"Tengok movie apa?" Tanya Dahlia sekembalinya dia daripada biliknya. Mike menilik pakaian Dahlia. Kemeja-T bersama seluar sukan. Tudung masih setia di atas kepalanya.

"Nak aku jujur?" Dahlia memandang Mike. Pelik dengan pertanyaan Mike itu.

"Jujur apa?"

"Aku nak sangat kerjasama dengan kau." Dahlia menganggukkan kepala.

"Minta Raf." Balas Dahlia. Dahlia duduk disebelah Mike. Sepotong pizza dicapai. "Movie apa ni?" Tanyanya sekali lagi. Mike tersengih. Lali sangat memandang Dahlia.

"Maze Runner." Dahlia mengangguk perlahan. Mata difokuskan ke kaca televisyen.

"Ouh ya. Kau duduk berdua dengan aku ni,tak risau kena tangkap khalwat?" Dahlia memandang Mike. Kemudian dia tergelak besar. Mike terpaku melihatnya. Cantik sangat.

"Ada-ada je kau ni." Dahlia berkata setelah gelaknya reda. "Siapa je nak buat aduan? Satu apartment in Raf punya. Jiran semua ahli kita juga."

"Ouh yeka? Tak sedar pula aku."

"Memangla kau tak sedar. Hidup kau kat tingkat 6 ni aje. Satu tingkat ada 4 unit. Penthouse kan?"

"Jujur,tak pernah bertembung dengan yang lain. Memangla. Sekarang mereka keluar 'berburu'. Malam nanti,kita pula. Lagipun. hanya kau dan aku je yang bawah umur dalam kumpulan. Ouh ye,macam mana kau boleh masuk dalam kumpulan ya? Dah lama aku nak tanya." Tanya Dahlia. Mike memandang wajah Dahlia. Mukanya jadi sedikit keruh.

"Perit sebab dia." Kata Mike dingin. Dahlia mengangguk. Dia tak gerun dengan suara dingin Mike kerana suara Raf lebih menakutkan.

"Sorry. Kau tak perlu cerita." Dahlia bangun bagi mengambil air. Tetapi,lengannya ditahan Mike. Dahlia memandang Mike. Mike masih tertunduk.

"Parents aku dibunuh." Mike manarik Dahlia duduk kembali. Dahlia hanya menurut. "Masa tu,aku berumur 16 tahun. Aku tak tahu siapa pembunuhnya. Tapi,aku jumpa bullet yang bertanda kuda. Aku tahu ia bermaksud...." Knight. Dahlia menyambung dalam hati.

"Kemudian? Bagaimana kau boleh masuk kumpulan ni?" Dahlia memberi respon. Dia mahu Mike tahu,dia masih setia mendengar. Mike mengeluh.

"Sebab masa aku terkontang-kanting,Raf datang. Dia jumpa aku yang memegang bullet tu. Dia bawa aku ke suatu tempat. Di situ,dia tanya aku banyak soalan. Aku jawab saja. Bila dia tahu aku nak bunuh Orion Knight, dia offer aku join group ni. Aku tak tahu apa-apa masa tu. Yang aku tahu,aku nak balas dendam." Mike melepas nafas lega. Dia tak sangka menceritakan perihal tersebut kepada Dahlia membuatnya lega sekali.

"Aku sedang hadapinya sekarang." Kata Dahlia tenang.

"Aku tahu. Sebab tu aku tak sangka. Kau masih boleh tenang dengan semua ni." Mike merenung Dahlia. "Macam mana kau boleh jadi 'Ace'? Macam mana kau boleh masuk geng ni?" Dahlia memandang Mike.

"Bosses kawan baik abang aku. Sebab tu diaorang train aku." Dahlia tersenyum. "Keluar jom petang ni?"

"Nak ke mana?"

"Berlatih menembak."

"Di?"

"Dalam hutan." Mike mengangguk setuju. "Aku pergi ajak bosses kejap."

**************************

"Kau explain kat aku. Kenapa dia di sini?" Tanya Dahlia dingin. Mike tersengih. Begitu juga Fayyadh yang hanya membuat 'peace' dengan jarinya.

"Dia nak menembak juga. Berilah dia peluang." Pujuk Mike. Muka sedih dipamerkan oleh Fayyadh.

"Sejak bila korang kawan baik ni?"

"Sejak awak hilang. Dia tolong carikan. Jadi,saya percayakan dia." Balas Fayyadh selamba. Dia sebenarnya mahu ikut serta kerana tidak mahu Dahlia berdua dengan Mike. Kes cemburu lah ni. Mata Fayyadh sempat menilik Dahlia. Dahlia memakai jeans hitam bersama kemeja hitam. Tudungnya berwarna coklat. Lawa macam selalu. Dahlia mengeluh.

"Suka hati awaklah. Mike! Kau ajar dia. Pandai bawa dia sangat,kan?" Arah Dahlia. Mike mencebikkan bibir.

"Ace,u ajar suami u." Arah Raf pula.

"Give me five reasons kenapa I kena ajar dia."

"First,dia suami u. Second,u yang paling rapat dengan dia. Third, kami semua tak tahu nak ajar dia sebab dia lambat dan tak percayakan pistol tu. Forth, sebab u paling mahir selain Jake. And fifth,kami semua ada hal nak bincang. So,go!" Dahlia mencebikkan bibir tanda protes.

"Yela,yela. Haidar! Jom!" Dahlia mengajak suaminya ke belakang. Pistol jenis HS 2000 dicapai dan disua pada Fayyadh. Fayyadh mengambilnya tanpa ragu. Dahlia mula mengajar Fayyadh cara mengendali pistol. Cara take cover. Macam-macam yang diajarnya.

Bang! Bang! Bang!

"Good job,Haidar." Puji Dahlia.

"8/10. Not bad juga kau ni." Puji Raf yang baru tiba bersama Jake dan Zack. Mike juga baru tiba bersama sepucuk pistol jenis Glock-19 ditangannya.

"Dah diajar Ace. Tentulah hebat." Dahlia memutarkan bebola matanya apabila mendengar pujian Fayyadh.

"Jom la. Aku lapar." Mike berkata. Semua mengangguk setuju.

"Exam SPM dah hampir. Korang dah ready ke?" Tanya Zavk ketika semua sedang menjamu selera. Mereka mengangguk sahaja.

"Ace. Musim exam ni u dengan Mike tak perlu pergi 'hunting'. I akan suruh orang lain cover. U both focus exam je." Raf berkata tegas. Mike dan Dahlia menganggukan kepala sahaja.

------------------

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now