Bab 01 :: Penerbangan

3.6K 256 24
                                    

ainul.

"Dah habis packing ke belum?" tanya umi dan aku mengangguk perlahan. Umi yang sudah siap berjubah kemudian duduk di atas katilku sambil memerhatikan aku yang sedang mengemas barang-barang.

"Cepatlah sikit. Tertinggal flight baru tau," tambahnya lagi. Inilah kali terakhir aku mendengar bebelan umiku. Bila dah sampai sana mesti bebelan ni lah yang aku paling rindu.

"Dah siap dah pun," aku zipkan begku dan bingkas bangun. Aku membetulkan sedikit tudungku.

Kemudian, aku mencapai telefon dan sweater di atas meja alat solek. Bunyi enjin kereta membuatkan aku bertambah excited.

Kemudian, abah membantuku mengangkat beg roda pink yang baruku beli minggu lepas di IOI City Mall ke dalam bonet kereta.

Adik-adikku yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan itu sudah pun memasuki perut kereta terlebih dahulu. Dorang pula yang terlebih teruja.

Selesai umi mengunci pintu rumah, kami pun bertolak ke KLIA. Aku berasa excited sejak menerima surat tawaran untuk menyambung pelajaran pada minggu lepas, terus me'whatsapp' rakan seperjuanganku, Anom.

AINUL : aku otw ni.. kau dekat mana? 😊

ANOM : aduh! lambatnya.. cepatlah, aku dah sampai pun. 😠

AINUL : cepatnya.. okk sabar ye. 😉

Seen at 9.37 p.m

Anom hanya meninggalkan kesan seen. Kurang asam betul budak ni. Aku yang berasa bosan pun mula mengambil gambar selfie dan mengepostnya dalam Instagram.

 Aku yang berasa bosan pun mula mengambil gambar selfie dan mengepostnya dalam Instagram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'On the way to KLIA.. Hanguk! nal kidaryeo!'

Dan post. Tak sampai 5 minit, bermacam-macam komen yang timbul.

'Untunglah dapat belajar dekat sana.' , 'Bestnya, kalau jumpa EXO mintakan autograph dorang tau!'

Selepas lebih kurang 15 minit, kami pun tiba di KLIA. Dari jauh aku nampak Anom yang sedang duduk di sebelah seorang wanita yang aku yakin itu mak dia.

"Assalamualaikum," aku menepuk bahu Anom yang sedang sibuk melayan telefon bimbitnya. Manusia kalau dah ada dunia baru, memang tak ingat dunia lah.

"Oii~ mak kau meletup," melatahnya sehingga tercampak telefon yang dipegangnya. Mujur dia sempat tangkap balik.

"Eih kau ni! Waalaikumussalam," Anom menampar belakangku. Aku membalas dengan sengihan yang confirm menyakitkan hati. Yelah, dah buat orang marah boleh sengih pulak.

Aku pun bersalaman dengan ibu bapa Anom. Eh, ibu sahaja.. HARAM!

"PENGUMUMAN! KAPAL TERBANG KE SEOUL SOUTH KOREA AKAN BERTOLAK DALAM 15 MINIT LAGI, SEKIAN."

Suara itu bergema di setiap pelusuk KLIA itu dan diselang pula dengan translation english.

Kami bersalam-salaman buat kali terakhir. Kali terakhir bukan selama-lamanya.

"Dekat sana, makan makanan halal je ye. pandai jaga diri. Belajar betul-betul," pesan umiku. Ringkas dan padat nasihatnya. Kami melambaikan tangan ke arah mereka. Sebak jiwa aku.

Kemudian, kami pun meletakkan beg di atas tempat letak beg itu dan selesaikan segala urusan yang perlu diselesaikan.

Kami masuk ke dalam pesawat dan duduk di tempat kami di tepi tingkap. Masa tu dah malam, bertambah cantiklah pemandangan. Ah~ Seoul, wait for me..

❀ ✿ ❀ ✿ ❀

Waktu Seoul 8.59 pagi, kami pun tiba di lapangan terbang antarabangsa Incheon. Suasana di sini sibuk sangat. Kami mencari orang yang sepatutnya menjadi pembimbing kami di sini. Dalam whatsapp yang aku translatekan dalam BM semalam dia cakap...

AINUL : macam mana saya nak tahu yang itu awak ye?

UNNIE : saya dah sediakan whiteboard ' 말레이시아 학생, 여기요! ' okey? nanti carilah ye.

Akhirnya kami jumpa seorang wanita korea 20-an yang memegang sepanduk itu. Kami memperkenalkan diri kepadanya dan dia mengenalkan dirinya pula.

"Saya Ahn Hee-yeon panggil Hani unnie. Jomlah kita pergi tengok dorm awak berdua," kami mengikut Hani unnie ke tempat letak keretanya dan menuju ke rumah baru kami di Gangnam.

Semasa dalam perjalanan, aku ternampak ramai orang di hadapan sebuah bangunan. Ada yang duduk, makan siap bawa selimut lagi.

"Hani unnie, kenapa ramai sangat orang dekat situ?" aku bertanya untuk mengetahui hakikatnya sekaligus untuk mematikan suasana janggal yang sedang dialami sekarang .

"Tu Big Hit Entertainment, semua tu peminat BTS lah tu," Hani unnie berkata selamba. Dia tak minat kumpulan bernama BTS tu kot. Wait, what?

" BTS!?! "

Aku dan Anom terjerit. Hani unnie terkejut dan hampir sahaja terlanggar seekor kucing. Mujur kakinya sempat menekan brek kecemasan.

"Apa jerit-jerit ni. Nasib baik tak jadi arwah kucing tu," tegur Hani unnie. Kami berdua tersengih dan meminta maaf. Marah marah pun comel lagi.

Selepas melalui bangunan Big Hit itu, Hani unnie memasuki sebuah parking lot apartment yang terletak bersebelahan dengan bangunan tadi.

Aku mengangkat kening kepada Anom. Dia faham maksudku dan dia pun mengangguk. Aku tanya 'kita tinggal sebelah BTS?'

Akhirnya kami sampai di rumah yang telah kami sewa seminggu yang lalu melalui online. Bertuah betul dapat rumah sebelah artis.

"Tengok-tengoklah rumah ni. Unnie tinggal dekat tingkat atas dengan kawan-kawan unnie, jadi kalau ada apa-apa boleh lah datang rumah kitorang, okey?"

Kata Hani unnie dan keluar dari rumah itu. Kami menerokai rumah yang sudah lengkap dengan pelbagai kelengkapan. Dapur cantik, ruang tamu pun okey. Bilik satu je? Hmm.. takpelah.

Bilik ni pun cantik. Ada dua katil, dua meja belajar dan satu pintu? Aku curiga dan terus membukanya perlahan.

KRIUK~

Alahai, almari rupanya. Aku mengemas barang-barang dan meletakkannya di tempat yang sesuai.

"Anom! Kita keluar petang karang lah, aku nak tidur kejap," aku memberitahu Anom dan dia membalasnya dengan tanda okey.





❀【B E R S A M B U N G】✿

Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호자 Where stories live. Discover now