011

3.5K 454 9
                                    

Fei terduduk di atas lantai dengan buku-buku yang sudah berteraburan. Sebuah basikal sudah menghempap tubuhnya yang kecil. Seorang lelaki bertopi coklat bercekak pinggang seraya memandang Fei.

"Hoi! Kau jalan pakai lutut ke?"

"Er.. Maafkan saya. Saya tak nampak."

"Banyak lah kau punya tak nampak. Kau saja je kan? Sebab kau tak nak bayar ganti rugi basikal aku yang dah jahanam ni!"

Badan Fei mula menggigil menampung berat basikal yang berada di atas badannya.

"Saya-"

"Berapa kos nak baiki basikal ni?"

Tiba-tiba Taehyung sudah berada di hadapan lelaki tadi. Dia mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan sejumlah wang yang banyak kepada lelaki tadi.

"Cukup?"

Dia tersenyum sinis. Kemudian dia mengangkat basikal yang menghempap tubuh Fei dan menolaknya kepada lelaki tadi.

Selepas lelaki tadi beredar, Taehyung memegang bahu Fei untuk membantunya bangun.

"Jangan sentuh aku."

Taehyung kaku. Kata-kata itu begitu pedih dirasakan.

"Kau luka kan tu. Biarlah aku tolong. Jangan nak keras kepala sangat."

Fei menepis tangan Taehyung yang cuba memegang pergelangan tangannya.

"Tak payah. Aku boleh bangun sendiri."

Dia cuba untuk bangun dengan memegang tongkatnya. Tapi kakinya tercedera. Dia mengerang.

"Kan aku dah cakap kau cedera. Degil lah kau ni."

Taehyung tak mampu untuk melihat keadaan Fei sebegitu. Dia menggunakan tenaganya dengan mengangkat Fei.

"Hey kau buat apa ni?! Turunkan aku!"

Fei membentak. Tangannya menolak tubuh badan Taehyung.

"Diamlah. Kau ingat aku nak sangat ke tolong kau? Aku tolong ni pun sebab aku kesian je. Dah kebetulan aku lalu. Better kau diam sebelum aku campak kau kat lantai."

"Huh."

Fei berhenti memberontak. Taehyung memulakan perjalanannya menuju ke rumah Fei. Mindanya memarahi mulutnya yang mengeluarkan kata-kata yang sungguh bertentangan dengan apa yang terisi di dalam hatinya.

***

Taehyung POV:

Setibanya di rumah Fei, aku meletakannya di atas sofa. Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan diri.

Aku melutut di hadapannya seraya memegang kakinya. Stokin putih yang dipakai sudah bertukar menjadi warna merah. Perlahan-lahan aku membuka balutan stokin itu pada kakinya.

"Auch!"

"Sakit ke?"

Soalan apa kau tanya ni Taehyung?

Fei menahan tanganku dari terus memegang pergelangan kakinya.

"Kat mana peti kecemasan?"

Dia hanya mendiamkan diri. Matanya dipejam rapat. Dia bersandar pada sofa.

"Nanti aku letak ubat sendiri. Kau balik lah."

Sejurus dia habis berkata-kata, dia melangkah melepasi aku, menuju ke biliknya dengan langkah yang terhenjut-henjut.

Aku mengejar langkah Fei dan menarik pergelangan tangannya sehingga dia hilang keseimbangan. Hampir sahaja dia terjatuh ke lantai tapi aku dah sambut dia dulu.

"Hish, kau ni tak faham ke? Balik lah."

Fei merengus kasar seraya menstabilkan diri. Dia memegang dinding sebagai panduan untuk dia mencari arah bilik tidurnya.

Aku hanya membiarkan dia memasuki biliknya.

***
Suasana yang sunyi menghimpit hatiku. Terasa kosong. Aku rindu nak gaduh dengan Fei macam dulu.

Aku menutup surat khabar yang ada di tangan. Jam di dinding aku lihat. 5:30 pm.

Perlahan-lahan, aku memasuki biliknya. Gelap. Yelah kalau dia buka lampu pun bukan ada effect.

Aku menekan suis on. Biliknya menjadi terang-benderang. Aku dapat lihat figura Fei terbaring di atas katil dengan pakaian yang sudah ditukar.

Menghampirinya, aku mengeluarkan antiseptik yang aku jumpa di dalam laci ruang tamunya. Kain kasa yang memang sedia ada di dalam barang keperluanku aku capai.

Dengan berhati-hati dan sungguh perlahan, aku mengangkat kakinya ke atas pangkuanku. Aku menyapu luka itu dengan antiseptik dan ubat. Kemudian aku balutnya dengan kain kasa.

Nasib baiklah dia ni jenis tidur mati. Dia cuma alah pada bunyi yang bising. Berdasarkan pemerhatian aku selama beberapa hari aku menetap di sini.

Selesai semuanya, aku menyimpan peralatan perubatanku dan melangkah keluar dari biliknya.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now