Cahpter 35

17.1K 695 8
                                    

Dahlia melangkah masuk kedalam kelas dengan wajah selamba. Dia tahu,ramai yang merenungnya pelik. Tetapi,dia kesah apa? Hatinya sudah beku. Jiwanya sudah losing. Perginya dua insan yang amat penting dalam hidupnya,pergilah juga jiwanya menyusul Dari belakang.

"Err..Dahlia." Panggil Dayana sejurus selepas Dahlia melabuhkan punggung keatas kerusi peperiksaannya. Dahlia mendongak.

"Kenapa?" Tanya Dahlia dingin. Hatinya mula kering.

"Err.. Kami sekelas mengucapkan takziah diatas pemergian orang tua kau." Kata Aqil dengan Nada perlahan. Takut Dahlia terasa hati atau sedih. Dahlia menggelengkan kepalanya.

"Nah. It's okey." Balasnya dingin juga. Ramai yang menyedari perubahan sikap Dahlia.

"Ehh,kenapa dengan Lea? Lain macam je aku tengok." Redza menyiku Fayyadh. Fayyadh menepis lengan Radze yang menyikunya.

"Manalah aku tahu." Balas Fayyadh. Dia sudah berjanji untuk tidak menceritakan perihal sisi gelap Dahlia.

"Fay,Lea kenapa? Korang gaduh ke?" Tanya Amira berbisik. Fayyadh mengeluh. Macam manalah dia hendak fokus pada peperiksaannya sedangkan fikirannya sarat dengan masalah berkaitan Dahlia? Fayyadh meraup mukanya kasar. Hari ni first paper. Macam mana aku hendak menjawabnya sedangkan otak penuh dengan Aria?!

"Fayyadh, biarkan dia. Kau fokus pada exam kau saja." Kata Mike yang menyinggah disisi meja Fayyadh.

"Kenapa kau nak risau pula?" Tanya Fayyadh. Entah sejak bila Mike mula menghiraukannya. Mike menggelengkan kepalanya.

"Bukan aku yang risau,Ace dari tadi sedar kau serabut. Dia sampaikan pesan sahaja. Lagi satu,dia bagi ni." Mike menghulurkan sebuah kotak segi empat tepat. Kemudian,dia kembali ke tempat duduknya.

"Apa benda ni?" Fayyadh membuka kotak tersebut. Kelihatan sebatang pen. Sekeping surat kecil diselitkan juga. Pantas dia meneliti surat tersebut.

Assalamualaikum,
Saya nampak awak serabut je. Jangan serabutkan kepala otak awak tentang saya. Saya boleh uruskan masalah saya sendiri. Jaga diri baik2. Focus on your exam. Get excellent results. Good Luck! -W.A-

Fayyadh tersenyum simpul membacanya. Matanya berkalih kearah Dahlia yang sedang tenang menyusun beberapa alat tulis diatas mejanya. Wajahnya sudah tiada sebarang emosi. Sampai begitu sekali impakmya? Ehh,kalau parents meninggal,tentu la bagi impak yang besar,bukan?

Dahlia terasa dirinya diperhatikan. Terua dia memandang tepat kearah Fayyadh. Seperti jangkaannya, Fayyadh sedang memerhatikannya. Mukanya yang gembira menjadi santapan mata Dahlia. Malangnya,Dahlia membalas dengan poker facenya pula.

*************************

"Okay,class. Masa menjawab sudah tamat. Sila pastikan nama,nombor kad pengenalan beserta angka giliran ditulis dengan betul. Saya akan mula memungut kertas soalan." Ujar Cikgu Asmah.

"Haa. Lepas satu paper." Redza menggeliat lega. Fayyadh tersenyum senang. Dia menggunakan pen pemberian Dahlia tadi menyebabkannya berasa semangat untuk menjawab. Soalan yang mencabar minda pula menjadi senang pula dimindanya. Sengihan mula terbit.

"Woi!" Sergah Danial. Fayyadh terus tersentak. "Sengih-sengih. Paper tadi susah kot. Boleh pula kau tersengih,kan? Untungla. Budak pandai." Ujar Danial menyiku Fayyadh.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now