"Bro, lama tak nampak kau kesini. Apa kes?" Tanay Chen. Dibelakangnya terdapat juga Joe dan Kade yang menuruti. Mereka sebenarnya terkejut juga melihat kehadiran Fayyadh di situ. Lama sudah dia tidak menjejakkan kakinya ketempat kotor itu. Fayyadh tergelak besar mendengar soalan cepumas daripada rakan-rakannya.

"Aku stress! Bini aku dah tinggalkan aku! Syarikat aku makin merindum! Sekarang ni aku dah tak punya apa-apa lagi dah! Hidup aku juga dah musnah! Musnah,tahu?!" Jeritnya lantang. Mereka bertiga mengeluh. Tahu apa yang sudah berlaku. Siapa yang tak kenal CEO Cempaka Holdings itu? Apabila mendapat khabar tentang Fayyadh,mereka bergegas pulang ke Malaysia bagi membantunya. Malangnya,Fayyadh sudah hilang keyakinan diri. Apa yang dia lakukan kini hanya memabukkan diri. Chen memandang Joe.

"Kau boleh call dia tak?" Tanya Chen. Joe mengeluh sebelum menggelngkan kepalanya. Dia tak dapat menghubungi Dahlia mahupun menghantar pesanan ringkas kepada wanita itu. Apabila Dahlia hilang,segala jenia komunikasi sememangnya terhalang. Dia block, tahu? Made memandang mereka bersilih ganti.

"Siapa?" Tanya Kade tak faham 'dia' yang sedang dibicarakan.

"Bini dia." Balas Chen malas mahu berbasa-basi.

"Yela. Siapa bini dia!" Tanya Kade masih tidak berpuas hati dengan jawapan rakannya itu.

"Itu kau tak perlu tahu. Hal gang." Balas Joe pula. Antara mereka berempat,hanya Fayyadh dan Kade sahaja yang tidak terlibat dengan dunia mafia ini. Walaupun beristerikan anggota mafia. Fayyadh tetap tidak melibatkan diri dalam hal itu. Kade mengangkat bahu tanda mengalah. Mereka menemani Fayyadh sehingga pagi. Berpesta, minum arak dan sebagainya.

********************************

"Kau datang sini,anak-anak aku kau tinggal mana?" Tanya Dahlia. Dalilah yang sedang mengemas terhenti perbuatannya. Wajah Dahlia dipandang sekejap. Perasaan serba salah mula muncul.

"Err..a..aku ba..bawa sekali." Jawabnya teragak-agak. Mata Dahlia membulat.

"Kau apa?!" Dalilah menutup mata apabila mendengar jeritan lantang Dahlia.

"Aku..aku tak tahu nak tinggal dengan siapa."

"Aku dah cakap,aku tak nak diaorang jejakkan kaki pun ke Malaysia. Kenapa susah sangat kau nak faham?! Sekarang mana diaorang?" Dalilah memeluk Dahlia. Tangisannya dihambur sepuas-puasnya.

"Ada...o..orang cu...culik mer..mereka." Terasa luluh jantung Dahlia mendengar khabar itu.

"Siapa?!" Dahlia menolak Dalilah. Bahu Dalilah dicengkamnya.

"Siapa,Dilah?!" Dahlia menggoncang kuat bahu Dalilah. Dalilah hanya mampu menggeng sahaja.

"Ak..aku tak tahu." Dahlia meraup kasar mukanya.

"D**n it!" Dahlia manumbuk kuat meja disebelahnya sehingga terbelah dua. Nafasnya turun naik kerana perasaan amarah yang tidak terkata.

*****************************************

"Buat apa awak culik mereka?!" Marah Mike apabila terlihat dua budak kecil yang berada diruang tamunya.

"Mereka anak Fayyadh dengan Dahlia. Saya nak biar Dahlia terseksa apabila anaknya hilang." Tawa Syasya mula terletus. Tawanya kuat kerana perasaan puas hati melihat kedua-dua anak Dahlia berada didalam genggamannya kini.

"Aunty,let us go. Please." Rayu Firash lembut. Berlainan pula dengan Farish yang memohon dengan kasar.

"For the sake of yours,you better let us go,b**ch!" Marah Farish. Matanya mencerlung tajam kearah Syasya membuatkan wanita itu gerun sedikit sebanyak.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now