"Azam! Kau dah salah faham! Kajian yang kau buat akan berkekalan sebentar sahaja,Azam! Kemudian, nyawa orang itu akan melayang!"

"Jangan berlagak tahu!"

"Aku tahu sebab aku dah lengkapkan kajian kau! Aku dah siapkan ubat tu dan cuba pada adik aku! Adik kandung aku! Ya! Ubat kau berjaya membuatnya berjalan semula! Tapi, kau tahu apa kesan sampingannya?  Pertama,dia kerap kali lupa. Walaupun maklumat baru! Kedua, dia dapat sakit belakang yang tidak tertanggung setiap malam. Dan ketiga, dia bisu. Bisu, tahu?! Kenapa? Sebab ubat kau tu memaksa saraf tunjang berfungsi semula! Ia juga memaksa otak adik aku bekerja kembali dengan saraf tunjang yang sepatutnya mati. Kau tahu kenapa dia mati? Sebab saraf tunjang dia terputus daripada otak ! Putus gara-gara ubat itu menegangkan saraf dalam tahap yang maksimum!" Azam terkelu. Segala penerangan itu amat diluar jangkaannya. Wajah sembap Izhar dipandang sekejap. Tiba-tiba,senyuman sinis terbit.

"Padan dengan muka!" Cemuhnya sebelum keluar daripada bilik yang menempatkan Izhar.

"Azam!!! Lepaskan aku, Azam!!" Jerit Izhar selantang mungkin. Mereka sahabat! Macam mana sahabat yang merupakan doktor berjiwa kental itu jatuh kelubuk hitam sebegini? Dia pasti ada sebab lain. Dia pasti!

*************************

"Ace! Jangan!" Tegah Zack. Terus pistol dihala tepat kearah kepala Zack.

"Sekali lagi u halang I,I takkan teragak-agak menarik trigger ni." Ugutnya sebelum menarik kembali tangannya. Zacke mengeluh.

"Ingat bayi u,Ace."

"Anak-anak I pun penting juga! Nak harapkan orang lain jaga,memang kelautlah!" Sindirnya.

"Tap..."

"Dah siap ke?" Tanya Jake.

"What?! Kau biarkan dia? Are u crazy?"

"Nope. Still straight for fight." Ujar Jake sarkastik.

"Ace. U serious?"

"Duarius."

"Kalau macam tu,I ikut." Ujar Zack.

"Suka hati." Balas Dahlia acuh tak acuh sahaja. Difikirannya hanya satu. Anaknya! Prince F!

"Abang pun ikut." Ujar Darween yang muncul bersama Raf dibelakangnya. Dahlia mengangguk. Kot paras betis berwarna hitam dia sarung. Pistolnya juga dia check pelurunya.

"Let's rock!"

*************************

"Uncle! Please!" Rayu Firash menangis-nangis. Kaki Azam dipeluknya memohon belas. Abangnya semakin tenat!

"Owh! Poor boy!" Azam memuncungkan bibirnya. Seketika kemudian,dia menendang Firash yang memeluk lututnya. "Kau ingat aku kisah? Kalau dia mati lagi aku suka!"

"Tolonglah!" Rayu Firash lagi. Apapun,nyawa abangnya dalam bahaya! Dia harus keluar daripada sini dan mendapatan bantuan perubatan segera.

"Kesiannya. Okeylah! Aku boleh tolong. Tapi, dengan syarat." Firash mendongak.

"Tell me what is it." Azam tersenyum sinis.

"Kau. Lawan dengan budak aku. Kalau kau menang,aku bawa abang kau kehospital. Kalau kau kalah, matilah korang berdua bersama-sama!" Azam tergelak kuat. Firash memandang lantai. Dia hanya 7 tahun. Ulangi, 7 fr**king years old!

"Boleh?" Apapun, nyawa abangnya lebih penting kini!

"Okey!" Balas Firash yakin. Senyuman sinis Axam tadi memudar sedikit. Tetapi,dia menarik kembali senyuman sinisnya. Tak mahu Firash menghidu kegusarannya.

"Bring it on!" Azam mengarahkan 10 orang budaknya datang. Firash menelan liurnya. 10 orangnya?! Gila!

"Carl. No need." Kata Farish lemah. Hampir tidak kedengaran. Firash menoleh. Senyuman manis diberikan.

"It's okay,Kim. I can handle this." Kata Firash menenangkan hati Farish. Farish menitiskan air matanya. Sayu melihat pengorbanan adiknya.

"Cukup-cukuplah drama air mata korang ni. Bosan!" Azam menguap seakan bosan bebenor! Padahal,tersentuh juga. Tapi,hatinya harus dikeraskan! Dia harus kuat!

"Mana senjata saya?" Tanyanya pada Azam. Azam tersengih. Dia memandang sekeliling sebelum terpandang dawai yang berukuran lebih kurang 100cm je.

"Tu." Jarinya lurus menunjuk dawai itu.

"Tu?" Tanya Firash

"Yes. Atau dengan tangan kosong. Your choice." Azam tersenyum sinis. Firash mengeluh. Sepucuk pistol cukuplah. Kedekut!

"Yelah!" Dawai tadi diambil sebelum ditiliknya sebentar. Terus dia lilitkan dawai tersebut disekeliling tapak tangannya. Dia genggam beberapa kali menyesuaikan diri. Kekudanya dipasang.

"10 targets. Start..." Seorang lelaki mengambil tindakkan. "Now!" Firash menedang lelaki pertama yang ingin menyerangnya tadi.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now