013

3.5K 455 22
                                    

"Aku tau apa yang aku buat ni salah. Tapi aku-"

"Memang salah pun! Sesuka hati je kau duduk rumah aku tanpa bagitahu aku? Aku boleh buat laporan polis atas alasan kau menceroboh tau tak?"

"Haih. Dengarlah dulu apa aku nak cakap. Lepas tu kalau kau nak marah ke nak pukul ke nak hantar aku pergi balai ke aku terima."

Fei hanya mendiamkan diri.

"Aku rasa serba salah atas apa yang jadi. Sebab tu aku decide buat kerja gila ni. Kalau aku bagitahu kau yang aku nak jaga kau, aku confirm kau takkan bagi."

"Memang pun."

"Hm and one more thing, aku rasa.."

"Apa?"

"Aku rasa aku dah suka dekat kau."

Taehyung memegang belakang lehernya. Wajahnya sedikit memerah dalam suhu yang dingin. Inilah kali pertama dia meluahkan perasaannya sepanjang dia hidup.

"Kim Taehyung."

Suara Fei mengembalikan Taehyung ke dunia.

"Tak cukup lagi ke dengan apa yang dah jadi? Kau dah minta maaf kan tadi. Kenapa still nak sakitkan aku? Kau nak seksa hati aku dengan kata-kata penipuan kau tu?"

"Kau cakap apa ni? Aku ikhlas Fei! Kau nak suruh aku buat macam mana baru kau nak percaya?"

"Aku takkan pernah percaya kau."

Taehyung mengeluh. Fei sudah menggigil akibat daripada suasana yang dingin ditambah dengan pakaiannya yang sudah basah kuyup.

"Nanti.. nanti kita cakap pasal ni lagi. Sekarang kau masuk tukar baju lepas tu letak ubat. Aku tak nak kau sakit."

Usai Taehyung berkata-kata, dia menuju keluar dari pintu pagar rumah Fei dan hilang di dalam hujan. Hatinya terlalu sakit untuk menerima apa yang baru Fei ungkapkan tadi.

Salah kau jugalah Taehyung. Siapa suruh buat dia macam tu? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sendiri mau tanggung.

***
Malam yang dingin. Hujan tak henti-henti turun membasahi bumi sejak petang tadi.

Fei yang berbaring di atas katilnya tidak dapat melelapkan mata. Jam loceng yang mengeluarkan bunyi 'beep' menandakan sudah pukul 2 pagi.

Sekejap dia pusing ke kiri. Sekejap lagi ke kanan. Hatinya tak tenteram. Entahlah disebabkan Taehyung atau perutnya yang lapar kerana tak diisi apa-apa sejak dari pagi.

Tak mahu menyesakkan minda, dia membuat keputusan yang dia terlalu lapar sehingga dia tak dapat tidur. Dia bangun dari pembaringan. Mencari tongkatnya.

Baru sahaja dia hendak melangkah bangun, guruh yang berdentum kuat diikuti dengan bunyi kilat sabung-menyabung mematikan langkahnya. Fei terlalu takutkan bunyi itu.

Dia mencari selimutnya dan membalutkan seluruh tubuhnya sehingga bahagian kepala di dalam selimut. Menggigil ketakutan. Air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

Biasanya kalau guruh begini, dia akan berlari ke bilik mamanya dan menyusup masuk ke dalam selimutnya. Mama akan mengusap lembut rambutnya dan menyanyikan lagu. Dia akan terus tidur lena selepas itu.

Walaupun dia sudah besar, dia tetap berkelakuan sebegitu. Guruh dan kilat adalah musuh utamanya.

Entah kenapa, mindanya hanya memainkan nama Taehyung sedari tadi. Tanpa dia sedari, mulutnya menyebut halus nama lelaki itu.

***

Taehyung yang tertidur di atas sofa selepas pulang dari perjalanan menenagkan diri terjaga bila guruh berdentum terlalu kuat.

Pakaiannya yang basah masih belum ditukar. Dia mula menggigil kesejukan. Dia bangun dari sofa dan menukar pakaian.

Niatnya untuk sambung tidur terbantut apabila teringatkan Fei. Hatinya masih sakit. Namun dia risaukan keadaan Fei.

Taehyung menjengukkan sedikit ke dalam bilik Fei. Terlalu gelap untuk dia lihat.

"Fei... Tidur ke?"

Jeda.

Baru sahaja dia hendak menutup pintu kerana menjangkakan Fei sudah ke alam mimpi, dia terdengar suara Fei memanggil namanya.

Dia melangkah mendekati dan duduk di birai katil.

"Kenapa panggil aku?"

Fei keluar dari selimut dan merapati Taehyung.

"Guruh.. Kilat.. Aku takut Tae. Bunyi dia kuat sangat."

Taehyung merangkul bahunya. Kemudian dia membaringkan Fei di atas katil. Kepala Fei beralaskan lengannya. Selimut ditarik menutupi kedua-dua tubuh itu. Taehyung mengusap lembut rambut Fei seraya berbisik halus.

"Tidurlah. Aku teman kau. Esok aku pergi. Aku janji aku takkan kacau kau lagi lepas ni."

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungOnde as histórias ganham vida. Descobre agora