Chapter 18

17.6K 737 10
                                    

"Ian!!" Jerit Fayyadh secara tiba-tiba. Dia berlari kearah Ryan lalu memeluknya. Ryan begitu juga. Pelukkan mereka bertahan sebentar Dan akhirnya dilepaskan.

"Man,pehal balik tak bagitahu?" Tanya Fayyadh. What?! Balik?! So,selama ni mereka saling mengenali Dan rapat ke?! Ya Allah! Apa pula dugaan-Mu kali ini,ya Allah! Dahlia berbicara didalam hati. Tiba-tiba mata Ryan tertacap pada Dahlia. Seperti Dahlia tadi,dia juga tersentak. Fayyadh menyedari pandangan mata abangnya terus memotong.

"Haa.. Ni lah bini aku,Dahlia Ariana." Fayyadh memperkenalkan isterinya kepada Ryan. Ryan tersentak sekali lagi.

"Bi..bini kau?" Tanyanya gugup. Dahlia menunduk memandang kakinya. Dia mendekati Ryan dan tangannya dihulur.

"Dahlia Ariana." Ujar Dahlia. Berlagak seperti mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Ryan kelihatan teragak-agak untuk menyambut,tetapi disambut juga.

"Err.. Agak-agak u tahu tak nama I?" Tanya Ryan. Sengaja dia ingin menduga Dahlia. Dahlia memandangnya dengan pandangan terkejut. What the h**l is that?! Bentak Dahlia dalam hati. Lamunannya terhenti apabila Datin Maya menyampuk.

"Ana,ni la abang ketiga Adh. Tengku Muhammad Ryan Fahmi. Boleh panggil abang Ian."penyataan itu menyebabkan Dahlia terkejut. Abang?! Akhirnya,dia tersenyum sahaja. Fayyadh menyedari suasana yang sedikit janggal itu. Dia pun meraih pinggang Dahlia dan mengajaknya makan.

"Laa. Lapar ke? Nasib baik kami belum makan. Jom,jom. Kita pergi dapur." Ajak Datin Maya. Mereka semua menuju ke meja makan.

"Ian,macam mana syarikat Ian?" Tanya Dato Rafiq ketika mereka sedang menjamu selera. Perhatiannya pada Dahlia terganggu.

"Okey je. Sekarang ni Ian dah berjaya meraih gelaran 'billionaire'." Ujar Ryan sambil menekankan perkataan billionaire itu dan memandang Dahlia."Well,Lea. I dengar u pun not bad dalam perniagaan. Uruskan salah satu branch Cempaka Holdings lagi. So, apa perkembangan syarikat u pula?"Tanya Ryan. Dahlia terdiam sebentar. Memikirkan motif lelaki dihadapannya itu.

"So far,its great. New branch sedang dinaikkan. Hal lain I tak sure la sebab I dah habiskan kerja I this year.I asked for break next year to focus on my SPM." Jawab Dahlia tenang."U pula? Syarikat yang u usahakan tu memang dari titik peluh u atau u cuma sambung daripada syarikat papa?"Dahlia sengaja bertanya sedemikian dengan harapan lelaki itu akan kalah dalam perjanjiannya. Ryan tergelak besar.

"Modal,I admit. Memang I minta bantuan papa. Tapi,I bangunkan syarikat tu bermula dengan zero. U all nak tahu kenapa I bangunkan syarikat tu?" Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan semua selain Dahlia. "Sebab seseorang." Sambung Ryan. Matanya tajam menikam anak mata Dahlia. Fayyadh menarik Dahlia dan Dahlia terus melentokkan kepalanya didada Fayyadh. Keadaan itu menyebabkan Ryan mengetap bibir.

"Okey la. Maafkan kami berdua. Kami penat. Boleh tak kami naik atas? Rest?" Fayyadh meminta diri. Dia dapat rasakan kelainan Ryan. Tambahan lagi,Ryan cuba menilik isterinya. Dato Rafiq tersenyum Dan mengangguk. Mereka kemudian beredar. Ryan mengeluh kecil melihat pemergian mereka.

********************

Ryan menghempas badannya keatas katil tidurnya. Seusai mandi tadi,dia keluar dan terlihat Fayyadh dan Dahlia bersama-sama mengemas pakaian Dahlia ke dalam almari. Terserlah sungguh kemesraan mereka. Dia sempat menilik fizikal Dahlia sebentar tadi. Sememangnya dia terkejut melihat perubahan Dahlia selama pemergiannya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now