003

4.1K 500 14
                                    

Dari jauh, kelihatan sebuah cafe yang berstyle vintage tersergam indah.

Aku melangkah mendekati cafe itu. Semakin dekat semakin kuat debaran di jantung.

Cafe mewah macam ni nak ke ambil aku bekerja? Jimin ni pun satulah. Carilah cafe yang nampak simple je. Takut pula aku nak masuk apply kerja.

Aku menguatkan semangat dan mempositifkan diri sendiri. Selangkah aku memasuki cafe tersebut, aku dapat melihat susun aturnya yang cantik. Lampu berbentuk diamond bergantungan di sekeliling cafe.

Lagu yang dimainkan kedengaran menenangkan. Kalau aku ada boyfriend, nilah tempat pertama aku nak bawa dia date.

"Welcome miss. How many people?"

Tersentak dari lamunanku. Aku memandang wajah seorang gadis yang sedang menatang menu di tangannya.

"Saya datang bukan nak makan. Saya nak apply kerja as waiter."

"Oh. Come ikut saya."

Aku sempat melirik nama di nametagnya. Sara. Cantik nama tu. Sesuai dengan orangnya.

***

"Maafkan saya. Tapi saya tak dapat ambil awak bekerja sebab awak tak ada pengalaman."

"Tapi encik, saya betul-betul perlukan kerja ni. Saya bukan tak nak bekerje tempat lain timba pengalaman. Tapi saya tak dapat... Semuanya nak kan pekerja full time."

Aku memandang tepat ke matanya. Memohon agar dia memahami aku.

"Hm, memanglah cafe ni perlukan waiter yang part time. Tapi saya tak berani nak pertaruhkan cafe ni pada orang yang tak ada pengalaman bekerja langsung macam awak. Lebih-lebih lagi awak ni masih pelajar."

Aku hanya mampu mengeluh. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi dan bow pada dia sebelum aku pergi. Orang tak nak, takkan aku nak terhegeh-hegeh pula.

Sewaktu aku menolak pintu, pintu ditarik dari luar oleh seseorang membuatkan aku jatuh tersungkur. Kelam-kabut aku bangun. Tanpa memandang wajahnya aku meminta maaf.

"Fei?"

Sebaik sahaja aku mendengar suara yang sangat aku kenali, aku mengangkat wajahku dan memandangnya. Kenapa mesti kau lagi?

"Haih, kat sini pun aku boleh terjumpa kau. Cukuplah kat sekolah Taehyung."

Aku melangkah malas melepasinya. Tapi aku berhenti melangkah bila tanganku dipegang.

"Aku dengar kau nak apply kerja kat sini."

Aku memalingkan wajahku padanya.

"Yes. So what? Ada problem dengan kau?"

"Tak adalah problem. Kau dapat tak?"

Aku hanya menggeleng. Tiba-tiba dia menarik aku memasuki bilik tadi. Lelaki yang menemu duga aku tadi serta-merta berdiri dan bow pada kami. Aku terkedu. Dah kenapa dia ni?

"Selamat malam Encik Kim."

"Selamat malam."

Makin terkedu aku dibuatnya. Encik? Maknanya...

"Ya ni cafe aku."

Taehyung melepakan genggaman tangannya pada aku dan memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis.

"Bin, aku nak kau approve dia sebagai waiter."

"Tapi encik dia tak ada-"

"Cut it off. Buat je apa yang aku suruh."

Aku masih terkaku. Kakiku bagaikan terlekat di lantai dan mataku tergam pada wajah Taehyung.

Kalau aku dapat kerja kat sini, maknanya aku akan bekerja bawah dia. Oh my god no!

Tersedar dari lamunan, aku meluru ke meja orang yang dipanggil Bin tu. Aku memegang surat permohonan aku. Tapi Taehyung lebih pantas mencapainya dan menurukan tandatangan.

"Tahniah Cik Song Yi Fei. Anda akan bekerja di sini mulai esok."

Taehyung tersenyum sinis. Aku mula rasakan hari-hariku bagai dipenuhi kegelapan.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now