"Fayyadh. Ni saya dah ada depan ofis awak. Ada minah tak bagi saya masuk. Namanya Armisyah." Selamba Amira mengadu menyebabkan Misya pucat mukanya.

"Budak tu memang bermasalah. Cakap kat dia,saya bagi masuk." Arah Fayyadh. Amira mengangguk faham. Talian dimatikan. Amira memandang muka Misya yang pucat tak berdarah.

"Adh suruh saya masuk." Misya mengangguk laju. Pantas Amira mengorak langkah memasuki bilik Fayyadh. Pintu dibuka,Amira meloloskan diri. Pintu ditutup menyebabkan Misya merengus kasar.

"Sorry,miss. I nak jumpa Fayyadh sekejap?" Tanya seorang lelaki muda yang tiba-tiba muncul. Misya several memaniskan mukanya. Handsomenya!!! Jerit hatinya.

"Encik ada buat appointment?" Tanya Misya dengan suara lunaknya. Redza tersenyum memandang gadis dihadapannya yang melentok-lentokkan badannya. Sayang,hatinya sudah berpunya.

"Nope. But,Fayyadh asked me to get here and directly get into his room." Redza berkata. Misya mengangguk sambil memuncungkan bibirnya. Masi niat menggoda.

"Masuklah." Misya mula memintal-mintal rambutnya. Redza terus melangkah memasuki pejabat Fayyadh. Misya terlompat riang melihat ada lelaki baharu yang bakal menjadi 'sasaran'nya.

***************************

"It's almost 6 years,Fayyadh!" Amira membantak. Fayyadh yang menundukkan wajahnya sedikit tersentak.

"Apa kau ingat senang ke nak lupakan dia?!" Fayyadh membalas balik. Amira merengus kasar. Geram dengan sikap Fayyadh yang masih tidak move on.

"Bro, kau kena redha. Segala yamg jadi adalah ketentuan Ilah. Bukalah hati kau,Fayyadh untuk perempuan lain." Redza memujuk pula. Fayyadh mengeluh.

"Kau ingat mudah ke aku nak move on? Hati aku sarat dengan dia. Otak aku sarat tentang dia. Kau tak faham! Dia mati sebab aku!" Fayyadh menyadarkan tubuhnya pada kerusi empuknya. Tangan mula mengurut-urut kepala yang mula sakit. Redza danAmira memandang dengan simpati. Fayyadh mengalami kemurungan selama hampir dua tahun selepas pemergian Dahlia.

"Kitaorang keluar dululah." Redza berkata. Lengan Amira ditarik untuk meninggalkan Fayyadh. Amira mahu tak mahu,ikutlah jejak Redza. Mereka beriringan keluar dari pejabat Fayyadh. Beberapa minit kemudian,Fayyadh terdengar bunyi pintu dibuka kembali.

"Keluarlah. Aku tak ada mood nak bahas soal tu lagi." Fayyadh berkata tanpa memandang gerangan yang memasuki bilikny kerana dia mambelakangi pintu. Tiba-tiba,terasa jari-jamari mengurut lembut bahunya. Pantas dia menoleh dan menolak kasar jari-jemari yang mengurutnya tadi.

"Kau buat apa ni?!" Mara Fayyadh. Misya tersenyum menggoda. Jari-jemarinya diletakkan kembali.

"Nak tolong u release tension u. Apa lagi?" Misya membiat suara menggodanya. Fayyadh menepis tangan Misya menyebabkan Misya terdorong ke belakang beberapa tapak. Muka tak puas hati dipamerkan.

"Kau tak boleh!" Marah Fayyadh.

"Habis tu? Bini u yang dah mati tu boleh ke?!" Tanya Misya kasar. Fayyadh tersentak mendengar kata-kata Misya.

"Kau rasa kau boleh ke?" Tanya Fayyadh sinis.

"Tentulah. I hidup lagi. I boleh tolong u hilangkan tension u dalam satu malam je." Misya mengenyitkan matanya menggoda. Fayyadh tersenyum sinis.

"Kau tak layak. Jangankan selepas bertanding,sebelum bertanding pun kau dah kalah." Fayyadh berkata selamba. Misya tarasa darahnya mendidih.

"Apa yang I tak ada tapi bini u yang dah mati tu ada?!" Tanya Misya geram. Suara yang tinggi itu menyebabkan Fayyadh tersengih lagi.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now