015

3.5K 434 17
                                    

Taehyung POV:

Aku terjaga dari tidur bila bunyi bising menggangu lenaku. Aku bangun dari tidur dan mencari arah bunyi itu.

Bunyi tu datang dari dapur. Aku dapat lihat Fei sedang berdiri kaku. Di tangannya ada satu periuk dan satu senduk. Aku terdengar keluhannya.

"Hesh, mana nak letak ni? Suis api kat mana kenapa aku tak jumpa dari tadi suis ni."

Aku ketawa kecil melihatkan wajahnya yang runsing. Bagi aku, dia kelihatan sangat comel dengan apron yang diikat di pinggang dan rambutnya diikat satu.

Aku mendekatinya. Aku menyentuh bahunya dan tiba-tiba

'PANGGGG!!'

"Argh!!! Sakitnya kepala aku!"

Ish perempuan ni dah kenapa tiba-tiba pukul aku dengan senduk tu? Aku mengaduh keasakitan seraya mengusap kepalaku yang terasa bagai ada benjol.

"Tae? Lah kau ke tu. Sorry aku ingat pencuri ke apa. Lain kali janganlah sentuh-sentuh macam tu. Kan dah kena."

Fei ketawa. Taehyung turut ketawa. Wajah Fei yang kelihatan sungguh polos mencairkan hati lelakinya.

"Aku cuma nak tegur kau je. Tak pasal-pasal kena ketuk. Sakit tau."

Sengaja aku manjakan suara. Bukan selalu Fei nak bergurau dengan aku. Maksud aku, bergurau yang tak bawa kepada pergaduhan.

"Sorry... Kat mana yang sakit?"

Fei meletakkan senduk dan periuk tadi di atas meja. Dia mencari-cari tubuh badanku. Aku memegang kedua-dua belah tangannya yang tergapai-gapai. Dan membawanya ke dadaku. Aku lekapkan tangannya di situ.

"Kat sini. Sakit sangat Fei. Aku tak tau macam mana nak ubat sakit ni."

Fei terdiam. Dia tidak memberi apa-apa respons. Suasana jeda seketika. Bila Fei pula menggengam tangan aku dan membawanya ke dadanya. Tepat di mana hatinya terletak.

"Aku pun sakit Tae. Lagi sakit dari apa yang kau rasa."

Air mataku mula bergenang. Huh, hilang macho aku kalau dengan budak ni.

"Kau nak masak apa ni?"

Aku menukar topik perbualan yang dirasa semakin menyesakkan jiwaku.

"Oh, aku ingat nak masak bubur. Tapi tulah. Dari tadi aku tak jumpa suis. Takut kalau salah, terbakar pula rumah ni."

"Hahah, apalah. Kau boleh je kejut aku kan?"

"Tak nak kacau kau kan sakit."

"Eh, kau nak masak bubur ni untuk aku eh?"

Aku menyenggol bahunya. Membuatkan Fei rimas.

"Ei tolonglah. Tak ada masa tau. Aku lapar sebab tulah aku nak masak ni."

"Hm, malu lah tu. Hahah, meh aku tolong kau."

Aku mula menghidupkan api dan meletakkan periuk di atas stove.

"Mana kau jumpa beras? Tadi aku cari tak ada pun."

"Ada je dalam kabinet tu. Mata kau rosak agaknya."

"Serious? Rasanya dah puas aku cari tadi.."

Aku dan Fei meneruskan aktiviti memasak bubur bersama-sama di petang yang indah itu. Sungguh, aku tak nak masa berlalu supaya aku boleh terus berada di saat ini dengan Fei.

Sementara Fei menggumam di dalam hatinya

"Memanglah kau cari tak jumpa sebab aku baru pergi beli beras tu...."

***

Periuk yang berisi bubur diletakkan di atas meja. Dua mangkuk kecil aku letakkan di sisi. Bubur yang masih panas aku tuangkan ke dalam mangkuk. Satu aku letakkan di hadapan Fei yang sudah duduk di atas kerusi berhadapan aku.

"Makanlah Fei. Hati-hati tau sebab panas."

Aku menarik kerusi dan duduk. Menghirup perlahan bubur yang berada di dalam mangkuk. Heaven betul. Lega tekak aku yang terasa payau sejak tadi. Sesekali aku menjeling pada Fei yang sedang berusaha menyuapkan bubur pada mulutnya.

"Boleh tak?"

Fei mengeluh.

"Sebab nilah aku suka makan roti je. Senang. Tak payah guna sudu segala."

Aku ketawa kecil seraya beralih tempat duduk ke sebelahnya. Tangannya yang memegang sudu aku genggam.

"Eh kau asal Tae?"

"Meh aku suap."

Aku mengambil sudu dari tangan dia dan mula meniup bubur yang masih berasap.

"Buka mulut~"

"Ish, kau ni...."

Wajahnya yang putih bersih memerah bila diusik. Aku ketawa. Serasa tak nak saat-saat macam ni berlalu.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungKde žijí příběhy. Začni objevovat