"Ace?" Ace yang sedang menilik sehelai gaun yang berwarna emerald blue mengangkat wajahnya.

"Kenapa?" Tanya Ace pelik. Lee menggaru belakang lehernya yang tak gatal.

"Err..u..err..u.."

"U. U. Dah kenapa? Sejak bila u gagap ni?" Tanya Ace pelik.

"Err.. U tak ada boyfriend ke?" Lee bertanya dengan nada yang sedikit perlahan. Malu kot! Serta-merta ruang butik Lee yang berada di California itu gamat dengan bunyi gelakkan Ace. Ace gelak terbahak-bahak sehingga mengalir air matanya.

"Ish. Jangan gelak macam tu la! Anak dara apa macam ni? Macam jantan! Gelak tak ingat dunia." Kutuk Lee sambil mengetap bibirnya menahan malu.

"Sorry. Sorry." Ace menyeka sisa air matanya yang tumpah semasa gelak tadi. Wajah kacak Lee di pandang. "Apa motif u tanya macam tu?"

"Nothing. Saja tanya. U kan lawa, attractive, perfect lah orang kata. So,I curious juga. U ada boyfriend tak?" Gesa Lee ingin tahu." Ace mengetuk dagunya lembut. Memikirkan soalan Lee itu.

"Nope. I tak ada boyfriend."

"Kenapa u tak nak cari?"

"I cintakan someone." Tersentak Lee mendengar jawapan tersebut. Hatinya bagai disambar petir mendengar penyataan Ace itu.

"Ouh,yeka? May I know who's the lucky guy?" Tanya Lee gugup.

"Jujurnya,I pun tak tahu." Balas Ace dengan nada yang makin menurun. Lee mengangkat sebelah keningnya.

"Maksud u?" Ace membetulkan tudungnya sedikit.

"Err.. I jumpa dia dalam mimpi."

"What?!"

"Yup. I know this is crazy but,still. I love him. I tak ingat dia siapa. U tahu I lost my memori since last 3 years,kan?" Persoalan itu dijawab dengan anggukan oleh Lee.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|حيث تعيش القصص. اكتشف الآن