Chapter 73

15.8K 630 16
                                    

"Apa ni?" Tanya Fayyadh apabila terlihat beberapa bebola gorang yang bergolek-golek diatas piring. Raf mengangkat bahu.

"Apa kata kau try?" Sarannya. Fayyadh mengangguk setuju sebelum mencapai sebiji bebola goreng itu. Dia menggigitnya sebelum matanya membulat.

"Pau durian!" Katanya gembira sebelum kembali menyuap pau itu kedalam mulunya. Sebiji lagi diambil daripada piring dan disua ke mulut.

"Macam tahu-tahu je aku mengidam benda ni." Kata Fayyadh dengan mulut yang penuh. Raf menggelengkan kepalanya melihat telatah Fayyadh itu. Matanya meliar kesekeliling.

"Mana pula si Ryan ni?"

"Razin pun tiada." Kata Fayyadh dengan mulutnya yang masih penuh dengan pau itu. Raf mengangguk perlahan. Matanya masih meliar mencari kelibat dua orang manusia itu.

"Rina?" Panggilnya. Rina yang tadinya baru mengemas dulang memandang Raf.

"Kenapa?"

"Ryan dengan Razin mana?" Tanyanya. Rina mengangkat bahu.

"Tadi mereka keluar tergesa-gesa selepas menerima mesej dari seseorang. Tak sempat pula nak tanya siapa aebab mereka kelihatan cemas."

"Okay,thanks." Rina berlalu pergi menyambung kerja yang masih belum selesai.

"Cemas?" Tanya Raf seorang diri. Terus nombor Jake dicari.

"Hello,Jake?"

******************************************

Ryan yang terkejut melihat posisi tangan lelaki itu yang sedang mengacukan pistolnya,terus dia menendang pergelangan tangan lelaki itu. Terpelanting terus pistolnya.

"Ryan?" Tanya Hakim apabila melihat wajah Ryan.

"Ha..Hakim?" Wajah Ryan yang tadinya dingin jelas menunjukkan reaksi terkejut setelah melihat lelaki itu. Bukan mereka tidak kenal.

"Hakim?" Tanya Razin yang muncul dari belakang Ryan. Matanya juga membulat. Hakim! Kawan baik kepada Fayyadh! Dialah yang menjadi dalang penculikkan itu. Ya,anda tidak salah baca. Hakim! Kawan baik Fayyadh!

"Kau.." Kata-kata Ryan terhenti ketika terlihat tiga lelaki lagi yang berada didalam bilik itu.

"Kim?! What's wrong with your stomach?" Tanya Ryan cemas. Pantas dia mendekati Farish yang kelihatan termengah-mengah mengatur nafas.

"Please,uncle! He supposed to rest know since he just had an operation. Help him!" Rayu Firash.

"Don't you dare." Tegah Razin apabila Hakim kelihatan mahu mendekati mereka. Hakim tidak tinggal diam. Pantas dia menumbuk perut Razin lalu mengambil pistolnya yang terpelanting tadi. Ryan terus Cuba menegah perbuatannya. Malangnya,sedikit terlambat. Hakim telah pun mencapai pistolnya. Terus ia diacu tepat pada Ryan. Ryan terus mengangkat kedua-dua tangannya separas kepala tanda mengalah.

"Okay,fine. Hold on." Pujuknya. Walaupun dia jauh lebih bijak untuk mengelakkan diri,tapi dia juga harus memikirkan keselamat Farish dan Firash yang berada dibelakangnya. Hakim tersenyum menang melihat Ryan mengangkat tangannya. Dia tahu dia punya kelebihan saat ini. Razin yang kembali bangun pantas mengacu pistolnya pada Hakim.

"Turunkan pistol tu,Hakim!" Arahnya tegas.

"Kau turunkan dulu. Atau kau nak aku..." Hakim tidak mengahbiskan kata-katanya. Tetapi,mrndekatkan jari telunjuknya kepada picu pistol.

"Kenapa kau buat macam ni?! Apa salah budak-budak ni?!" Tanya Ryan bengang. Hakim tersenyum. Selepas beberapa ketika,mukanya bertukar tegang.

"Semua salah adik kau! Dia kahwini Dahlia sebelum aku!"

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now