waktu rehat? Well, Zed still tak kacau sesiapa, cuma lebih mudah didekati je.

"Not today, Zye." Balas Zed selepas mengangkat kepalanya. "Takde selera right now." Tambah Zed apabila dia nampak kelibat Kal yang sedang menunggu Zye dan Zuki untuk lunch bersama.

Selepas Zed break down pagi tadi disebabkan oleh Kal, makan tengah hari dengan manusia yang sama yang sebabkan dia break down bukanlah tindakan yang sesuai sekarang ni untuk Zed.

"Oh, okay. Alisa?" Zuki hanya menerima selepas dia perasan kewujudan Kal di balik dinding kaca yang nampak ke luar itu. Kemungkinan Zed taknak lunch sebab ada Kal berlegar dalam minda Zuki.

"Sure, why not." Alisa hampir melompat kegembiraan apabila dia dapat peluang untuk lunch bersama Zye. Like a dream come true.

Walaupun Zye dan Zuki kerap kali ajak makan bersama, be it lunch or breakfast.

"Kitorang pergi dulu." Zuki pun melangkah diikuti Alisa, tetapi Zye tidak terus keluar. Dia hanya bertukar pandangan dengan Zuki, dan Zuki dah tahu apa yang Zye nak.

"Are you okay, Zed?" Zye bersuara, jelas sekali nada prihatin dalam suaranya. Kerusi di tarik supaya dia boleh duduk di depan meja Zed, untuk melihat riak wajah Zed dengan lebih jelas. "Is it because of Kal?" Zye meneka.

Alisa hanya menjeling Zed yang sedang menerima perhatian dari Zye.

Zed yang baru sahaja hendak memulakan experiment set ketiga terhenti seketika, terkedu dek tekaan Zye yang tepat, dan juga sedang memikirkan sama ada dia patut share atau tidak dengan Zye pasal apa masalah dia sekarang. "Yes for both your questions."

"Nak cerita kat aku tak? Kalau taknak pun takpe. Aku tak paksa." Zye betul-betul prihatin. Dia tak biasa tengok Zed macam ni. Well, baru kerja sekali 2 minggu je kan.

"It's okay Zye. Aku just tak suka orang yang judgemental." Zed membalas dengan secara ringkas.

Ringkas tetapi cukup untuk membenarkan Zye buat spekulasi dan kesimpulan sendiri. 'Judgemental. Surely sebab Zed further study muda dari yang lain and of course orang yang dengki akan mula bersuara sumbang.'

"I have a mental condition that makes me remember everything I saw, smell, felt, heard, tasted, vividly, triggered by mere words or emotion." Zed mengaku keadaan mental, hyperthymesia yang kedengaran seperti suatu super power, tetapi jika memori yang pahit yang muncul di kepalanya dan menjadi beban terhadap Zed.

"And yesterday's case triggered something I detest." Zed matikan cerita dia disitu sahaja. Dia dah terlebih cerita dari apa yang dia selalu cakap dengan orang luar. "So that's that."

Zye yang hanya mendengar kini telah confirm-kan sebahagian teori dia. Zed ada masa silam yang tidak menyenangkan. "It's okay. Take a break."

Zed hanya mengangguk dan keadaan kembali sunyi. Sehinggalah Zye yang pecahkan kesunyian itu. "Umm, do you want my number? You can contact me if you need anyone to turn to. To talk to."

Zed angkat kepala dan pandang Zye. Mata tiga warna milik Zed itu memandang semula mata coklat milik Zye. Pandangan mereka bertaut selama beberapa saat sebelum Zye yang pandang tempat lain. Pipi Zye kemerahan buat seketika. "Uh, I mean of course you have Alisa to talk to already. Of course you do. She's your housemate. Why would you-"

"Sure. Why not?" Zed bersetuju begitu sahaja.

Zye terus terhenti bercakap. Tak percaya apa yang dia baru dengar. Tak dia sangka mudah begini nak bertukar nombor dengan Zed. "Uh really?"

