Chapter 60

17K 609 13
                                    

"Morning,sayang." Bisik Fayyadh pada Dahlia. Dahlia bangun sambil menenyeh matanya beberapa kali bagi memastikan kesahihan keberadaan Fayyadh dihadapannya kini. Ternyata memang benar. Dahlia tidak bermimpi!

"Haidar!" Merit Dahlia kegirangan. Tubuh suaminya dipeluk erat. "Bila awak balik?! Ya Allah! Tak bagitahu pun." Dahlia memuncungkan bibirnya. Fayyadh tergelak kecil melihatnya.

"Alololo. Mak itik merajuklah. Macam mana nak pujuk ni,ye?" Fayyadh mengetuk jari telunjuknya kedagu. Lagak memikirkan sesuatu. Dahlia tergelak besar.

Chup! Terasa seuatu basah menyapa bibirnya. Tawanya terus mati. Matanya membulat dan pantas memandang Fayyadh yang kelihatan selamba berbuat sedemikian. Oh my god! Did he...

"Did u just kissed me?" Fayyadh mengangguk seperti budak-budak mengiakan. Sengihan boy-ishnya dipamerkan pada Dahlia. Dahlia terpana seketika. Terus meletus kembali ketawanya.

"Kenapa?" Tanyanya diselang-selikan dengan tawanya. Fayyadh tersenyum senang melihat telatah isterinya. Dia mengaku,dia mula jatuh cinta pada Syasya. Tapi ,cintanya pada Dahlia masih menduduki tempat teratas selepas Allah,Rasul dan ibubapanya.

"Saja. Rindu." Bisik Fayyadh romantik. Dahlia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Ya,dia juga harus mengakui kerinduannya pada sang suami sememangnya membuak-buak.

"Another kisses,please?" Pinta Fayyadh tanpa segan silu. Dahlia menggigit baeah bibirnya sebentar memikirkan permintaan suaminya.

"Okey." Chup! Sepantas itu juga sebuah ciuman tepat mengena....pipi Fayyadh. Fayyadh merengus kasar.

"Apa ni?! Orang bagi kat tempat lain. Dia balas kat tempat lain." Omel Fayyadh. Terasa tak puas hati apabila dibuat sedemikian. "Yela. Mestilah awak tak sudikan nak kiss bibir saya. Tak be..." Chup! Senyuman kembali terukir dibibir Fayyadh.

"Hish! Macam orang tua. Stop nagging,my man."

"Well,husband actually." Balas Fayyadh lagi. Dia pantas mendekati Dahlia.

"Op op! Dah,dah dengan semua ni. Morning kiss dah dapat. Apa kata kalau awak pergi mandi dulu?" Tiba-tiba Dahlia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang serius. "Kemudian kita berbincang."

"O..key." Balas Fayyadh lambat-lambat. Tiba-tiba sahaja perangai Dahlia berubah. Apa sebabnya?

"Awak tak ke perjabat ke hari ni?" Tanya Dahlia semasa mereka sedang makan. Makan apa? Makan nasi goreng je. Yelah,dah orang tu tak bagitahu nak balikkan? Macam mana nak masak sedap-sedap kalau tak tahu,betul?

"Tak. Malas. Lagipun,kerja dah siap masa di London. Yang lain past dekat orang lain la." Balas Fayyadh selamba sambil menyuapkan sesudu pada Dahlia. Dahlia menyambutnya tanpa kompromi.

"Sedap?"

"Tanya tukang masak dia. Memanglah mengaku sedap. Apa punya soalan daa." Fayyadh mencebik. Tanya sikit. Perli pula banyak.

"Yelah. Mana la tahu awak rasa tak sedap ke apa ke. Tanya pun tak boleh." Dahlia tergelak besar mendengar rungutan suaminya.

"Nak sikit?" Dahlia menyuakan sandwichnya pada Fayyadh. Terus sahaja Fayyadh menyambarnya. Dahlia memutarkan bebola matanya.

"Orang offer sikit je. Sampai separuh awak ngap." Rungut Dahlia pula.

"Nasib baik ngap sandwich je. Kalau 'ngap' pembuatnya sekali? Tak ke naya?" Dahlia terasa wajahnya membahang sebentar. Agak-agaklah nak buka topik,sayang oii! Topik tu juga yang dipilihnya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now