"Bukan ini sememangnya formal ke?" Tegur Fayyadh. Kasar. Izzue senyum tawar sahaja. Semak betullah lelaki ni! Nak usyar perempuan ni pun susah!

"Memang betul pun apa yang suami saya cakap tu. Back to the main reason. Sebenarnya,apa tujuan kamu semua datang?" Sengaja dia menekankan perkataan 'suami' itu dalam bicaranya. Sekaligus menukar topik perbualan. Anwar berdehem sebentar sebelum memulakan bicara.

"Kami mendapat maklumat bahawa suami puan ada berjumpa dengan Mawar pada malam sebelum dia mati." Fayyadh terlopong. Mana mungkin! Dia berada di London kot masa tu!

"Ouh. Masalahnya,dia berada di London masa tu. Tak mungkin dia boleh balik dalam masa yang pantas." Bela Dahlia. Dia baru teringat sesuatu. Dia menggunakan kereta milik Fayyadh! B**ls**t!

"Masalahnya,kami menjumpai kereta beliau semasa menjalankan siasatan. Kami nampak keretanya daripada CCTV yang dipasang oleh pihak rukun tetangga."

"Kereta dia?"

"Yup. Audi A6 berwarna hitam metalik." Dahlia memikirkan hal itu. Dia mendapat satu idea.

"Saya tak percaya. Lagi satu,kenapa kamu semua terus buat kesimpulan dia dibunuh?" Kesemua mereka terdiam. Dahlia tersenyum jahat dalam hati. Otak liciknya mula berfungsi dengan pantas.

"Boleh jadi jugakan kalau dia bunuh diri? Atau mungkin dirompak? Awak tak boleh sewenang-wenangnya menuduh suami saya tanpa bukti yang kukuh!" Bentak Dahlia. Mereka yang lain tersentak. Terus menundukkan kepala masing-masing. Lemah! Kutuk Dahlia dalam hati.

"Maafkan kami,puan. Kami akan siasat kembali kes ini. Kami minta maaf sangat sangat kerana menganggu." Mereka segera meminta diri untuk pulang.

"So,kita dimana tadi?" Tanya Dahlia dengan suara menggodanya. Fayyadh yang bengang tadi terus lemah lutut mendengar bicara Dahlia. Dahlia sengaja melepaskan rambut panjangnya dan mengibas-ngibas mukanya.

"Awak rasa panas tak?" Tanya Dahlia. Fayyadh meneguk liurnya beberapa kali. Sudah. Memang mangandung lagilah bini aku. Fayyadh segera mencempung tubuh Dahlia terus ke bilik mereka.

"Awak buat apa ni?!"

"Sejukkan awak." Kata Fayyadh sambil mengenyit matanya. Mata Dahlia terbuntang. Seriously?!

**********************************

"Awak nak tengok cerita apa?" Tanya Fayyadh. Dahlia menjongket bahu.

"Ikut suka hati awak lah. Saya on je." Fayyadh mengangguk lalu memilih sebuah DVD untuk menjadi tontonannya malam ini.

"Cerita apa?" Tanya Dahlia yang ingin duduk disebelah Fayyadh. Tak sempat punggungnya mencecah kusyen,dia telah ditarik keatas peha Fayyadh.

"Heish! Suka sangat tarik-tarik orang duduk atas peha dia." Omel Dahlia.

"Kenapa? Tak suka ke? Take best?" Dahlia menggelng sahaja. Fayyadh mencebik.

"Tak. Keras! Duduk atas kusyen lagi best! Empuk je." Komen Dahlia selamba. Fayyadh menggigit hidung Dahlia menyebabkan Dahlia menjerit sedikit. Hidung yang digigit oleh Fayyadh tadi digosok lembut.

"Sesuka hati kritik suami ye?"

"Dah awak tanya. Saya jawab dengan jujur. Mana boleh bohong suami." Balas Dahlia sambil mula mengunyah popcorn yang dibuatnya tadi. Mereka mula hanyut didalam cerita yang ditayangkan. Bekas popcorn yang sudah kosong diletak ketepi. Fayyadh menarik bahu Dahlia agar mendekatinya. Bahu Dahlia dielus lembut membuatkan Dahlia tenang sahaja.

"Tengok atas,sayang." Arah Fayyadh. Dahlia menurut sahaja. Kelihatan Fayyadh membuka bumbung rumahnya. Disebabkan mereka sedang berada ditingkat paling atas, taburan bintang sangat jelas pada pandangan mata.

"Cantiknya!" Ujar Dahlia teruja sambil menepuk tangannya persis kanak-kanak yang baru peroleh garam. Ehh,kejap. Bukan gula-gula ke?

"Macam awak." Bisik Fayyadh romantik."Saya nak Tanya awak something." Dahlia memandangnya sekejap.

"Apa?"

"Berapa bilangan bintang?"

"Huh?" Dahlia mempamerkan wajah blurnya.

"Berapakan bilangan bintang?" Fayyadh mengulang kembali soalannya.

"Err,infinity?" Fayyadh mendekatkan wajahnya pada Dahlia. Hidungnya terus digeselkan pada hidung Dahlia. Membuatkan Dahlia lupa cara untuk bernafas.

"Itulah bilangan cinta saya pada awak." Ujar Fayyadh lembut. Dahlia terasa nafasnya tersekat dikerongkong. Wajah kacak Fayyadh ditatap lama.

"Awak serious ke?" Fayyadh mengangguk lalu berikan senyuman yang manis buat Dahlia.

"Pom rakh khun.

"Then,chan rakh khun maak!" Balas Dahlia. Fayyadh segera menyapa bibir Dahlia. Dahlia membalasnya dengan senang hati. Akhirnya! Kebahagiaan telah ku kecapi!

"Kita ke tempat menembak jom esok? Dah lama saya tak berlatih." Ajak Fayyadh. Dahlia mengangguk setuju.

"Awak pandai menembak? Siapa yang ajar?" Tanya Dahlia. Fayyadh tersentak. Wajah Dahlia yang kelihatan ingin tahu dipandang.

"A..awak tak tahu?" Tanyanya gugup. Dahlia menggelng.

"Sebab saya tak tahulah saya tanya." Balas Dahlia tenang sahaja.

----------------------------

Hai semua!
New chapter! Sebab homework tak banyak hari ni. Bolehla saya update. Hihihi. Amacam? Ramai nakkan adegan sweet kan? Nah. Saya kasi. Tetibe je ka? Kenapa,ye? And,wait! Kenapa Dahlia macam tak ingat dengan hal tu? Betul atau dia main2 je? Nak tahu,next chapter la kena tunggu! ;)
Read+Vote=Comment.

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now