022

3.2K 419 61
                                    

"Hah?!"

"Kau nak aku guna pembesar suara ke?"

"Taehyung ke? Kau biar betul? Orang yang selfish macam tu nak tolong aku. Hahaha, buat lawak lah kau ni."

"Aku tak buat lawak lah Fei."

Melihatkan wajah Rin yang serious, Fei tahu yang dia tak main-main.

"Kalau macam tu, mana dia?"

Rin mengeluarkan sekeping kertas dari dalam poketnya. Fei mengerutkan dahi.

"Nah, kau baca lah. Ni apa yang Taehyung tulis. Dia pesan suruh bagi kau. Aku tak baca pun, jangan risau."

Fei menyambut huluran surat tersebut. Tangannya mula menggigil tatkala kertas itu dibuka.

To my beloved Song Yi Fei,

Masa kau baca surat ni aku pasti yang aku dah tak ada dekat dunia ni.

Fei,
Aku minta maaf atas apa yang dah terjadi sepanjang perkenalan kita. Aku tau terlalu banyak perkara yang aku buat kat kau sampai kau hilang kepercayaan dekat aku.

Fei,
Kau nak tau something? Kau lah orang pertama yang berjaya buat hati aku cair. Jujur, aku tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Maksud aku, jatuh cinta yang sebenar-benarnya. Kau dah ajar aku erti sayang tu, Fei.

Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab kau masih sudi jaga aku masa aku demam hari tu. Walaupun aku tau kau tak suka. Maafkan aku sekali lagi sebab susahkan kau.

Ada banyak sangat aku nak cakap dekat kau kalau berkesempatan. Tapi masa aku dah suntuk. Aku kena pergi.

Akhir kata, aku mohon kau jaga mata yang aku berikan pada kau. Dan, jantung itu Fei. Setiap saat dia berdegup, kau ingatlah aku. Jaga semuanya baik-baik ya. Tu je yang mampu aku buat untuk tebus kesalahan aku selama ni.

Aku sayang kau sangat Fei. Jaga diri

Taehyung.

Fei mengalirkan air mata. Badannya menggeletar. Rin yang melihatkan keadaan Fei menjadi risau.

"Fei, kenapa? Kau okey tak ni? Taehyung tulis apa?"

"Rin... Rin aku nak Taehyung.. Aku nak dia balik Rin.. Tolong aku..."

Fei sudah memukul-mukul Rin dengan tangisan yang semakin kuat. Rin menghembuskan nafas berat. Dia menarik Fei ke dalam pelukkannya.

"Shh, jangan nangis macam ni. Nanti lagi sedih Taehyung kalau dia tau kau macam ni."

Makin kuat tangisan Fei.

"Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia tinggalkan aku bila aku dah mula sayang dekat dia? Kenapa Rin?"

Rin mengusap rambut Fei. Cuba menenangkannya.

"Dahlah tu. Kau dah dengar kan? Cepatlah keluar. Baju aku dah lencun ni."

Fei mengangkat wajahnya.

"Kau cakap apa ni?"

Rin menunjuk ke arah belakang Fei. Sebaik sahaja dia berpusing, dia melihat seseorang sangat dirinduinya. Dia terkaku.

Taehyung sudah tersengih-sengih seraya memegang lehernya. Rasa serba-salah pula tengok Fei menangis sampai macam tu.

"Apa.. Apa ni Rin? Aku nampak hantu Tae... Aku takutlah."

Fei kembali memeluk Rin membuatkan Rin ketawa terbahak-bahak.

"Tu memang Taehyung lah pabo."

"Hah?"

Taehyung sudah pun berada di belakang Fei. Dia menarik tubuh kecil Fei ke dalam dakapannya. Sebuah ciuman diberikan pada dahi Fei.

"Sorry buat kau nangis. Aku cuma nak test je."

Fei tersedar. Dia main-mainkan aku je?

"Test? Sampai hati kau buat aku macam ni."

Fei berusaha melepaskan diri dari pelukan Taehyung. Rin pula sudah mengorak langkah perlahan-lahan.

"Aku pergi dulu. Er, pandai-pandailah kau settle eh Tae. Aku dah tolong mana patut."

Hilang sahaja bayangan Rin, Fei memandang wajah Taehyung dengan pandangan yang menggerunkan.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now