Air kelapa yang dijual di pasar malam atau di gerai tepi jalan pun sering menambahkan air gula yang begitu banyak sehinggakan langsung tidak merasai rasa air kelapanya.

"Yeay, thank you abang!" satu kucupan hangat dihadiahkan di kedua dua pipi Firash tanda berterima kasih.

"Tapi tak semudah tu sayang, sayang kena belanja abang sesuatu!" Firash memberikan smirk kepada Leesya.

Leesya mula mengerutkan mukanya.

"Belanja apa pulak abang ni? Takkan la benda macam tu pun nak berkira, nak merajuk la macam ni." Leesya berpura pura merajuk.

Firash menepuk nepuk pipinya dengan menggunakan jari telunjuknya.

"Apa tu?" Soal Leesya masih lagi bingung.

"Nak Kiss."

"As you wish," balas Leesya.

Tanpa berlengah lagi, Leesya terus mencium pipi Firash.

"Okay good. Dah sini kaki tu, abang nak urutkan. Sayang baring dulu kat sini, abang pergi ambil minyak kejap.."

Leesya hanya menurut apa yang dikatakan Firash. Dia kemudian, membaringkan badannya keatas katil itu. Tidak sampai beberapa minit, Firash sudah pun masuk ke bilik dengan sebotol minyak urut.

***

Petang itu, seperti yang dijanjikan Firash. Mereka berdua pergi ke belakang rumah untuk mengambil buah kelapa. Ada sebuah pokok kelapa yang tidak begitu tinggi, senang untuk diambil dengan menggunakan galah yang panjang. Firash nak panjat? Memang tak lah. Lainlah kalau ada seekor monyet, bolehlah dia suruh monyet tu yang ambilkan.

Firash mencuba dengan sedaya upayanya untuk menjatuhkan buah kelapa itu. Memang agak susah, tetapi dia tetap berusaha untuk mendapatkannya juga.

"Boleh ke tu abang? Macam tak larat je," Leesya yang hanya memerhati sejak tadi itu bersoal.

"Boleh je. I'm your Hero, so jangan risau.." Jawabnya lalu dua biji buah kelapa jatuh di darat.
"Dua cukup tak sayang?" Soal Firash.

"Cukup! Lebih dari cukup," Leesya bersorak kegembiraan. Firash juga sudah bermandi peluh di bawah matahari yang agak panas itu, lalu peluh itu dilap oleh Leesya.

🎶🎶 I can be your Hero,

I can be, your hero, i can be your man. 🎶🎶

Leesya bernyanyi nyanyi kecil setelah mendapat dua biji buah kelapa itu. Lagu yang bertajuk Hero yang dinyanyikan dari kumpulan Monsta X itu dinyanyikan oleh Leesya.

Firash mengeluarkan dua sudu daripada poket seluarnya untuk memakan kesemua isi kelapa itu. Setelah kelapa di buka, mereka makan di pondok yang berada di situ.

"Abang tahu tak yang abang ni dah macam doraemon?Semua benda keluarkan dari poket. Ada apa lagi dalam poket tu, nak tengok sikit.." Leesya ketawa. Seronok juga mengerjakan suaminya itu. Asyik dia sahaja yang dikenakan, kali ini Firash pula yang harus dikenakan. Ahaks.

"Doraemon? Tak sesuai langsung dengan abang. Agak agak la sayang, badan abang dengan doraemon tak sama langsung okay.." Angin sepoi sepoi bahasa di situ membuatkan fikiran mereka tenang, ditambahkan lagi dengan meminum air kelapa yang segar dari ladang. Terbaik!

"Okay whatever. Yang penting, pada pandangan sayang abang tetap doraemon," leesya ketawa terbahak bahak. Memang tidak sesuai langsung kalau nak dibandingkan Firash yang sado dengan Doraemon yang pendek plus debab.

"Betul juga kan sayang? Doraemon dengan penguin. Matching sangat!" Sakat Firash pula tidak mahu kalah.

***

Kerana sudah mendapat merasai buah kelapa yang segar dari ladang, mereka berdua membatalkan niat untuk pergi ke sawah padi. Mungkin esok ke lusa ke. Masih banyak masa, jadi lepak di rumah pun sudah cukup memadai untuk menghilangkan rasa bosannya.

Malam itu, Firash mengikut Pak langnya untuk menghadirkan diri di majlis tahlil ketua kampung. Jadi, hanya tinggal Leesya, Mak lang dan nenek. Mereka bertiga berbual bual sambil menikmati secawan teh o.

Sejak balik dari majlis tahlil tadi, Firash tidak habis habis senyum apabila mendapat message baru dari whatsapp groupnya. Entah apa yang lucu, sampai tersengih hingga ke telinga. Bila ditanya, katanya kawan.

"Abang chat dengan siapa tu? Dari tadi asyik senyum senyum mengalahkan apa entah. Abang jangan buat hal ye, kang tak pasal pasal sayang campak phone tu dekat tingkap ni," sesekali Leesya mengerling ke arah handphone itu untuk memastikan siapakah gerangan kawan yang membuatkan Firash tersenyum sampai ke telinga.

"Kan abang dah cakap tadi sayang, kawan abang.." Mata Firash masih fokus pada skrin handphonenya itu. Langsung tidak mahu terlepas pandang akan handphonenya.

"Kawan yang mana satu ni? Sayang nak tengok gambar profile dia," Leesya cuba untuk merampas handphone itu tetapi tidak dapat kerana Firash lebih laju menghalang.

"Sayang, jangan kacau.. Abang tengah fokus ni, nanti kalah."

Leesya semakin pelik. Kalah apa pulak ni? Kalah bermain teka teki di dalam WhatsApp ke? Tapi kenapa balas message whatsappnya lain macam?

"Abang buat apa sebenarnya tu? Sayang nak tengok boleh?" Leesya mendekatkan dirinya ke Firash untuk melihat apa yang sedang Firash buka di handphonye.

"Yesss!!" Sorak Firash.

Oh, tengah main Clash Of Clan (COC), rupanya. Patutlah pelik, ada ke main WhatsApp kena rotatekan skrin. Adudu, dah nak jadi ayah pun still main game.

"Main game je kot, kenapa tak bagi sayang tengok?"

"Abang takut sayang akan terpengaruh dengan game ni.. Kalau sayang terpengaruh dengan game ni, siapa nak layan abang nanti?" Matanya masih tertumpu pada skrin itu.

Hisy takde maknanya aku nak terpengaruh dengan game budak budak tu.

"Hm tak ada maknanya, tak terlintas langsung nak main game macam tu. Tak seronok pula tu. Daripada main game tu, baik layan music video ke, layan korean drama yang baru ke."

"Okay kalau macam tu, good girl. Dah, jangan kacau abang main, kejap lagi ada war. Abang kena menang!" Kata Firash. Dia menepuk kepala Leesya beberapa kali sebelum menyambung aktivitinya itu.

Amboi, ingat aku ni budak ke?

*******

Hi! Enjoy your reading ya? Sorry kalau part ni agak bosan ke apa ke. And kalau ada typo atau apa apa, maafkan saya T.T

Concert exoluxion 12 march kat stadium merdeka ni nanti, ada tak LMLH's readers yang akan pergi? Kalau ada, have fun yaaa! Untung la dapat pergi concert T.T uhuks jealous hakak.

Much love,
Myra.

6 Mar
Sun
19:59

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now