Chapter 36

17.4K 675 3
                                    

"Okay,class. Saya nak ucapkan tahniah kepada Lima orang pelajar kita yang berjaya mendapat straight A's dalam trial exam yang berlangsung 2 minggu lalu. Saya panggil nama mereka agar kamu kenal siapa and boleh mintak membantu kamu dalam meningkatkan prestasi kamu until menghadapi SPM nanti." Kata Cikgu Asmah. Dia bangga 5 orang daripada kelasnya berjaya memungut kesemua A dalam peperiksaan lepas.

"Tahu pula awak datang hari ni." Kata Fayyadh mencuit Dahlia menggunakan pen ditangannya.

"Entah luck apa saya datang hari ni." Balas Dahlia dingin. Fayyadh mengeluh dan memandang hadapan semula.

"Kita mula daripada tempat kelima,ya?" Kelihatan ramai pelajar yang mula menunjukkan reaksi cuak mereka.

"Tempat kelima adalah Syed Redza Islam bin Syed Kassim dengan 9A." Kesemua pelajar menepuk tangan dengan kuat. Redza bangun dan tersengih sambil mengambil buku laporannya.

"Thank you,thanks you." Kata Redza seraya duduk kembali ke tempatnya.

"Tempat keempat adalah Puteri Nurul Amira binti Azmil dengan 9A." Amira bangun diiringi sorakkan rakan perempuan yang lain. Dahlia tersenyum kecil. Fayyadh sempat menjeling senyuman Dahlia. Sangat kecil.

"Okay,silence! Nak dengar tempat ketiga tak?" Cikgu Asmah mengugut anak muridnya untuk diam.

"Nak!" Jawab mereka serentak.

"Agak mengejutkan ya. Tempat ketiga adalah Tengku Muhammad Fayyadh Haidar bin Tengku Rafiq dengan 10A." Umum Cikgu Asmah.

"Whta?! Fayyadh dapat tempat ketiga? Siapa nombor satu dan dua?" Bisik Syasya pada Danial disebelahnya.

"Entahlah. Aku pun terkejut. Selama ni Fayyadh nombor satu dalam aliran." Komen Danial.

"Nombor dua adalah Muhammad Zarif Mikael bin Anuar dengan 11A." Mike segera bangun mengambil buku laporannya.

"Kau tak cakap kau ambil 11 subjek!" Rungut Zaki setelah Mike kembali me tempat duduknya.

"So, siapa tempat pertama?" Tanya Amira. Fayyadh menjeling Dahlia. Dia seorang lagi yang mengambil 11 subjek. Confirm dia tempat pertama. Balas Fayyadh dalam hati.

"Tempat pertama adalah Tengku Nur Dahlia Ariana binti Tengku Adam Harris dengan 11A! Tahniah,Dahlia!" Dahlia bangun diiringi sorakkan dan tepukan gemuruh daripada rakan sekelas yang lain. Dahlia tersenyum tawar. Dia kemudian kembali semula ketempat duduknya. Buku laporan direnungnya.

"Kenapa ni?" Tanya Fayyadh lembut selepas kelas kosong. Masa rehat. Dahlia mengeluh kecil.

"Entah siapa nak tandatangan buku laporan saya." Balas Dahlia dingin. Fayyadh tertunduk. Walaupun sikap Dahlia dingin,hatinya tetap ada secebis perasaan. Fayyadh memastikan tiada seorang pun didalam kelas kini.

"Aria?" Dahlia memandang Fayyadh. Chup! Sebuah ciuman diberikan pada bibir Dahlia. Dahlia menaikan keningnya.

"What was that for?" Tanya Dahlia masih tiada perasaan. Fayyadh tersengih nakal.

"For my wife." Dahlia memutarkan bebola matanya.

"Korang!!!" Aqil melaung. Fayyadh dan Dahlia menoleh serentak.

"Apa kau nak,Aqil?" Tanya Dahlia. Sudah tentu-tentulah dia nampak adegan tadi. Lagi mahu tanya.

"Fayyadh! Kau tak takut dosa ke?" Fayyadh menggeleng. Bukan tak takut,tak dapat pun. Cium isteri sendiri.

"Buat apa nak takut? Bukan aku buat dosa pun."

"U kissed her directly on her lips! Itu kau kata tak dosa?"

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now