"Yeah sure." Zed hulurkan telefon pintar dia kepada Zye dengan begitu mudah. Tak perlu ayat pick up, tak perlu tanam seekar tebu atau pokok stevia di bibir. Hanya perlukan kejujuran dan keikhlasan hati.

Acecehhh.....

Zye pun masukkan nombor telefon dia ke dalam phone Zed, dan terus tekan call supaya Zye dapat nombor Zed juga. "Done."

"The lunch offer still stand by the way." Ajak Zye, masih tidak berputus asa. Zye bangkit, ingin meminta diri. Dia still perlu jumpa Kal sebab katanya Kal ada something yang penting nak bagitahu diorang.

 Dia still perlu jumpa Kal sebab katanya Kal ada something yang penting nak bagitahu diorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(This is Zye)

"

It's okay. I have heavy breakfast today." Tipu Zed dengan muka poker, tanpa mengubah riak wajahnya langsung. Pagi tadi makan sandwich baguette and ayam je.

"Alright then. Have fun." Zye pun beredar dengan senyuman. Dia dah dapat nombor Zed. Misi dia sejak hari pertama Zye bertentang mata dengan Zed telah berjaya.

Zed biarkan perut dia yang kosong itu berkeroncong minta diisi. Memori yang dia teringat semalam masih segar di minda membuatkan Zed hilang selera makan. Siapa yang nak makan kalau ada suara suara di dalam kepala yang asyik ulang perkataan 'gemuk' walhal badan Zed amat fit sekarang ni.

"KORANG tahu tak apa jadi semalam? Lepas aku kena panggil dengan mamat Daniel tu." Kal buka cerita selepas dia hirup americano ais dia tu.

"Zed sambung makan." Zuki jawab berdasarkan apa yang dia saksikan sahaja. Memang betul Zed sambung makan sahaja lepas tu. Tak break down, tak mengamuk. "Aku rasa dia pun kena pergi jumpa Daniel tu kan?"

"Dia kena pergi jumpa Daniel tu. Aku dengar." Alisa beri pengesahan berdasarkan apa yang dia dengar semalam. Betul kan?

"Heh, langsung tak terkesan eh. Masa aku try tackle dia semalam, aku dapat tahu yang diorang tu adik beradik." Kal menambah.

"Siapa? Daniel dengan Zed?" Zuki menyoal statement yang diberi Kal tu.

"Eh tak la. Zed dengan Wazi. Nama diorang dua-dua Razan belakang." Kal bagi fakta baru dia dekat Zuki dan Alisa.

"Aku pun macam boleh agak diorang adik beradik sebab nama Razan tu la. Tak ramai yang nama Razan and gunakan nama Razan tu as one of their main name." Zuki beri kesimpulan yang dia telah capai se

"Oh diorang memang adik beradik." Alisa selamba sahaja mengaku. Dia lupa something agaknya. "I kan ma- ehem" Alisa betulkan tekak. "-housemate dia. I hantar dia lepak dengan adik dia, Wazi tu."

Kal seperti kecewa kerana 'info' yang dia ada tidaklah hebat seperti yang dia jangkakan. "Anywho, kenal tak mamat Daniel tu?"

"Tak pernah nampak pun honestly. Well, I kan baru lagi." Alisa menjawab soalan Kal. Sepanjang Alisa bekerja disini, tidak lagi jumpa Daniel.

"Daniel? Pernah la nampak kat event company ni dua tiga kali, tapi tak pernah jumpa depan-depan. Lain department. Dia chemistry kan?" Zuki pandang atas, cuba mengingati sesuatu. "So far, from apa yang aku dengar pasal Daniel from orang kat sini, dia tu likeable, baik, and all the nice things you can say."

Kal sedikit kehairanan. Apa yang dikatakan Zuki seperti tidak correlate dengan apa yang dia alami semalam. "Tahu tak, semalam masa aku jumpa dia, rasa lain gila. Meremang kau tahu."

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

White: Purity and Innocence.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now