"I cintakan Ace?"

"U cintakan Ace. Sebab tu u tak mahu. U takut dia tinggalkan u." Mike termenung sekejap. Aku cintakan Ace? Wajah Ace yang sedang nyenyak tidur dipandang lama.

"Yup. I cintakan dia." Aku Mike seraya tersenyum. Lee juga tersenyum tawar.

"Kalau u cintakan dia,bantu dia ingat semula." Cadang Lee. Mike menggelng pantas kepalanya.

"No,no. Dia tak boleh ingat. I akan kahwini dia."

"What?! No,Mike! U can't! She still someone's wife! Haram untuk kahwini isteri orang,Mike! I tahu I jahil. Tapi,hukum tetap hukum!" Tegah Lee. Tindakkan Mike gila. Haram kot! Berdosa!

"U jangan jadi bodoh la. I akan pastikan Fayyadh ceraikan Ace." Azam Mike. Lee terkedu. Dia ingin menegah. Tetapi,melihat pandangan mata itu dia jadi tidak berani. Ketua mafia dah buat keputusan. Mahu berlubang dahi kalau tetap menegah. Lee hanya mampu mengeluh kecil. Mike kelihatan mula mencempung tubuh Ace.

"Aik. U nak bawa dia ke mana?" Tanya Lee pelik. Jangan dia bawa kehotel sudah. Bukan boleh sangat Mike ni. Mike memandang Lee sekilas.

"Ni pejabat u. Tempat u buat kerja. Takkan I nak biarkan dia tidur disini? Apalah u ni." Lee mengangguk faham.

"U nak bawa dia ke mana?"

"Balik apartment." Balas Mike.

"Ouh,ye. I nak dia jadi model untuk fashion show I malam Khamis ni. Dia dah setuju. So, make sure dia datang." Pesan Lee. Mike mengangguk sahaja.

"Nanti WhatsApp I alamat." Lee membuat tanda 'ok' dengan jarinya. Mike mengatur langkah keluar dari pejabat Lee. Dia akan pulang ke apartment agar Ace boleh merehatkan diri.

****************************

"Hello,Lee." Sapa Fayyadh dari belakang. Lee yang tadinya sedang berbual dengan salah seorang tetamu jemputan pantas menoleh.

"Hai,Fayyad. Nice to meet u here. Thanks for coming." Lee bersalaman dengan Fayyadh yang menjadi salah seorang penderma dana bagi menjayakan pertunjukan fesyen pada malam ini. Fayyadh tersenyum memandang pereka fesyen dihadapannya kini.

"Design baju u semuanya lawa-lawa. I suka." Puji Fayyadh. Lee hanya tergelak besar mendangar pujian itu.

"Thanks,man. Fashion show dah nak start. U boleh ambil tempat u. Hope u enjoy tengok new collection of my boutique." Fayyadh mengangguk sahaja. Kakinya melangkah kesebuah sofa single yang khas buat VIP sepertinya. Kedudukan tempat duduknya betul-betul dibarisan hadapan. Pastinya semua pakaian yang diperagakan akan dilihat sepenuhnya oleh Fayyadh.

Pertunjukkan dimulakan. Muzik yang rancak mula bergema memenuhi ruang dewan. Model pertama keluar memperagakan pakaian pertama. Sangat cantik. Model tersebut berjalan melepasinya. Fayyadh khusyuk melihat kesemua koleksi yang diperagakan.

"For the last but not least,give a big hand for the most fabulous design of Lee Fabulous called Angel Ace!" Tepukan gemuruh mula memenuhi dewan. Fayyadh juga menepuk tangan bagi memberi sokongan. Seorang model keluar daripada belakang pentas. Gaun yang diperagakan adalah berwarna putih. Lace berkilat menjadi lapisan kedua. Gaun tersebut juga dihiasi batu-batu permata yang sangat cantik. Rekaan Lee yang ringkas tetapi sangat mewah. Model tersebut berjalan penuh yakin menyusuri pentas peragaan itu.

"Aria." Fayyadh berbisik. Matanya terbuntang memandang model tersebut. Ianya adalah isterinya. Lidah Fayyadh mula kelu. Matanya melekap kukuh pada sesusuk tubuh milik Ace. Setibanya dihujung pentas,Ace mula mengibarkan gaunnya. Tampak anggun dimata Fayyad.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now