Bahagian 3 -- Jejak Hantu(Part 2)

115 3 0
                                    

"LEA...Lea..."

Sayup-sayup Atilea dengar namanya dipanggil. Bahunya terasa digoyang perlahan-lahan. Terasa berat betul dia hendak membuka mata. Terasa seperti baru sahaja dia melelapkan mata.

"Kenapa tidur kat sini?" Suara itu kedengaran lagi di telinganya.

Dengan payah, Atilea membuka mata.

"Pergilah tidur kat katil. Biar aku tidur sini," suruh Izz Qhuzairy. Di tangannya ada sebiji bantal.

Atilea geleng. Rasa kurang selesa yang merasuk fikirannya tadi kembali menyusup perlahan-lahan lantas menimbulkan keraguan di hati. Berada di dalam bilik tidur yang pernah dikongsi bersama oleh Izz Qhuzairy dengan Miasarah meletakkan dia dalam keadaan serba salah. Dia bukan lagi berada di rumah arwah mak dan abah. Dia sekarang berada di rumah yang pernah didiami oleh Miasarah dengan Izz Qhuzairy. Terasa seperti menceroboh privasi orang lain.

"Tak apa. Aku selesa kat sini." Atilea memalingkan tubuhnya membelakangi Izz Qhuzairy. Dia benar-benar mengantuk dan rasa letih hendak berdebat dengan lelaki itu. Namun lena yang baru bermula, terganggu.


******


Sila dapatkan versi cetak di kedai-kedai buku berhampiran anda. Jika ingin membeli secara online, boleh ke KarangkrafMall atau beli terus daripada saya. PM inbox saya di Facebook atau Instagram.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jejak Hantu (Antologi Aksi Bunuhan) [PUBLISHED]Where stories live. Discover now