"Kenapa merah tu? Panas ke? Nak saya pan.." Dahlia segera menekup mulut Fayyadh. Tahu apa yang bakal keluar daripada mulutnya itu. Fayyadh menggigit tapak jari Dahlia membuatnya menjerit sedikit. Pantas tangan Dahlia ditarik. Dahlia terduduk diatas ribanya.

"Apa awak nak sebenarnya?" Tanya Dahlia sambil merangkul tengkuk Fayyadh kemas. Fayyadh melingkarkan tangannya kepinggang ramping Dahlia dan kepalanya disandar pada bahu Dahlia. Haruman daripada badan Dahlia menenangkan sedikit hatinya.

"Awak?" Penhhil Fayyadh.

"Hurm? Kenapa,wak?" Balas Dahlia sambil tangannya mengusap lembut pipi Fayyadh.

"Anak kita mana?" Pergerakkan tangan Dahlia terhenti. Matanya ditikam anak mata Fayyadh yang nampak penuh harapan. Dahlia menarik nafasnya sedalam mungkin.

"Mereka...."

Ding! Dong!

Dahlia dan Fayyadh tersentak. Pantas pintu dipandang.

"Awak ada ajak tetamu ke?" Soalan Dahlia dibalas dengan gelengan.

"Awak?" Dahlia menggelng juga.

"Tak ada orang pun tahu saya tinggal dengan awak selain bosses."

"Hurm. Jomlah buka pintu." Dahlia mengangguk setuju. Dia menyarung jaket kulit Fayyadh yang berada di tepi pintu dan tudung sarungnya.

"Ye,siapa?" Kelihatan beberapa anggota berpkaian seragam berdiri dihadapan pintu.

"Adakah ini rumah Tengku Muhammad Fayyadh Haidar bin Tengku Rafiq?"

"Err,saya sendiri. Jemputlah masuk dulu." Pelawa Fayyadh. "Kenapa ye,tuan?" Tanya Fayyadh setibanya mereka diruang tamu. Mereka berbalas anggukan seketika sebelum kembali memandang Fayyadh.

"First, call me Anwar. Adakah kamu mengenali Mawar Adriana Muiz?" Fayyadh mengangguk.

"She's my personal assistant actually. Kenapa,ye?"

"Dukacita kami memaklumkan. Dia telah meninggal semalam."

"What?!" Fayyadh terkejut. Wajah Dahlia yang tenang dipandang. Ada kaitan dengan bini aku ke? No,no. Aria takkan bunuh sesuka hati.

"Ye,betul. Dia telah ditemui mati pada jam 12 tengah malam semalam. Kami kesini disebabkan oleh orang terakhir yang kami lihat dia hubungi adalah kamu,Fayyadh." Fayyadh tercengang sebentar. Cuba mencerna apa yang berlaku.

"Tak mungkinlah. Saya berada di London. Baru balik jam 5 pagi tadi."

"Hak-a,tuan. Dia balik pada jam 5:37 minit pagi tadi. Saya menjadi saksi." Ujar Dahlia sambil menatang dulang yang diisi dengan beberapa cawan dan teko.

"Kamu siapa,ye?" Tanya seorang pegawai yang sedang memerhatikan segala gerak geri Dahlia daripada tadi. Fayyadh terasa telinganya panas sangat. CEMBURU!

"Isteri saya." Dahlia terus ditarik kepangkuan Fayyadh. Dahlia memandangnya pelik. Dah kenapa? Pegawai tersebut kelihatan sedikit tersentak.

"Jemputlah minum,tuan." Pelawa Dahlia lembut. Anwar mengangguk sahaja. Lalu menyisip sedikit minuman yang dibuat oleh Dahlia.

"Sedap coffee ni. Pandai u buat." Puji pegawai yang mengerling pada Dahlia daripada tadi. Fayyadh menjelingnya tajam. Dahlia perasan akan situasi itu.

"Err,biasa je,tuan. Bukan ada apa pun." Dia segera menyejukkan keadaan.

"Okey. Panggil saya Izzue. Tak perlu bertuan-tuan segala. Tampak formal sangat." Ujar Izzue sedikit teruja. Dahlia tersenyum sumbing.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now