020

3.5K 419 24
                                    

Kereta yang dipandu Taehyung bagaikan sedang terbang di awan. Taehyung memandu dengan kelajuan yang maksimum.

Rin sudah dibasahi air mata. Pehanya memangku kepala Fei yang kelihatan sangat tenang. Matanya terpejam.

"Fei, kau jangan lah tutup mata... Kau nafaslah betul-betul. Kau saja nak buat aku sedih kan?"

Air mata Rin menitis-nitis menimpa wajah Fei. Taehyung menjadi semakin panik selepas mendengar kata-kata Rin.

Selang 10 minit perjalanan ke hospital, yang sepatutnya memakan masa 30 minit. Taehyung memberhentikan keretanya dia hadapan wad kecemasan. Dia berlari keluar dari seat driver dan membuka pintu kereta di bahagian belakang.

"Aku bawa dia masuk dulu, kau pergi parking kereta."

Taehyung mendukung Fei dan berlari memasuki hospital. Petugas hospital menolak katil bergerak ke arah mereka.

Fei diletakkan di atas katil tersebut. Dia dikejarkan ke wad kecemasan. Taehyung menggengam erat tangannya seraya berbisik.

"Kalau apa-apa jadi dekat kau, aku takkan maafkan diri aku, Fei. Aku sayangkan kau."

***

Taehyung tidak melepaskan pandangannya dari pintu bilik yang sedang didiami Fei. Rin di sisinya turut berbuat yang sama.

Sudah setengah jam Fei di dalam. Membuatkan kerisauan mereka memuncak.

"Keluarga Cik Song Yi Fei ke?"

Seorang doktor wanita yang memakai nametag "Dr.Choa" menyapa Taehyung dan Rin. Mereka serta-merta bangun dan menerpa ke arah doktor tersebut seraya mengganguk.

"Macam mana keadaan dia doktor?"

"Fei tak apa-apakan?"

Doktor Choa hanya membalas dengan keluhan yang berat. Pandangannya dialihkan pada wajah Taehyung dan Rin.

"Sebelah matanya tercedera. Saya tak pasti apakah objek yang membuatkan retinanya jadi sebegitu teruk. Kalau tak buat transplant, kemungkinan besar dia akan menghadapi masalah yang lain pada masa hadapan."

Doktor Choa memerhatikan reaksi mereka sebelum meneruskan kata-kata.

"Saya ada satu lagi berita yang... buruk. Cik Song Yi Fei sebenarnya sudah lama menghidap penyakit jantung. Dan sekarang dah berada pada tahap kritikal. Kalau tak dibedah dengan segera dan diganti, nyawanya mungkin melayang."

Taehyung dan Rin tergamam. Berita itu ibarat menikam hati mereka berkali-kali.

***

Taehyung menatap wajah Fei. Sungguh dia tak kuat melihat insan yang disayangi terbaring dengan wayar yang berselirat di tubuh badannya.

"Fei, aku datang ni."

Dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Fei. Tangan Fei digenggam. Air mata yang ingin jatuh ditahan. Dia nak tunjuk yang dia kuat. Supaya Fei pun turut kuat.

"Aku sayang sangat dekat kau Fei. Aku tak sanggup nak kehilangan kau. Sebabkan tulah, aku sanggup buat apa je untuk kau."

Taehyung menarik nafas. Menahan tangis memang payah.
Rin yang melihat dari luar pintu sudah berderai-derai air matanya. Perempuan. Air mata memang peneman rasmi.

"Kau janji dengan aku tau. Lepas ni kau akan bahagia. Aku tak nak tengok kau sedih, menangis lagilah. Setitis air mata kau jatuh, aku akan cari orang yang buat kau tu."

Tangannya beralih pada pipi mulus Fei. Diusapnya perlahan. Pandangannya terhenti di bibir mungil Fei.

"Aku takut aku tak sempat... Jadi-"

Taehyung bangun, dia membongkokkan sedikit badannya dan mencium lembut bibir pucat itu.

"Aku sayang kau. Sangat-sangat. Aku harap keputusan yang aku buat ni betul."

Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir perlahan membasahi pipi Taehyung. Hati mana yang tak sedih bila terpaksa melihat keadaan orang yang disayangi sebegini?

Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah pintu. Pintu ditolak. Rin yang berada di luar bilik bertembung dengan Taehyung. Matanya memerah. Tangannya menepuk lembut bahu Taehyung.

"Kau pasti ke kau nak buat semua ni?"

Taehyung hanya mengganguk.

"Aku tak boleh berpeluk tubuh je tengok Fei macam tu. Aku yang sebabkan semua ni jadi. Nanti kau sampaikan pesanan yang aku tulis tu dekat dia tau."

Dia menarik nafas dan melangkah ke bilik yang disediakan. Rin hanya mampu memandang. Apa lagi yang boleh dikata kalau Taehyung dah buat keputusan?

•comment•
•vote•

Thankyou~( ˘ ³˘)❤♡

blind | taehyungOn viuen les histories. Descobreix ara