Twëenzestigste Hoofsdtuk : 62nd Chapter

Start from the beginning
                                    

Tombol pintu pun takde?

Miles buntu. Pintu dah tak boleh buka. Sebab? Kalau nak keluar, pintu kena tarik ke dalam. Handle dah takde tu satu hal la. Nak tendang pintu pun tak boleh. Bazir tenaga je. Sebab? Door frame. Faham? So, Miles buntu sendirian. Dia terperangkap di dalam bilik air sendiri.

Kepala paip dipusing dan air paip yang sejuk turun keluar. Miles tadah tangan di bawah paip itu dan gunakan air itu untuk segarkan muka dia. Dan untuk basahkan tekak. Selesai, Miles mula berfikir. Macam mana dia ada disitu, dan apa motif disebalik keadaan ini.

Tiada sesiapa pun yang muncul untuk sekurang-kurangnya membuatkan Miles tahu apa yang sedang terjadi.


Beberapa hari kemudian....
"TAK, kau tahu tak, dia read. Seen. Dia dah baca WhatsApp aku." Complaint si Zye dekat Zuki.

Zuki hanya mampu menadah telinga kerana Zye yang drive kereta, dan dia hanyalah menumpang dan meneman si Zye ni. Nak pergi ke rumah Zed, tempat Zed menerima rawatan. Si mangsa keadaan, Zuki, hanya pasrah dan redha sebab Zye kata nak belanja dinner kat luar tadi, tapi rupa-rupanya ada detour dulu.

"Mungkin dia tak sempat nak reply? I mean, the real Zed. Dia baca pastu tak sempat reply." Zuki memberi hujah dia pula.

"Aku dah tunggu 3 hari dah, still seen je. Semua mesej yang masuk, cuma seen je. Blue tick." Zye mengeluh. Hairan. Pening. Keliru. Kenapa Zed baca WhatsApp dia, tapi tak reply langsung. Dah la baca almost as soon as text tu sampai. "Sebab tu la aku nak pergi terus rumah dia, senang."

"Kau bagitahu dia tak?" Zuki menyoal soalan paling bernas. Nak buat apa-apa pun kena minta izin dulu. Consent you know?

Zye tak balas soalan Zuki dengan jawapan yang sepatutnya. "Uhhhh...... Dekat traffic light nanti aku WhatsApp dia."



TELEFON pintar di atas sebuah meja komputer bergetar, menandakan ada notification baru masuk. Skrin dengan latar belakang gambar leher jinjang seorang perempuan berambut blonde memakai rantai yang berloketkan huruf N terbalik dan senget sedikit di-unlock dan ikon WhatsApp ditekan. Satu chat bernama '🐬' dibuka dan apa yang keluar adalah tempat terakhir empunya telefon lihat mesej. 4 hari yang lalu.

4 days ago
🐬: Assalamualaikum
🐬: I don't know when you'll be reading this
🐬: Bila pun kau baca, I want to say that I missed you
🐬: I want to meet you soon
🐬: Aku nak bagitahu kau something
🐬: Okay tu je

3 days ago
🐬: Assalamualaikum, Zed.
🐬: It really have been a while huh?
🐬: I really missed you by the way

2 days ago
🐬: Kenapa bluetick je?
🐬: Aku ada buat salah apa-apa ke?
🐬: Ke yang baca ni bukan Zed and Zed tak tahu pun aku ws dia?

1 day ago
🐬: Hello
🐬: I know you read this
🐬: You didn't hide your bluetick

Today
🐬: I have something to tell you
🐬: It's important

Just now
🐬: I'm on my way to your house.

"Shit." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut empunya telefon.

'Its not like there's anyone there'

"Exactly."




KERETA yang dipandu Zye berhenti di depan sebuah rumah banglo 2 tingkat semi-D. Mata Zye terbuntang, tidak percaya dengan apa yang dia baru lihat. Rumah di mana Zed jalani rawatan dia, yang sebelum ni ada kereta dan motor ikonik Zed, kini lengang. Pintu dan tingkap semuanya tertutup rapat. Di luar kawasan rumah langsung tiada kasut. Ada daun-daun kering yang berterbangan masuk dari luar sahaja.

HETEROCHROMIAWhere stories live. Discover now