Chapter 45

16.3K 624 17
                                    

Fayyadh mengeluh kecil memandang fail-fail yang bertimbun diatas meja kerjanya.

"Time for work." Bisiknya. Dia pantas mengambil salah satu fail lalu ditelitinya. Begitu juga dengan fail-fail yang lain. Segalanya perlu beres dalam bulan ini juga. Dia membuka komputernya lalu memulakan kerja.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Arah Fayyadh tanpa memandang gerangan yang baru memasuki biliknya. Mawar tersenyum melihat raut wajah Fayyadh yang serius. Kacak! Detik hatinya.

"Yes,Mawar. Anything?" Tanya Fayyadh professional. Mawar tersenyum lagi.

"Hari ni awak ada lunch meeting dengan salah seorang supplier di restoran Secret John. Pada jam 12:30 tengahari ni." Maklum Mawar. Fayyadh mengangguk sahaja. Mawar yang masih disitu membuatkan Fayyadh pelik.

"Anything else?" Mawar tersenyum mendengar soalan itu. Biasanya Fayyadh akan memintanya untuk pergi bersama.

"Err.. Awak pergi dengan siapa?" Tanya Mawar. Ajaklah aku. Ajaklah aku. Restoran mewah tu. Rugi kalau tak pergi.

"Saya pergi dengan Arsyad." Kata Fayyadh selamba. Sejak mengetahui belang Mawar sebenar,dia malas hendak melayani wanita tersebut. Talam dua muka! Kutuk Fayyadh dalam hati.

"Err.. Saya free." Mawar masih dalam usahanya. Fayyadh memandang Mawar pelik. Dia malas wanita tersebut mengikutinya kemana sahaja. Habis semua gadis dijelingnya.

"No,thanks. Saya pergi dengan Arsyad. Dia pun free." Fayyadh bertegas dengan keputusannya. Mawar mencebikkan bibirnya. Pantas dia melangkah keluar. Pintu bilik Fayyadh dihempas. Biadapnya! Rengus Fayyadh dalam hati.

Mawar duduk diatas kerusinya yang empuk. Amarahnya membuak-buak. Entah kenapa Fayyadh kelihatan mahu mengelak daripadanya.

"Ish! Tak dapat lunch mewah-mewah hari ni." Rungut Mawar. Dia sebenarnya mahu sentiasa bersama Fayyadh. Biar gadis diluar sana cemburu.

"Apa yang tak kena ye dengan dia?" Tanya Mawar lagi. Dia berfikir-fikir sebentar.

"Excuse me,miss." Sapa seorang lelaki yang segak memakai kot bersama tie. Mawar tersenyum manis. Handsome! Mawar! Ayu,Mawar! Ayu! Kau bertudung sekarang! Kena control ayu!

"Ye,encik? Boleh saya bantu?" Tany Mawar dengan suara yang lunak. Dia berusaha mengawal keayuan celupnya. Matanya sempat menangkap mata coklat cerah milik lelaki tersebut. Lelaki tersebit tersenyum senget.

"I nak jumpa Fayyadh. Dia ada,kan?" Tanya Ryan.

"Yup. Dia ada didalam. Encik ada buat any appointment tak?" Tanya Mawar manja. Bertudung tapi perangai gedik macam apa. Kutuk Ryan. Ryan menggelengkan kepalanya.

"I tak rasa I perlu buat. I masuk dulu." Ryan mengenyitkan matanya. Mawar hanya mengangguk sahaja. Biarlah! Asal dapat cakap dengan lelaki handsome ni.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Arah Fayyadh seperti biasa. Ryan meloloskan diri kedalam.

"Adh." Panggil Ryan. Fayyadh yang sedang fokus pada skrin komputernya terus mengangkat kepala.

"Ian!" Pantas abangnya dipeluk. "Duduk jom." Mereka berjalan seiringan ke sofa kulit yang berada ditengah bilik.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now