017

3.4K 445 14
                                    

Wajah Fei berkerut-kerut menahan sakit. Selepas keluar dari tandas tadi, dia dipimpin Taehyung ke katil.

Fei hanya berbaring. Taehyung pula memandang simpati Fei di sisi.

Tak dapat menahan hatinya daripada melihatkan keadaan Fei yang sebegitu, Taehyung berlalu keluar dari biliknya. Dia menyelongkar begnya yang dipenuhi dengan barangan.

Barang yang dicari-cari ditemui setelah berhempas-pulas menyelongkar ke dasar beg. Minyak angin di tangan dipandang dengan penuh kepuasaan semasa dia berjalan ke arah bilik Fei.

Taehyung duduk di birai katil. Bahu Fei ditepuk lembut.

"Fei, sini. Baring elok-elok. Berbungkus macam mumia dah aku tengok."

"Kau mesti suka kan? Seronok? Tengok aku sakit macam ni? Puas lah hati kau.."

"Ei kau ni dah kenapa? Tiba je cakap macam tu."

Fei mencebik.

"Aku gunting bibir tu karang baru tau erti penyesalan."

Sepantas kilat Fei menyembunyikan cebikannya.

"Sini sikit."

Taehyung merapatkan dirinya kepada Fei. Dia menyingkap baju Fei ke atas.

"Kau buat apa ni?!"

Fei berusaha menepis tangan Taehyung yang semakin galak bermain pada pakaianya.

"Diamlah. Kau kata tadi sakit perut kan? Ni aku nak letak minyak."

Tangan Fei berhenti menepis sejurus mendengar kata-kata Taehyung. Tangan Taehyung bermaharajalela di atas perut Fei.

Perlahan-lahan, dia mengusap perut Fei dengan minyak yang telah dilumurkan di tangan. Fei memejamkan mata. Terasa sungguh selesa apabila tapak tangan Taehyung yang mengeluarkan haba mengusap perutnya yang sakit.

"Okay sikit?"

"Hm."

"Macam mana kau tau nak legakan period pain ni?"

"Rahsia. Ada sifu yang ajar. Hahaha."

'Thank you mama.'

Hati Taehyung berbisik. Dia berhenti untuk melihat reaksi Fei.

"Tae... Jangan stop sampai aku tidur boleh?"

Taehyung ketawa kecil seraya mengganguk. Macamlah Fei boleh nampak.

***

Taehyung POV:

Adoi! Apa benda yang langgar kepala aku ni?

Aku merungut seraya mencelikkan mata separuh. Mencari objek yang telah menggangu lenaku.

Lah, tangan budak kecik ni rupanya. Tangan kecik, terlanggar sikit boleh benjol kepala aku dibuatnya.

Perlahan-lahan, aku melekapkan tangannya yang berada di pipiku. Aku menatap wajahnya yang sungguh lena. Tenang.

Aku meneroka segenap inci wajahnya yang putih bersih. Daripada alis matanya, hidungnya, bibirnya. Perfection. How can someone be this beautiful?

Seketika kemudian aku mengeluh. Kalau lah aku appreciate dia daripada dulu. Semua ni takkan jadi. Dia takkan buta. Haih, ni semua memang salah aku.

"Maafkan aku Fei. Aku akan terus berada di sisi kau. Aku mengharapkan keizinan kau untuk berbuat begitu."

Aku mengelus lembut pipinya yang sungguh gebu. Rasa nak cium je.

Aip Kim Taehyung. Control!

Pandanganku beralih pula pada rambutnya yang lurus dan perang. Cantik. Semua yang terletak di wajahnya bagaikan suatu magis. Terlalu indah bila dipandang.

Kau ni dah angau sangat lah Tae.

Ugh.. Apa aku fikir ni? Aku menggelengkan kepalaku berkali-kali.

Tak. Aku tak boleh terus simpan perasaan ni. Fei tak suka aku. Bukan setakat tak suka, tapi benci. Aku sedar.

Aku mengeluh berat. Tapak tangannya melekap pada dahiku. Tak panas. Demam aku dah kebah.

Ini maksudnya....

Aku kena pergi ke?

Tak, aku tak sanggup.. Biarlah, apa pun yang jadi aku akan berusaha memenangi hati dia. Kau tak boleh mengalah sebelum berjuang. Tu pengecut namanya.

Kim Taehyung, fighting!

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now