007

3.7K 464 52
                                    

Perlahan-lahan, aku membuka mata dan menggerakkan badan. Sakit. Terasa sengal diseluruh badanku.

Eh, kenapa gelap je ni? Aku kat mana? Aku dah mati ke?

Seketika aku cuba meneliti apa yang terjadi. Aku terdengar suara seorang lelaki sedang bercakap.

"Retinanya rosak teruk akibat kemalangan tu. Kaca halus yang memasuki matanya mengoyakkan pandangannya. Saya minta maaf, tapi dia tak kan dapat melihat lagi."

Aku terkedu. Lelaki ni cakap pasal aku ke?

Aku mengelip-ngelipkan mata. Cuba mencari arah cahaya. Kosong. Gelap. Hanya tu yang aku nampak.

Aku mula jadi panik. Terus aku berlari mencari arah suara tadi. Tapi aku terjatuh. Mungkin aku di atas katil tadi?

"Doktor! Dia dah sedar."

Suara seorang wanita menyapa gegendang telingaku. Aku merasakan kehadiran seseorang di hadapanku.

"Cik Song Yi Fei. Saya Doktor Jin. Cik duduk dulu."

Aku hanya menurut. Terlalu pening untuk memahami situasi sekarang.

"Cik terlibat dalam kemalangan. Mata cik cedera. Terlalu serious. Sehingga cik tak dapat melihat. Maafkan saya, saya dah cuba sedaya upaya."

DUMMM!

Terasa kata-kata yang dikeluarkan oleh doktor merobek-robek hatiku. Tak dapat melihat. Maknanya,

Aku dah buta?

***

Taehyung POV:

Apa patut aku buat sekarang ni? Kenapa semua ni jadi macam ni?

Kata-kata Doktor Jin berulang kali bermain di minda. Aku menjadi reasah. Perasaan serba-salah menular ke dalam segenap ruang hatiku.

"Encik Kim, boleh masuk tengok dia. Dia dah boleh discharge."

Aku hanya mengganguk. Selepas doktor melangkah pergi, aku memulas tombol pintu perlahan-lahan.

Fei hanya duduk bersandar di katil. Wajahnya pucat. Tergambar seribu kekesalan.

"Fei...."

Sebaik sahaja aku bersuara, wajah Fei bertukar menjadi bengis.

"Kau nak apa?"

"Aku-"

"Kalau kau datang sini setakat nak gelakkan aku, nak raikan kemenangan kau, silakan. Sebab kau dah berjaya."

Fei melangkah turun dari katil dengan bantuan tongkat. Keletak-keletuk berbunyi apabila tongkat tadi berlanggaran dengan lantai.

Aku mengekori langkahnya dari belakang. Dia hampir-hampir melanggar seorang warga tua di atas kerusi roda. Aku menarik pergelangan tangannya.

"Lepaslah!"

Aku mengeluh berat.

"Kau nak pergi mana?"

"Balik rumah."

"Kau tau ke nak jalan ikut mana?"

"Kau ingat aku buta kau boleh pandang rendah dekat aku?"

Taehyung berhenti melangkah. Aku hanya memandang langkah Fei dari jauh. Aku berlari ke kaunter bayaran dan membayar segala rawatan yang diterima Fei.

Kemudian aku pulang ke rumah. Ni bukan salah aku. Aku tak patut rasa serba salah.

***

Keesokkan harinya, heboh satu sekolah tentang Fei. Aku hanya mendengar gosip-gosip yang dibualkan seraya menunggang basikal.

"Kau rasa macam mana dia nak datang sekolah?"

"Mesti susahkan dengan mata tak nampak. Ish kesian pula aku."

"Tapi aku rasa dia takkan datang sekolah."

Aku tak dapat meneruskan kayuhan. Sebaliknya aku berpatah semula. Menuju ke rumah Fei.

***

Fei sedang berusaha mengunci pintu rumahnya. Kemudian dia berjalan dengan bantuan tongkatnya untuk ke sekolah.

Aku mengekori langkahnya dari belakang. Memastikan dia tak terlibat dengan apa-apa kemalangan.

Kalau kau tak salah, kenapa kau buat semua ni Taehyung?

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungDove le storie prendono vita. Scoprilo ora