"Dosa untuk orang yang bukan muhrim."

"Dah tu,korang muhrim la?" Fayyadh membalas dengan anggukan.

"Dia bini aku. Lantak akulah. Jangankan kiss,bersetubuh dengan dia pun tak berdosa."

"Bi..bini kau?!" Tanya Azam dan Rais yang baru tiba dikelas.

"Korang duduk dulu. Nanti semua ada,aku jelaskan." Kata Fayyadh selamba. Dia mahu satu kelas tahu tentang hubungan mereka.

"Okay,guys! Listen up!" Fayyadh menarik perhatian seluruh kawan sekelasnya. Mereka semua memandang Fayyadh yang kini berdiri dihadapan kelas.

"Apa hal?" Tanya Zaki. Fayyadh tersengih. Dia mendapat seluruh tumpuan rakan sekelasnya. Dahlia yang berwajah kosong dipandang.

"Sayang! Mari sini!" Panggil Fayyadh. Dahlia menaikkan keningnya.

"Nak apa?" Fayyadh pantas menarik tangan Dahlia. Setibanya dihadapan kelas,Fayyadh meraih pinggang Dahlia dan mencium dahi Dahlia. Mata Dahlia terbuntang. Begitu juga kesemua rakan sekelas yang melihat adegan itu.

"Okey semua. Saya,Tengku Muhammad Fayyadh Haidar ingin perkenalkan isteri saya kepada semua. Nama isteri saya adalah Tengku Nur Dahlia Ariana iaitu rakan sekelas kamu semua." Fayyadh tersengih lebar. Dahlia mengeluh kecil.

"What?!" Semua bertanya serentak. Satu kelas kini terdiam melihat sepasang suami isteri dihadapan mereka kini.

"Kau biar betul,Fayyadh?" Tanya Syasya. Fayyadh mengangguk. Fayyadh memandang Dahlia.

"Bagi cincin nikah." Fayyadh menghulurkan tangannya. Dahlia menurut sahaja. Dia mengambil cincin nikah mereka yang menjadi loket gelang kakinya.

"Nah." Dahlia menghulurkan cincinnya. Fayyadh mengambilnya dan tangan Dahlia dikucup.

"Thanks,sayang." Fayyadh mengenyitkan matanya.

"Aww.. So sweettt.." Kata Kamal. Fayyadh membuka rantainya pula. Cincinnya disatukan dengan cincin Dahlia.

"See?" Dia menunjukkan cincin yang disatukan itu. Ia menunjukkan sebentuk hati yang lengkap. "Ni,cincin nikah kami. Ni pula,kad nikah kami." Fayyadh menunjukan kad nikah mereka pada rakan sekelasnya.

"Se..sejak bila?" Tanya Azam mendatar. Patah hatinya apabila mengetahui gadis pujaannya selama ini adalah isteri orang.

"Dah lebih 10 bulan." Jawab Fayyadh.

"It's already more than 10 months and u never tell us?! How could u two!" Marah Danial.

"Sorry,bro. Bersyukur sikit aku bagitahu semua sekarang. Niat aku nak bagitahu lepas SPM nanti." Balas Fayyadh selamba. Dahlia memandangnya.

"Dah habis?" Fayyadh mengangguk lalu tersenyum. Pipi Dahlia dikucupnya.

"Dah habis. Jom duduk balik." Fayyadh meraih pinggang Dahlia dan beriringan ke tempat duduk mereka. Rakan sekelas yang lain hanya melihat sahaja perbuatan mereka.

***************************

Dahlia melangkah masuk ke dalam apartmentnya. Kelihatan Mike sedang mengunyah pizza dihadapan TV.

"Kau buat apa datang sini?" Tanya Dahlia dingin. Mike memandangnya.

"Nothing. Saja datang nak junguk kau." Mike tersengih memandang Dahlia yang memutarkan bebola matanya.

"Apartment kau kat sebelah. Kau dah namapk aku okey je. So,u may leave now." Arah Dahlia sambil menunjukkan ke arah pintu. Mike mencebik.

"Bukan tak biasa." Mike masih lagi selamba mengunyah pizzanya. Dahlia merengus kasar. Dia memasuki biliknya bagi membersihkan diri dan solat.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now