"Here u go." Katanya seraya menghulurkan senjata api itu kepada anaknya. Mata Fayyadh membulat.

"Hoi! Mana boleh bagi! Bahaya!" Tegah Fayyadh merampas senjata api itu daripada tangan Firash.

"Kenapa,papa?" Tanya Firash pelik dengan sikap cemas ayahnya.

"Bahayalah,sayang." Katanya menjawab soalan Firash.

"Bukan tak biasa. Machinegun pun Carl pernah handle." Akui Firash jujur. Makin membulat mata Fayyadh. Wajah selamba Dahlia ditatap.

"Awak bagi budak berumur 7 tahun gunakan senjata api? Are u crazy?!" Tanyanya pada Dahlia.

"Mereka dibesarkan dalam keadaan saya diburu. Mestilah saya ajar mereka gunakan gun. Pisau pun saya ajar sejak kecil lagi. Not a big deal at all. Mereka pun ada pistol tersendiri." Tiba-tiba Dahlia teringatkan sesuatu.

"Ouh,ya. Where's your gun?" Tanyanya kepada Firash.

"Hilang masa kena culik." Balasnya selamba.

"What?! Kim pernah diculik?!" Tanya Fayyadh terkejut besar.

"Hak-a. Eleh. Biasalah tu."

"Selambanya."

"Bukan tak biasa. Dah tak terkira berapa kali kitaorang diculik. Masa di California pun 10 kali juga." Cerita Firash penuh dengan selmbanya. Makin terkejutlah Fayyadh. Lama-lama boleh mati kejung kerana terkejut.

"And awak macam tak kisah pun?" Terus dipandangnya Dahlia yang membelek-belek pistolnya sambil bersandar pada badan jet.

"Siapa kata saya tak kisah? Kisah jugalah. Tapi,mereka tahu survive. Tak macam awak." Kutuk Dahlia sebelum bangun menghampiri Firash. FN 57 yang dibeleknya tadi diberi pada anaknya.

"Use this. Since papa tak bagi guna tu,u pakai ni. Okey?" Firash menyambut pistol itu sebelum dibelek juga. Tiba-tiba,dia menyasarkan Fayyadh. Mata Fayyadh membulat.

"Kim!"

Bang!

Sedas tembakan dilepaskan terus melaui Fayyadh. Dahlia juga melihat target anaknya tadi. Sekujur tubuh yang terduduk melutut menjadi santapan mata. Terus Dahlia mendekati lelaki itu.

"Good boy." Puji Dahlia kepada anaknya. Lelaki malang itu berusaha untuk bangun. Malangnya, kakinya pula yang ditembak Firash.

"Siapa kau?" Tanya Dahlia dingin. Dia menunduk dan wajah lelaki itu ditolak keatas agar memandangnya menggunakan hujung pisaunya.

"Kau takkan terlepas,Ace! Kau takkan terlepas! Dia akan balas dendam pada kau! Dia janji aakan bunuh kau dengan tangannya sendiri! Kemudian," Lelaki tersebut menoleh kearah Firash yang juga berwajah dingin. Senyuman inis terukir dibibir lelaki itu. "Anak kau pula menjadi sasarannya." Sambung lelaki tersebut sebelum merampas pisau ditangan Dahlia lalu mengkelar pergelangan tangannya sendiri.

"Apa maksud kau?" Tanya Dahlia dingin. Lelaki tersebut bernafas lemah dan terus lemah. Bukan Dahlia kisah sangat pun akan keadaan lelaki itu yang membunuh dirinya sendiri. Yang menaikkan amarahnya apabila lelaki itu menyebut tentang anak-anaknya.Pantangnya apabila anak-anaknya terbabit dalam halnya.

"S**t!" Seranahnya apabila lelaki itu 'selamat' menghembuskan nafas terakhirnya. Dia menjauhi lelaki itu mendekati juruterbang yang memandu jetnya.

"Musa,aku nak kau gerak sekarang. Bawa baik-baik dan aku tak mahu ada careless mistakes yang boleh menggugat nyawa anak-anak aku. Faham?" Musa mengangguk mengerti. Bukan dia tak biasa bekerja dengan wanita ini. Semua perjalanan wanita ini dialah yang menerbangkan jet peribadi Dahlia. Hanya dia dan seorang lagi juruterbang bernama Nizam sahaja yang dipercayai Dahlia untu menerbangkan wanita itu kemana sahaja destinasinya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now