Chapter 79

15.8K 626 61
                                    

"Kau!" Kata Raf dan Zack serentak. Darween tersengih sahaja.

"Mana kau tahu?" Tanya Zack.

"I'm also a good hacker remember?" Tanyanya. Zack mengeluh.

"Kau tahu tak dia tak boleh stress? Usia kandungan dia masih terlalu muda dan berisiko tinggi untuk gugur!" Marag Zack.

"Kau tak tahu macam mana dia ugut aku untuk bagitahu dia. Dia adu hatinya tak sedap dan hanya memikirkan anak-anaknya sahaja. Tambahan,Doktor Izhar tu tak call pun."

"Aku rasa.."

"Korang rasa Doktor Izhar tu penculik dan ketua Silver Rose?" Zack mengangguk.

"Malangnya...salah!"

"What?! Salah? Siapa lagi selain Izhar yang dibenarkan naik dan bekerja sebagai doktor? Tak ada,kan?" Zack masih berkeras dan pertahankan spekulasinya. Raf terdiam. Rautnya seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa kau cakap salah,Aween?" Darween memandang Raf.

"Sebab Doktor Izhar adik aku."

******************************

Izhar menggerakkan tubuhnya kuat. Harapannya,dia boleh merungkai ikatan dibelakangnya. Mulutnya yang disumbat kain juga cuba dilepas daripada mulutnya.

"Doktor Izhar. Ingat aku lagi?" Tanya lelaki itu. Izhar mengangkat wajahnya agar boleh melihat 'makhluk' yang juga berada didalam bilik itu. Matanya membulat.

"Ergh! Ergh!!" Dia cuba berkata sesuatu. Tetapi,kain itu menghalang pergerakan bibirnya daripada menyebut ayatnya.

"Ops! Lupa pula nak buka ikatan itu." Terus lelaki itu merungkai kain yang diikat pada mulut Izhar. Izhar sedikit sesak nafas.

"Kenapa kau buat macam ni,Azam? Apa salah aku?!" Azam tersenyum sinis.

"Apa salah kau? Kau tanya aku apa salah kau?!" Terus pipi Izhar dilempang kuat.

"Bodoh!! Sebabkan kau, aku dibuang kerja! Sebabkan kau, aku kehilangan lesen mengendalikan bahan kimia!"

"Benda tu bukan salah aku,Azam! Salah kau menggunakan bahan kimia dan melakukan eksperimen tanpa maklumkan kepada jabatan. Bukan salah aku!"

"Aku buat ubat! Aku buat untuk memulihkan adik aku yang lumpuh disebabkan abang orang yang aku cinta!"

"Apa maksud kau?"

"Darween! Abang kepada Dahlia. Dia meletakkan ubat yang berjaya block stimulate nerve dan menyebabkan adik aku lumpuh!"

"Takkan....."

"Dia letak dengan dos yang tinggi! Badan adik aku tak mampu menanggungnya!" Ujar Azam mula menangis. Izhar tergamam.

"Then, apa kena-mengena dengan aku?" Tanyanya berani mati.

"Aku tahu kau yang beritahu jabatan hal itu. Jabatan takkan tahu kalau kau tak bagitahu."

"Bukan aku yang...."

"Ingat aku bidoh ke,huh? Hanya kau yang tahu projek ni! Aku bagitahu kau sebab aku percayakan kau! Tapi, apa kau buat? Kau tikam belakang aku! Aku mula berfikir sebabnya apa. Ouh,ye. Kau kan nak sangat jawatan doktor pakar saraf tu. Kau tahu senior lebih sukakan aku. Sebab tu kau buat macam tu. Betul, kan?"

"Tak,Azam! Tak! Aku buat macam tu sebab kajian yang dibuat kau akan menghasilkan bahan kimia yang berbahaya!"

"Persetankan semua! Kalau kajian aku berjaya,aku akan berjaya hidupkan kembali stimulate nerve dan membantu orang lumpuh agar boleh bergerak kembali seperti sedia kala. Itu tugas kita sebagai doktor, bukan?"

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now