Chapter 46

15.1K 641 16
                                    

"Fayyadh,awak ada meeting di hotel Berjaya pada jam 3:00 petang hari ni." Pesan Mawar. Fayyadh mengangguk.

"Dengan siapa?"

"Dengan Harraz Holding dan Lee Fabulous."

"Ouh. Tentang fashion show ke?"

"Maybe."

"Okay. Nanti saya pergi. Awak pun ikut sekali." Mawar mengangguk lalu melangkah keluar dengan hati yang berbunga.

"Lee Fabulous." Fayyadh mencapai sebuah fail berkenan syarikat tersebut. "Owh. Fashion show ni hari Khamis ni rupanya. Wajarlah nak jumpa." Fayyadh mula menilik butiran-butiran yang terkandung didalam fail tersebut.

***************************

"Lee!" Ace menyapa seorang kenalan Raf. Lee menoleh memandang Ace yang muncul dihadapan matanya.

"Ace! Macam mana u boleh terlepas dari pantauan harimau ni?" Tanya Lee sarkastik. Lee sememangnya menggelar Raf 'harimau' disebabkan oleh cara Raf hunting.

"Adalah caranya." Ace tersenyum nakal. Cara yang sangat mudah. Tahu,kan?

"Hahaha. I curious ni. Cakapla." Pujuk Lee lagi. Ace menggelngkan kepalanya.

"No way! I takkan bagitahu u. U bukan boleh percaya pun." Ace menjelirkan lidahnya. Lee mencebikkan bibirnya.

"Yela. Yela. I sedar I siapa." Rajuk Lee. Ace tergelak kuat. Gedik! Nasib baik aku sayang. Kutuk Ace.

"Ouch!" Ace memefgang kepalanya. Kepalanya mengimbas memori lalu. Dia teringat ketika disekolah. Danial? Kepalanya kembali mencucuk. Pelbagai memeori datang menerpa tiba-tiba.

"Ace,u okey tak ni?!" Tanya Lee cemas. Ace yang sedang memegang kepalanya yang sakit dipapah ke sofa.

"What's happening?" Tanya Mike cemas. Dia baru memasuki bilik Lee tadi. Cemas hatinya melihat Ace yang memegang kepalanya.

"Aku tak tahu. Dia tiba-tiba je." Balas Lee pada Mike. Mike mengeluarkan sebiji pil daripada botol ubat yang dibawanya. Pil tersebut dihulur pada Ace.

"Makan ni." Arah Mike. Ace mencapai pil tersebut lalu menelannya pantas.

"Thanks." Kata Ace. Matanya semakin berat dan terus memberat. Akhirnya,kegelapan mengambil alih pandangan Ace. Mike memandang Ace yang sudah terlena.

"Kenapa ni?" Tanya Lee tenang. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh kumpulan tersebut. Mike menggelengkan kepalanya.

"Ni pil tidur. Bukan pil yang boleh support otak dia untuk menampung memori lalu." Kata Mike dengan nada kesal. Dia takut kehilangan Ace.

"Kenapa,Mike? Why? U tak nak dia ingat memori lalu? Dia ada hak,Mike. Dia ada hak untuk mendapatkan memorinya semula." Pujuk Lee. Dia berkawan dengan Mike bermula dari perjumpaannya dengan Ace. Ace adalah rakan niaganya. Selain Lee,hanya ada beberapa orang sahaja rakan niaga Cempaka Holdings yang mengetahui kewujudan Ace. Walaupun tahu Cempaka Holdings dibawah pimpinan Fayyadh,mereka masih lagi menghubungi Ace. Ace tidak tahu tentang syarikat itu. Dia menganggap mereka sebagai ahli kumpulan mafia sahaja.

"I tak mahu dia hampiri Fayyadh. U tahu betapa bahayanya nyawa Fayyadh kalau Ace tahu kewujudannya sebagai suaminya yang masih sah. I tak mahu ambil risiko,Lee. I takut I tak kuat."

"U cintakan dia? Sebab tu u tak mahu dia I ingat kembali? U takut dia pulang ke pangkuan Fayyadh semula?" Persoalan Lee yang membuatkan Mike tersentak. Dia mencintai Ace?

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now