Chapter 26

15.9K 652 12
                                    

Fayyadh menghempas kuat tubuhnya keatas katil. Masuk hari ni,sudah 3 hari berturut-turut Dahlia tidak memunculkan diri. Sekolah juga tidak dihadirinya. Fikirannya tidak keruan. Hatinya bercelaru sedikit kerana Dahlia lesap begitu saja tanpa kesan. Fayyadh bangun menuju ke kamar mandi. Dia membersihkan diri kemudian menunaikan solat. Dia berteleku lama diatas sejadah.

"Ya Allah,ya Tuhanku. Hanya kepada-Mu hamba memohon,ya Allah. Kau pertemukanlah hamba dengan isteri hamba,ya Allah. Hamba silap membuat percaturan tetang isteriku. Kau amanahkan dia padaku,tetapi aku persiakan amanah-Mu. Kau bantulah aku bagi menemui isteriku,ya Allah. Kau lindungilah dia. Kau ampunilah dosanya dan kau hidarilah dia daripada hasad dengki dan kecelakaan. Amiin." Doa Fayyadh. Sungguh hatinya sakit.

I LOVE U.I love u with a whole of my heart.

Ayat itu berulang-ulang dibenak fikirannya. Sekali lagi,air mata jantannya jatuh menimpa bumi. Sungguh dia menyesal diatas perbuatannya. Fayyadh meraup wajahnya. Kesal. Hanya itu berada di benak fikirannya.

"Ehh,Fayyadh! Kau sini!" Panggil Amira. Tangan Fayyadh ditarik kasar ke kawasan parkir kereta.

"Kau kenapa?!" Tanyanya kasar. Marah apabila tangannya direntap begitu. Amira menjelingnya tajam.

"Kau better bagitahu aku. Mana Dahlia?" Tanya Amira kasar. Fayyadh merengus kasar.

"Apahal kau tanya aku?"

"Sebab kau suami dia! Sebab tu la aku tanya kau." Jawab Amira selamba. Fayyadh tersentak.

"Mana kau tahu?" Amira terdiam. Sedar akan kesilapan mulutnya. Terlajak perahu boleh diundur,telajak kata? Tak boleh nak tarik balik dah."Aku tanya kau ni,mana kau tahu?!"Bentak Fayyadh sedikit.

"Heish! Jangan marah-marah boleh tak?! Aku sedar pasal cincin korang sepasang. Kau bukan tahu lipat kemeja. Masa aku tolong kau,cincin tu jatuh. Cincin tu sepasang dengan Dahlia. Kalau cantumkan,lengkap hati yang ada pada cincin korang tu." Terang Amira. Fayyadh segera membuka rantainya. Cincinnya diperhatikan betul-betul.

"Ya Allah! Betullah! Aku tak pernah sedar pun." Ujar Fayyadh gembira. Entah kenapa dia teruja.

"Jangan happy sangat. Kenapa Dahlia tak datang sekolah? Kau buat apa pada dia?" Melihat Fayyadh terdiam,Amira mengeluh kecil."Fay,aku tahu Dahlia lambat tangkap soal hati dan perasaan ni. Aku tahu. Tenang okey. Kalau kau nak buat dia jatuh cinta pada kau,aku boleh tolong." Pelawa Amira. Dia fikir mereka bergaduh kerana Dahlia tidak menyedari perasaan cintanya pada suaminya sendiri. Fayydh segera menggeleng.

"Bukan pasal tu. Aku buat silap,Mira. Aku cemburu buta sampai aku halau dia keluar." Aku Fayyadh sambil mengeluh.

"Korang kahwin dah berapa lama?" Tanya Amira. Fayyadh tersenyum mendengar soalan itu.

"Hampir 5 bulan. Sekejap je masa berlalu." Fayyadh tersenyum mengingat detik-detik bersama Dahlia. Amira mengusap lengan Fayyadh perlahan.

"Kau ada cari dia? Dia ada tinggalkan barang-barang dia tak? Diary ke? Nota ke?" Amira Cuba memberi cadangan. Fayyadh terasa sedikit cahaya mendengar cadangan Amira tadi. Mengapalah dia tidak terfikir?

Kringg!!

Loceng akhir berbunyi. Fayyadh tak tunggu lama. Dia teruk pulang kerumah. Pintu bilik dibuka pantas dan mendekati almari Dahlia. Almari dibuka dan dia mula menyelongkar almari tersebut. Sedang dia menyelongkar,terdapat sebuah kotak jatuh. Fayyadh mengangkat kotak tersebut. Pantas tangannya membuka penutup kotak tersebut. Astaghfirullahalazim! Kelihatan gamabar-gambar Dahlia yang sangat seksi. Dia mengenakan beberapa helai lingerie. Gaya penuh menggoda. Gambar terakhir yang paling menyakitkan hati. Kelihatan Ryan! Ryan sedang memaut pinggang Dahlia denhan penuh manja. Gambar diatas katil lagi. Badan Dahlia hanya ditutupi singlet berwarna putih yang nipis dan boleh nampak baju dalamnya yang berwana merah terang. Ya Allah! Apa makna semua ni?! Fayyadh beristighfar didalam hati. Gamabar-gambar tersebut digenggamnya kuat. Amarah kembali mengambil alih tubuhnya. Fayyadh merengus kasar.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now