"Ya Allah! Abang ni kan, terkejut tau tak.." Leesya mengurut ngurut dadanya yang berombak akibat terkejut sebentar tadi.

Leesya memberikan pregnancy test itu kepada Firash. Senyuman diukirkan, walaupun tidak selebarnya. Firash pun mengukirkan senyumannya.

"Esok kita pergi klinik ye?" Leesya mengangguk tanda setuju.

Leesya tidak putus putus berdoa agar keputusan yang ada pada pregnancy test itu benar benar menunjukkan bahawa dia hamil. Leesya juga agak teruja untuk ke klinik esok.

Hari ini Firash pulang sedikit awal untuk membawa leesya ke klinik. Semasa menunggu giliran di klinik, Firash menggenggam erat tangan Leesya sehingga tiba waktu gilirannya. Sebelum leesya masuk, sempat lagi Firash memberi kata kata semangat seperti "Fighting!!" Leesya ketawa. Pengaruh running man la tu Firash ni.

Semasa berjumpa dengan doktor, leesya menceritakan semuanya tentang keputusan pregnancy test itu. Doktor itu mengangguk sahaja. Leesya diminta untuk membuat urine test. Setelah siap, doktor memberitahu bahawa leesya tidak mengandung.

"Saya tak mengandung ke doc? Abistu result yang dekat pregnancy test tu macam mana?" Suara leesya menahan sebak.

"Maaf, the result is maybe negative, mungkin the baby terlalu muda or anything else.." Lemah lembut tutur bicaranya. Doktor itu juga tidak pasti sama ada leesya mengandung ataupun tidak.

"Nanti 2 or 3 weeks lagi, you datang sini lagi untuk buat another checkup ye? I am sure that you're pregnant sebab you ada cakap yang period you dah lama tak datang kan.." Sambungnya lagi.

"Ok kalau macam tu, saya nak buat blood test pula boleh kan doktor?" Doktor itu mengangguk dan senyum.

"OK kalau macam tu, nanti 4-5 hari you datang ke sini for the result.." Sebelum beredar, leesya sempat mengucapkan terima kasih.

"Abang, leesya minta maaf.. Doktor cakap negative.." Tutur kata leesya kedengaran sayu. Tidak sanggup mahu berdepan dengan Firash.

"Its okay la.. Next time insyaAllah ada ye sayang.. Don't be sad, tak cantik dah muka.." Firash memujuk.

"Tapi leesya ada buat blood test tau abang, and sayang yakin sangat yang sayang mengandung!"

Tiba tiba semangatnya kembali apabila teringat akan simtom simtom yang dibacanya di internet pagi tadi. Leesya juga mengalami kekerapan buang air kecil. Kerap buang air kecil juga adalah salah satu simtom simtom hamil.

Keesokan harinya, entah mengapa badan leesya seakan akan kurang enak. Tak sedap badan, pening kepala pun ada juga. Yang paling leesya benci, ialah kerap kencing! Penat okay? Leesya pun berfikir, 'ni effect pregnant ke apa? Lambat betul effectnya?'

"Pucat je sayang abang ni? Demam ke?" Firash menggosok-gosok lembut kepala Leesya.

"Entah la abang, rasa macam pening sikit.." Firash senyum.

"Ada baby la tuu.." Firash mengusap lembut perut leesya yang belum pun timbul itu.

"Ish abang ni, kita tunggu la nanti doktor sahkan sama ada ada ke tak babynya.."

***

Hari yang dinanti nantikan telah pun tiba. Hari ini, leesya harus ke klinik untuk mengetahui blood testnya. "Puan Qaleesya ya?" Nurse itu mengecam muka leesya sebaik sahaja leesya memasuki klinik itu.

"Ya, saya.."

"Puan, sila masuk untuk berjumpa dengan doktor.." Leesya mengangguk dan pergi ke bilik doktor tersebut. Kebetulan pada hari itu, tiada pesakit yang datang sebab tu la tidak perlu menunggu giliran.

"Hello leesya. Macam mana keadaan you? Takde pening pening kepala or lain lain?" Sapa doktor yang bernama Fara itu.

"Hello doktor. Emm, sejak dua menjak ni doktor, kepala kerap sakit. Lepastu, saya kerap ke tandas, buang air kecil. Kenapa ya macam tu doktor?" Doktor itu mula senyum dengan penuh makna.

"Hehe, congratulations Puan Leesya! Yes, you're pregnant and you're mommy-to-be." Leesya terlopong. Tangannya menutup mulut itu dan senyuman melebar di mulutnya.

"Are you kidding me doctor? Please tell me are you kidding me or not?" Matanya juga berair. Inilah perasaan setiap ibu yang begitu ingikan cahaya mata. Perasaan yang amat gembira. Tidak dapat digambarkan.

"Of course I'm not kidding.. Congrats ya. Your blood test hari tu menunjukkan result positive. Baby you baru nak masuk 6 minggu.." Leesya memeluk doktor itu dan mengucap syukur pada ilahi kerana telah memakmulkan doanya.

Doktor mengescan perut leesya. Perut leesya disapu dengan gel dan barulah discan. "Nampak tak?" Soal doktor Fara. "Mana doktor mana?" Teruja betul Leesya. Terpaparlah seketul bentuk yang kecil di alat ultrasound itu. Leesya tersenyum bahagia.

Vitamin serta supplement tambahan juga diberikan kepada Leesya untuk kesihatannya dan janinnya. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan Firash dan memberitahunya tentang hal ini. Hari ini Firash tidak dapat menghantarnya ke klinik kerana ada meeting mengejut pagi tadi. Terpaksalah leesya mengambil teksi sahaja.

Tidak lekang senyuman leesya selepas pulang dari klinik tengahhari tadi. Dia mengusap ngusap perutnya dan tersenyum sendirian sehingga tidak sedar Firash sudah pun pulang. Setelah sedar kepulangan Firash, leesya cepat cepat mematikan senyumannya. Nak bagi surprise!

"So how the result sayang?" Leesya tidak senyum mahupun bicara. "Ok takpe.. Kita berusaha lagi ye. Fighting!" Ketawa leesya meletus sebaik sahaja Firash membuat aegyo.

"Abang! You know what? Sayang pregnant!!" Leesya memeluk rapat Firash dan air matanya mengalir kegembiraan.

Firash mengucap syukur alhamdulillah. Malam itu, Firash dan Leesya membuat solat hajat untuk cahaya mata yang bakal mereka terima.

*******

Maaf banyak skip. okay tak part ni? Ke bosan lagi?
A big thanks to the voters and readers. Tak lupa juga kepada yang masukkan cerita ni dalam reading list mereka! Thanks a lot and a lot! Muah ciked ❤❤

Much love,
Myra.

6 Feb
22:24
Sat



Let's Make Love Happenحيث تعيش القصص. اكتشف الآن