Terbuntang mata Leesya. Leesya terkelu. Sungguh, dia tidak pernah tahu tentang semua ini sepanjang berkenalan dengan Farish. Sungguh perit nasib yang menimpa Farish sehingga dia menjadi seorang pesakit mental.

Leesya tahu, jika nak dibandingkan nasibnya dengan nasib Farish, nasib Farish lah jauh lebih perit daripada nasib yang dialami olehnya. Ya, keluarga adalah segala galanya di dunia ini. Tanpa keluarga, hidup tentulah akan sunyi sepi dan tak bermakna. Dan yang paling perit sekali apabila kedua dua ibu bapa yang telah menjaga kita dari kecil sehinggalah ke dewasa pergi jauh meninggalkan kita.

Leesya sedar akan semua itu. Dan dia amat bersyukur atas apa yang diberi oleh allah s.w.t dan semua yang berlaku terhadapnya adalah ketentuan ilahi. Ini juga ada hikmah semuanya. Setiap masalah yang berlaku mematangkan fikiran dia dan Firash.

"Petang nanti sayang dah boleh discharge.. Sayang nak tidur dulu ke?" Firash mematikan lamunan Leesya. "Tak nak, dah lama sangat tidur. Makan tidur makan tidur, nanti makin berisi orang tu cari lain. Kita borak borak je lah ye abang?"

"Hisy apa sayang ni, cakap macam tu! Kata kata tu seumpama doa tau tak. Abang langsung tak kisah sayang ni gemuk macam penguin ke, slim macam model ke. Yang penting, sayang buat abang bahagia. Lagi lagi kehadiran cahaya mata kita ni, bertambah seri rumah kita nanti."

***

Ada sebuah kotak yang berbentuk hati, sama seperti kotak yang pernah dihadiahi Firash sewaktu malam pertama mereka berdua yang terletak elok di atas sofa di ruang tamu. Leesya menuju ke arah kotak itu dengan perasaan terujanya dan mengambilnya. Ditanya apa-bendanya-itu kepada Firash, namun Firash janya mengangkat bahunya dan langsung beredar ke bilik.

Leesya membuka kotak itu. Tiada apa yang menarik, cuma ada kunci di dalamnya. Kunci apa?

"Suka tak?" Soal Firash yang sudah tidak berbaju. Hanya memakai seluar pendek paras lutut.

"Kunci apa ni?" Soalan Firash berbalas dengan soalan Leesya pula.

"Sayang rasa tu kunci apa? Benda ni sayang cakap dah lama sayang idamkan, sejak zaman sekolah lagi kan. So guess what is this?" Firash mengangkat keningnya beberapa kali seperti seniwati kita iaitu Ziana Zain.

Agak lama Leesya berfikir. Wajahnya bertukar ceria dan begitu teruja setelah mendapat tahu apakah kegunaan kunci tersebut. "Abang! Sayang tak bermimpi ke ni? Ni kunci butik kan?" Katanya lalu menuju ke arah Firash yang duduk di atas tangga itu.

"Haah kunci butik yang sayang idam idamkan sangat tu. Nanti next time kita pergi lawat tempat tu. Sekarang ni tak boleh lagi, still dalam proses pembinaan dan decorate." Jawab Firash

"Aww thank you so so much my little sweet hubby sebab dah merealisasikan impian your little wifey ni! Sayang awak sangat sangat." Leesya mencium kedua dua belah tangan Firash berkali kali.

Firash pula ketawa melihat karenah isterinya itu. "You're welcome sweetie. Tapi ingat, jangan abaikan abang dengan baby nanti bila dah busy. Kalau sayang abaikan kami berdua, abang terpaksalah tarik balik semua ni. Ada faham?"

Firash meletakkan syaratnya untuk Leesya. Dia tidak mahu Leesya leka dengan kerjanya sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

"Of course lah tak! Both of you is my heart, pengarang jantung hati sayang. How come sayang nak abaikan kedua dua pengarang jantung hati ni? Sayang janji, sayang tak akan sesekali lupakan tanggungjawab sayang pada abang dan baby. Abang ikatkan janji sayang ni ye? Ikat kuat kuat, biar tak terlepas."

*******

Hi! How are you today? Semua sihat sihat belaka kann? Okay okay good 😉. Eh kejap! Ni bukan last chapter ye you guys. So jangan salah faham hewhewhew 😁. Cerita baru still dalam proses, lepastu nak edit cover dia lagi. Tajuk dia pun satu hal, tak fikir lagi adududu 😂. So guys stay tuned ya! Love you ahaks 😘

Kejap, ada yang tak faham or confuse lagi ke? Kalau ada meh la comment tanya, nanti sis jawabkan ye? 😘 okay jangan lupa vote ya you guys!

Much love,
Myra.

16 Mar
16:32
Wed

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now