002

4.8K 534 6
                                    

"Ugh! Sakitnya hati aku!"

Fei membentak kasar. Penyapu di tangannya digenggam kuat.

"Kau ingat kau sorang je sakit hati?!"

Taehyung bercekak pinggang seraya memandang tajam Fei di sebelahnya. Dia menolak kereta sorong ke tempat pembakaran sampah.

"Ni semua salah kau lah! Aku je yang patut sakit hati."

"Eh suka hati kau j-"

"Memang suka hati aku pun! Ei cepatlah sikit tolak kereta sorong tu. Kau tak nampak ke berlambak lagi ni? Terhegeh-hegeh."

"Diamlah gila! Kau ingat senang nak ulang-alik bawa benda ni?"

"Wei korang boleh stop gaduh tak? Pening aku tengok. Kalau macam ni sampai tahun depan pun tak siap."

Rin menyampuk. Suasana menjadi aman seketika. Kemudian dia kembali menyambung menyapu rumput-rumput dan daun-daun kering di kawasan belakang sekolah ni.

"Haih, dorang yang buat salah, aku pula kena sekali. Pengetua ni pun satu. Ada ke bagi denda bersihkan compound sekolah ni? Bagilah denda supaya dorang dapat berbaik. Nasib aku lah dapat kawan macam kau Fei..."

"Kau cakap apa Rin?"

"Eh tak ada apa. Kau salah dengar ni hehe."

"Hm."

Fei kembali menyambung 'pekejaannya'.

'Huh, nasib baik dia tak dengar.'

Rin menghembuskan nafas lega.

***

Fei berjalan pulang ke rumah. Hari yang panas menambahkan kepanasan di hatinya yang memang sudah mendidih.

"Geram betul lah aku. Sehari tak cari pasal tak sah."

Dia membebel seraya menyepak batu-batu di tepi jalan. Membayangkan batu-batu tu ialah wajah Taehyung.

"Hati-hati!!"

Fei tersentak. Nyaris-nyaris dia berlanggar dengan sebuah basikal.

"Mata letak kat lutut ke?"

Suara seorang lelaki kedengaran. Fei mengangkat wajahnya.

"Haih, kau lagi. Kenapalah asyik jumpa kau je? Malang betul hari-hari aku."

"Kau ingat aku suka ke jumpa kau? Blah lah!"

Taehyung meneruskan kayuhannya.

***
Setibanya di rumah, wajah Fei bertukar muram.

Fei POV:

Aku teringat kembali saat-saat mama dan ayah masih hidup. Kalau aku baru balik dari sekolah, mesti mama akan menyambut kepulanganku dengan senyuman.

Ayah pula bekerja di sebuah pejabat. Tapi ayah jarang berada di rumah. Sebab selalu outstation. Namun kasih sayang yang dia curahkan padaku tak pernah kurang.

Malangnya, kedua-duanya meninggal akibat kemalangan sewaktu hendak ke pulang kampung, 5 bulan lepas. Aku tak ikut sama, kebetulan masa tu aku ada exam.

Aku tak ada adik-beradik. Makanya aku terpaksa tinggal bersendirian. Sungguh aku jatuh semasa kepergian mama dan ayah. Tapi aku bangkit dan mencari kembali kekuatan dalam diri untuk teruskan hidup.

Melangkah masuk ke dalam rumah, aku menghidupkan switch lampu. Berbaring di atas sofa sambil melihat rancangan kegemaran aku. Running Man. Dorang tak pernah buat aku hampa dengan lawak-lawak dorang.

Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Tertera nama 'Jimin' di screen. Kawan baik aku sejak sekolah rendah.

"Hello."

"Hello, Fei! Sila lah bergembira!"

"Asal Jim? Suara kau macam happy sangat je."

"Memang pun! Aku dah jumpa tempat untuk kau kerja part time."

"Serious?! Kat mana?"

"Ada satu cafe ni dia perlukan waiter. Kau tak kisah kan?"

"Tak kisah asalkan aku ada kerja. Whatsapp aku alamat cafe tu. Hehe thanks tau Jim. Kau ni memang boleh diharap!"

"No hal lah. Okay nanti aku send. Bye."

Talian dimatikan. Aku tersenyum gembira. Sejak pemergian mama dan ayah, aku kena kerja untuk menyara kehidupan. Tapi aku kena ke sekolah juga dalam masa yang sama. Puas aku apply kerja, satu pun tak nak terima sebab dorang nak pekerja yang full time. Akhirnya, dapat pun.

'Blop'

Telefonku berbunyi. Sejurus aku membaca alamat yang dihantar oleh Jimin, aku bergegas ke bilik dan menyiapkan diri.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now