004

3.9K 482 2
                                    

Hatiku membentak sebal. Kegelapan malam yang biasanya menakutkan aku, aku hiraukan.

"ARGHHH!!"

Aku menjerit sekuat yang mungkin. Masih tak dapat menghilangkan kemarahan di hati. Baik aku balik tidur.

***
Author POV:

Fei melangkah longlai memasuki perkarangan sekolah. Dia sangat berharap dia tak bertembung dengan Taehyung lagi. Dia juga berharap agar hari tetap menjadi siang. Supaya dia tak payah pergi bekerja dekat cafe tu.

"Dalam banyak-banyak tempat, kenapa mesti cafe tu? Makhluk tu pun satu! Aku dah tak nak yang dia sibuk tandatangan buat apa? Kan sekarang aku yang susah. Kalau nak berhenti kena tunggu 3 bulan lah bayar pampasan apa benda lah!"

"Fei! Kau borak apa sorang-sorang ni?"

Rin menghampiri seraya merangkul bahu Fei.

"Aku tak ada mood. Ni semua sebab makhluk blonde tu!"

"Ceritalah kat aku, mana tau aku boleh tolong?"

Fei mendengus kasar sebelum duduk di sebuah bangku. Rin mengambil tempat di sebelahnya.

"Hm macam tulah ceritanya."

Rin tergangga.

"Oh my god. Macam mana kau nak hidup lepas ni Fei?"

"Tau takpa! Rin kau sayang aku tak?"

Rin hanya mengganguk. Kalau geleng karang sia-sia kena belasah.

"Kau apply lah jadi waiter part time sama macam aku. Atleast aku ada teman aku berani sikit."

"Aku bukan tak nak tau Fei. Tapi kau tau kan mummy dengan daddy tak kasi. Dia suruh aku habis belajar dulu."

Fei melepaskan nafas berat.

"Untunglah ada parents lagi. Kaya pula tu. Tak payah susah-susah macam aku ni."

"Ish, apa pula kau cakap macam tu. Fei aku..."

"Kau apa?"

"Aku nak bagitahu kau something. Tapi janji jangan pukul aku."

"Eyyy, aku mana pernah pukul kau. Haha."

Mencerlung mata Rin memandang Fei. Segala pukulan Fei yang hinggap pada badannya terbayang di minda.

"Em adalah sekali dua."

Fei membuat riak tak bersalah.

"Haha, kau ni dari dulu sampai sekarang sama je."

Rin berhenti bercakap, dan menggengam tangan Fei.

"Sebenarnya, aku kena ikut parents aku ke Japan. Ayah aku kena transfer pergi sana sebab nak uruskan syarikat dia kat sana yang baru dibina tu. Jadi, aku terpaksa ikut dan menetap kat sana."

"Kau cakap apa ni? Aku suka kau bergurau tapi ni dah lebih Kim Ye Rin."

"Haih, aku tak bergurau Fei. Aku memang kena pindah. Hari ni hari last aku...."

Air mata mula bergenang di tubir mata Fei. Begitu juga Rin.

"Kau tak boleh tinggalkana aku.. Nanti siapa nak teman aku? Siapa nak dengar masalah aku? Aku cuma ada kau dalam sekolah ni...Sampai hati kau nak tinggalkan aku, Rin."

Mereka berdua hanyut dalam emosi.

***

Pulang dari sekolah, Fei menghempaskan badannya pada katil. Matanya memandang kipas yang berpusing ligat. Seligat mindanya yang sedang memikirkan kehidupannya selepas ni tanpa Rin.

"Sorang demi sorang yang aku sayang pergi. Haih."

Fei membungkuskan dirinya di dalam selimut. Tak sampai beberapa saat, dia terlelap.

***

"Aku paling benci orang yang tak punctual! Kenapa kau lambat?"

"Maafkan aku... Taehyung. Aku-"

"Hey! Kat sini aku bos kau eh, panggil aku Encik Kim!"

Taehyung mengherdik kasar. Pekerja lain yang berada di dapur hanya diam memasang telinga.

"Maafkan saya Encik Kim."

Fei menundukkan kepalanya berulang kali. Air mata yang ingin mengalir diseka pantas.

"Kau cuci semua pinggan tu hari ni! Kei, tepi. Biar dia buat."

Gadis yang dipanggil Kei yang sedang mencuci perkakas dapur tu terhenti. Dia menutup pili air dan menyerahkan apron pada Fei.

Fei hanya mampu menurut.

***

"Sakit hati aku Rin. Aku lambat 4 minit je. Dia marah aku depan semua pekerja dia. Malu aku.."

Rin cuba menenangkan Fei dari hujung talian. Dia betul-betul kasihankan kawan baiknya yang sorang tu. Tapi nak buat macam mana. Dia terpaksa pergi.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें