Chapter 9

20.8K 851 4
                                    

Dahlia memasuki KLIA 2 setibanya dia di Malaysia. Matanya melilau sehinggalah dia menangkap kelibat seseorang. Ianya Encik Abu. Dia terus mengatur langkah ke arah lelaik yang berusia lewat 50-an itu. Tangan Encik Abu disalamnya. Encik Abu adalah pemandu teksi yang seeing Dahlia hubungi sekiranya dia pulang daripada luar negara. Kali ini juga sama. Khidmat encik Abu amat diperlukan. Ibu Dan ayahnya mesih tidak tahu akan kepulangannya. Bagasi ditarik lalu diletakkan didalam bonet. Lalu, dia ke tempat duduk dibahagian belakang encik Abu. Dahlia memberikan encik Abu sleeping kertas yang tertulis alamat yang ingin ditujunya. Kereta mula bergerak. Perbualan juga bermula.

"Lea dari mana ni? Tiba-tiba je call pak Abu datang ambil Lea." Tanya pak Abu ramah. Sememangnya perbualan yang biasa kerana pak Abu sudah sering kali mengambilnya.

"Dari Las Vegas. Ada hal sikit. Sorry ya pak Abu.. Susahkan pak Abu je. Tambang kali ni Lea bayar 2 Kali ganda okey."

"Tak payah la,Lea. Pak Abu okey je. Nasib baik Lea call awal. Kalu tak, mungkin pak Abu tengah pusing lagi jauh dari sini."

30 minit perjalan. Akhirnya tiba juga ke rumah Fayyadh. Ingin dia berikan kejutan kepada Ibu dan ayahnya. Laju kakinya mengatur langkah ke pintu utama rumah tersebut.

"Assalamualaikum!" Laungnya memberi salam.

"Waalaikumussalam. Subhanallah! Ana!" Terkejut Datin Maya melihat bakal menantunya sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya. Terus kelihatan ibu, Ayah dan Dato Rafiq..

"Ya Allah! Ana! Kenapa balik tak bagitahu? Bukankah Ana akan balik esok?" Ujar Puan Humaira sambil menarik anknya ke dalam pelukan. Rindu dilepaskan.

"Haha. Surprise!" Ujar Dahlia selamba. Tetapi,dia dihadiahkan dengan cubitan pada lengannya.

"Ouch! Sakitnya ,Ibu. Orang nak buat surprise pun tak boleh." Kata Dahlia sambil mencebik bibirnya.

"Dah lah,Mai. Penat budak tu. Mari masuk." Sempat Dato Rafiq menjemput Dahlia masuk kerumah. Ketika mereka sampai keruang tamu, pada masa yang sama juga Fayyadh menuruni tangga. Matanya menangkap kelibat Dahlia. Dia menilik Dahlia seketika. Dahlia mengenakan dress berlengan panjang separas atas lutut berwarna hijau muda berbunga putih. Dipadankan dengan jeans berwarna putih dan tudung bawal berwarna hijau gelap. Simple but nice. Sempat dia memuji Dahlia didalam hati.

"Hye." Ujar Dahlia bagi menyedarkan Fayyadh daripada lamunannya.

"Hmm. Ingat balik esok." Katanya dengan nada mendatar sahaja. Tak suka aku datang ke? Atau marahkan aku? Dahlia Cuba mengawal riak mukanya agak tidak kelihatan seperti dia terasa dengan layanan Fayyadh.

"Well, kerja habis awal. Baliklah awal. Lagipun, sekarang musim sejuk kat sana. Nak jaln-jalan dulu pun tak boleh." Ujar Dahlia sekaligus memberi tahu sebab dia balik awal.

"Ana,Adh. Mari makan?" Ajak Datin Maya.

"Okey." Jawab mereka serentak. Mereka terus ke meja makan bagi menjamu selera.

Dahlia makan tanpa banyak berborak. Lapar mungkin.

"Ana, kerja kat sana dah settle?" Tanya Dato Rafiq. Dahlia mengangkat muka sebelum menjawab.

"Ouh. Dah. Alhamdulillah." Jawab Dahlia sambil tersenyum.

"Macam mana penerimaan client? Diaorang setuju?" Tanya Encik Adam.

"Hak-a. Nasib baik client kali ni senang handle. Better than client masa dekat Brunei dulu." Kata Dahlia disambut dengan ketawa daripada Dato Rafiq dan Encik Adam.

"Ish abang ni. Perlu ke bincang hal kerja di sini? Maya dan Mai tak faham apa-apa pun tau." Kata Datin Maya sambil mencebik. Adh pun tak faham apa-apa,mama. Sempat Fayyadh menjawab didalam hati.

"Esok Ana dengan Adh pergi buat final fitting,ye sayang? Senang lusa cuma tinggal pasang inai je." Kata-kata Puan Humaira berjaya membuatkan mood Dahlia dan Fayyadh berubah. Again.

*********************

Esok aku nak nikah. Bersedia ke aku nak jadi bini orang ni? Fayyadh pun macam tak suka je. Aihh. Keluh Dahlia didalam hati sambil memandang inai merah menyala di tangannya. Matanya terus melirik ke jam yang berada di meja kecil do sebelah katil. 11:43 pm. Haish.. Masa ni juga rasa haus. Dahlia mencapai tudung Ariani Dan memakai cardigan bagi menutup auratnya. Dia bangun daripada katil lalu mengatur langkah ke dapur yang berada do tingkat satu.

Semakin bawah ddia pergi,semakin kuat bunyi yang datang daripada ruang tamu. Dia bersandar ke finding Dan mengintip sedikit ke arah ruang tamu. TV masih terpasang. Aikk. Siapa pula yang tonton TV malam-malam buta macam ni? Terdetik pelik di hati Dahlia. Dia kemudian menghampiri TV dan ingin menutupnya sehinggalah matanya tertacap pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa berhadapan TV. Ternyata Fayyadh. Tubuh dan kepala masih menghadap TV tetapi matanya terkatup rapat.

"Ana tak tidur lagi?" Suara Datin Maya mengejutkan Dahlia Dan menyebabkannya terlompat sedikit.

"Aunty. Terkejut Ana. Hak-a. Ana nak turun ambil air. Haus pula tekak. Turun-turun nampak TV terpasang tapi tiada orang yang menonton. Niat nak tutup. Nampak pula Fayyadh kat depan TV." Terang Dahlia.

"Ouh. Ana kejutkan Adh,ya. Mama naik dulu." Sambil melangkah naik. Dahlia tidak sempat menghalang. Aduh. Disuruhnya pula kejut mamat ni. Macam mana nak kejut dia ni? Fikir Dahlia sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tanpa berfikir panjang, Dahlia menghampiri Fayyadh. Dicuitnya sedikit bahu Fayyadh yang sedang terlena. Beberapa kali cubaan tapi masih gagal. Tidur mati betul lah mamat ni. Susah gila nak kejut. Rungut Dahlia didalam hati. Dahlia terus menepuk bahu Fayyadh sekali lagi. Kali ni kuat kerana marah. Fayyadh tersedar dan berdiri secara spontan. Tindakannya menyebabkan dia terjatuh daripada sofa.

Gedebuk!

Dahlia yang terkejut terus berlari ke tempat Fayyadh jatuh. Fayyadh menggosok-gosok kepalanya.

"Kau dah apa hal?!" Bentak Fayyadh kasar dek kerana marah tidurnya diganggu. Dahli terlompat sedikit kerana terkejut dibentak begitu.

"Kau lah! Dah ada bilik nak juga tidur atas sofa. Menyusahkan aku je suruh kejut kau. Dah la. Pergi naik. Dekat sini sejuk. Nanti selesema kan susah? Aku nak pergi dapur." Kata Dahlia yang kemudiannya melangkah ke dapur. Fayyadh terkejut atas keprihatinan Dahlia. Hatinya berkira-kira untuk memintak maaf. Dek kerana ego, niat dibatalkan. Kakinya diatur ke biliknya ditingkat 3.

Esok aku akan jadi suami orang. Bersediakah aku bagi menjadi imam kepada dia? Pertanyaan tersebut berulang-ulang didalam fikirannya. Sehinggalah akhirnya dia tertidur juga.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now