***

Malam itu, Firash seperti biasa. Menonton cartoon kegemarannya iaitu Naruto. Entah apa yang menarik leesya sendiri tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu. Namun bukan seperti biasa kerana Firash baring di sofa. Selalunya dia duduk menyandar sahaja di sofa.

Leesya membawa semangkuk nasi putih yang berisi sup ayam yang baru sahaja dimasak itu dan kentang  yang ada di sup ayam itu dilenyek lenyek sehingga lumat di dalam nasi sup ayam banjir itu. Persis nasi bubur.

"Abang, sini leesya suapkan.. Abang kena makan nasi ni dulu, baru boleh makan ubat ye.." Leesya mengangakan mulutnya tatkala menyuapkan Firash. Seronok dia dilayan seperti anak kecil kerana dia disuap nasi sambil menonton naruto. Leesya sendiri mahu ketawa, lucu benar melihat suaminya itu.

Yes! Licin pun Firash makan. Kena paksa baru nak makan. Kalau tak paksa, jangan harap si Firash tu nak makan. Baru sahaja leesya hendak bangun mengambil ubat, Firash laju menuju ke bilik air. Semua yang ditelan tadi terkeluar dari rongga mulutnya. Leesya mengurut ngurut belakang badan Firash.

Habis merah muka Firash selepas muntah. Matanya juga berair. Kini Firash sudah pun berada di dalam bilik untuk tidur. Leesya mengambil tuala kecil yang telah dibasahkan dan diletakkan di dahinya. Firash lena tidur.

Handphone milik Leesya berbunyi. Mama? Leesya mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum mama! Leesya rindu sangat  kat mama. Papa dan mama sihat? Bila nak datang ke rumah leesya?"

"Oh alhamdulillah lah kalau papa mama sihat. Asyik takde masa je mama ni kan. Ye la, leesya faham. Leesya okay sihat walafiat ni. Cuma abang la, hari ni demam.. Makan je muntah, sebelum ni kalau demam takde pun macam ini.."

"Hah? Tak, dah lama dah tak datang.. Oh ye ke mama ni? Bukan sepatutnya leesya ke? Haa nanti lah Leesya cuba beli ye ma?"

"Ok mama. Eh mama! Leesya letak dulu ye, abang nak muntah lagi tu. Kirim salam kat papa. Assalamualaikum, love you mama!"

Leesya cepat cepat ke bilik air dan kembali mengurut belakang Firash. Firash begitu lemah, mahu berjalan pun di papah oleh Leesya. Sedih pula leesya melihatnya.

***
Hari ini pun Firash tidak masuk ke officenya. Demamnya semakin pulih, namun sakit kepalanya belum lagi pulih. Masih sama seperti semalam. Itu lah degil, orang nak bawa pergi klinik tak nak. Haih, degil! Leesya mula membebel di dalam hati.

Leesya terfikir sama ada mahu atau tidak untuk pergi ke sana. Kata kata mamanya malam tadi membuatkan dia begitu teruja dan gembira sekali.

"Abang, temankan leesya pergi kedai kejap boleh? Leesya nak beli something." Nak naik teksi nanti leceh pula kena tunggu. Buang masa tahu? Kalau ajak Firash pula, takut dia penat.

"Nak pergi mana? Sekarang ke?" Leesya mengangguk. "Ye la sekarang. Tapi kalau abang tak larat, Leesya naik teksi je." Pertanyaan nak-ke-mana itu dibiarkan sahaja. Bukan tak mahu jawab, cuma biarlah surprise dan leesya tidak mahu memberi Firash harapan yang terlalu tinggi. Biarkan dahulu. Kalau confirm baru beritahu Firash.

"Tak apa, abang okay je. Jom!" Katanya.

"Abang duduk dalam kereta je la ye? Cuaca kat luar tu panas terik tau? Nanti kang tak pasal pasal muntah tengah jalan pulak.." Firash yang baru sahaja mahu membuka pintu keretanya membatalkan niatnya.

"Takpe ke sayang? Bahaya la. Orang jahat keliling zaman sekarang ni. Takpe la abang temankan ye?"

"It's okay la. Bahaya apanya, depan tu je abang. Okay la leesya turun dulu. Kejap je. Bye!" Flying kiss diberikan oleh Leesya. Macam lah tak berjumpa dah nak berflying kiss bagai. Okay ni sesuai dinobatkan sebagai pasangan paling sweet pada abad ini.

Firash akur dengan arahan isterinya. Sambil menunggu, dia membuka handphonenya dan melihat gallerynya. Dia tersenyum bahagia. Bahagia mempunyai isteri seperti Leesya.

*******

Jeng jeng jeng!  leesya nak beli apa eh? Kalau nak tau of course la kena tunggu next chapter. So, stay tuned ya guys! T.T Seriously, korang punya vote rasa macam dihargai sangat! Tak tipu okay and rasa happy sangat sebab dapat share cerita ni dengan korang semua! ☺☺

Much love,
Myra

2 Feb
20:35
Tue

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now