019

3.4K 412 10
                                    

Taehyung berjalan ke sekolah. Hari ni barulah semangat untuk ke sekolah muncul. Dia menyepak-nyepak batu yang bersepah di tepi jalan. Mindanya sarat dengan bayangan wajah Fei.

Sudah 3 hari berlalu sejak dia meninggalkan Fei. Hatinya meronta-ronta ingin menjenguk Fei. Setiap kali dia mahu pergi ke rumah Fei, egonya tak benarkan.

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Fei terngiang-ngiang di telinganya. Dia sedar dia tak diperlukan.

"Tae!!"

Taehyung mencari arah suara tadi. Suga rupanya. Sedang berlari mengejar langkah Taehyung.

"Lamanya aku tak nampak kau, kau pergi mana? Hari ni baru muncul."

Taehyung hanya tersenyum tawar. Bahunya di rangkul oleh Suga.

"Aku tak sihat."

"Hah, kau sakit apa?"

Suga melekapkan tangannya di dahi Taehyung. Sepantas kilat dia menepis.

"Ei apa kau ni? Geli lah aku."

"Aku caring pun tak boleh. Ceh dahlah, pergi tukar baju. Kejap lagi ada game. Sepanjang ketiadaan kau ni, team kita teruk kena gulai."

"Jadi gulai ikan ke daging?"

Suga mengetuk kepala Taehyung.

"Weh apa ni main kepala! Sakit tau."

"Siapa suruh buat lawak pabo."

Sedang mereka bergurau di tengah-tengah jalan, seorang gadis menyapa mereka dengan wajah yang cemas.

"Taehyung... Ni Taehyung kan?"

Wajah Taehyung kelihatan keliru. Dia hanya mengganguk.

"Ni aku.... Rin, ingat tak? Kawan Fei."

Taehyung cuba mengorek ingatannya. Suga di sisi pula sudah tersengih-sengih macam terputus fius bila nampak Rin. Macam angel turun dari langit. Hatinya berdetik.

"Oh yang selalu back up Fei tu?"

"Hm lebih kuranglah. Aku perlukan explanation."

"Hah? About?"

"What happened to Fei."

***

"Macam tulah cerita dia."

Aku menamatkan ceritaku dengan satu keluhan.

"Haih, aku pergi rumah dia tadi. Tapi dia tak nak buka pintu. Dia cakap dia rindu aku. Tapi dia tak dapat nak tengok aku. Aku tak faham apa maksud dia."

"Kenapa kau terfikir nak tanya aku?"

"Entahlah. Sebab muka kau je yang tetiba muncul dalam kepala aku. Yelah, selain aku, kau je yang banyak cakap dengan dia. I mean... gaduh."

Rin merenung tasik di hadapannya. Angin terasa menampar lembut pipi. Pokok yang menjadi tempat aku dan Rin berteduh berirama dengan angin.

"Hm, kenapa aku dah lama tak nampak kau?"

Musykil juga aku. Sejak tragedi tu tak pula aku nampak Rin dengan Fei. Aku langsung tak terfikir kenapa Rin tak jenguk dia.

"Aku ikut parents aku pergi Jepun. Ayah aku ada kerja dekat sana. Last aku dapat cakap dengan Fei, sebulan lepas kalau tak silap aku. Lepas tu, aku call dia asyik dapat machine je. Dah risau sangat, tu yang aku datang sini."

Imbasan telefon bimbitnya yang pecah berderai kembali bermain di mindaku. Sebab aku jugalah dia tak dapat contact kawan baik dia ni. Haih, kau ni bala betul lah Taehyung.

"Hm, okaylah aku nak pergi pujuk dia supaya buka pintu. Aku risau lah dia depressed."

Rin bangun dari duduknya, dan berura-ura mengorak langkah untuk pergi.

"Jap! Rin, aku nak number kau boleh? Kalau ada apa-apa pasal Fei, kau boleh call aku."

"Oh boleh boleh."

Rin menaipkan nombor telefonnya dan dicopy oleh Taehyung. Selepas tu, masing-masing membawa haluan sendiri.

***

Rin POV:

"Fei! Fei bukalah pintu ni. Kau tak rindu aku ke?"

Jeda.

Haih, dah nak patah tangan aku ketuk pintu ni dari tadi. Mataku terpandang pasu bunga yang suatu masa dulu bunganya indah memekar. Tapi sekarang dah layu. Tak ada rupa bunga dah.

Fei suka letak kunci bawah pasu ni. Untuk aku. Supaya senang kalau aku gaduh dengan parents ke atau aku ada masalah, aku boleh terus masuk rumah dia.

Baik aku cuba nasib. Aku mengangkat pasu bunga tadi dan... Yeah ada pun kunci dekat sini.

Dengan penuh kegembiraan aku membuka pintu rumah Fei.

"Fei, aku masuk ni."

Kenapa suram sangat rumah dia ni?

"Rin.... Rin...."

Eh, tu macam suara Fei?

"Kau kat man-"

Aku terkedu, adrenalin mengalir laju. Fei terkulai layu di atas lantai. Di hadapannya berlumuran darah. Wajahnya sangat pucat. Aku menjerit panik.

"Oh my god!!! What happened to you Fei?"

Air mata aku mula mengalir. Badan terasa menggigil. Aku tak dapat lakukan apa-apa sebab aku fobia dengan darah. Lantas, aku teringat seseorang. Phone aku capai dan nombor Taehyung aku dail.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now