Lagi satu,thanks atas birthday present tu. Maaf,saya ambil tanpa izin awak. Saya pakai sendiri. Harap aeak boleh pakaikan. Tapi,awak lena semalam. Saya pergi dulu,ye. Jangan cari saya. Once semua dah selwsai,saya sendiri akan cari awak. Izinkan saya lakukan apa sahaja.

P.S:I LOVE U. -Wife,Aria.-

Fayyadh jatuh terduduk. Tangisannya menjadi-jadi.

"Ya,saya dah tahu kebenarannya. Saya tahu,Aria!" Raungnya. Datin Maya pantas mendapatkan anaknya yang meraung macam orang gila.

"Ya Allah,anak aku! Kanapa,Adh? Cakap pada mama." Pujuk Datin Maya seraya mengusap kepala anaknya yang menangis kuat.

"Aria tinggalkan Adh,ma! Dia tinggalkan Adh sebab Adh halau dia semalam! Adh tuduh dia,ma! Adh hina dia! Dia tak salah pun,ma! Adh tuduh tanpa usul periksa!" Raung Fayyadh lagi. Datin Maya mula menitiskan air mata. Perit melihat anaknya yang meraung itu.

"Sabar,Adh. Sabar." Pujuk Razin yang baru tiba.

Ting! Tong!

"Mak Som! Tolong buka pintu."Arah Dato Rafiq. Mak Som mengangguk.

"Anak ni siapa?" Mak Some menilik sesusuk tubuh dihadapannya.

"Saya Zarif. Kawan Fayyadh. Boleh saya masuk?" Mak Son mangangguk seraya memberi laluan kepada Mike untuk masuk.

"Fayyadh?" Panggil Mike. Fayyadh mengangkat mukanya.

"Apa kau nak?! Kenapa kau datang?!" Bentak Fayyadh.

"Aku datang nak cari Dahlia." Terang Mike. Fayyadh mencerlung kearahnya.

"Dia isteri aku! Kau boleh berhenti kejar dia." Mike tersenyum kecil.

"Aku tahu. Sebab tu aku datang cari dia di sini. By the way,dia mana? Call tak angkat. Message tak reply. Jarang sangat dia tak angkat call aku." Kata Mike. Fayyadh menjelingmya marah.

"Dia bini aku! Kau tak perlu sibuk hal kami!"

"Chill,man. Aku datang nak tanya,kau buat apa kat dia? Semalam datang apartment. Menangis. Kau buat apa kat dia sampai dia menangis teruk macam tu?" Tanya Mike selamba. What?! Dia datang rumah Mike?!

"Dia datang rumah kau?"

"Dia balik rumah DIA. Aku tumpang je. Kitaorang rapat la. Apartment dia sebelah aku." Terang Mike. Fayyadh menepuk dahinya. Ya Allah! Diaorang jiran rupanya. Kenapa la aku bodoh sangat?! Fayyadh mengeluh kecil.

"Kitaorang gaduh. Aku tuduh dia pregnant. Sekarang ni aku tak tahu dia ke mana." Ujar Fayyadh perlahan.

"What?! Apa pasal kau boleh tuduh dia pregnant ni? Yang aku tahu,korang 'bersama' pun tak pernah lagi." Mike kehairanan. Muka Fayyadh memerah apabila mendengar penyataan Mike. Sehingga hal itu pun dia tahu. Sudah terbukti,mereka sangat akrab.

"Aku...aku tak tahu. Dia muntah-muntah....."

"And u jump to conclusion yang dia pregnant?! Kau gila ke?! Eh kejap,kau tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Berapa lama kau jadi husband dia? She's bulimic,u idiot!"

"She....what?!"

"Dia hidapi bulimia la! Itu je. No wonder dia selalu gelar kau 'internet habis kuota'. Kau lambat." Selamba Mike mengutuk Fayyadh.

"So? Kau ada idea tak nak cari dia ke mana?" Tanya Fayyadh. Egonya direndahkan memandangkan Mike lebih mengenali Dahlia berbanding dirinya.

"Entahlah. Dia kalau lari,susah nak track. Dah la. Aku balik dulu. Jaga diri kau. Dah tentu dia tak nak kau sakit sebab dia." Kata Mike kemudian melangkah pergi.

*******************************

"Adh?" Panggil Ryan.

"Eh,keluarlah! Sebab kau aku tuduh Aria macam-macam! Kau memang kejam! Rumahtangga adik sendiri pun kau nak hancurkan! Abang jenis apa kau ni?!" Marah Fayyah.

"Sebab tu aku kesini. Aku nak minta maaf. Aku..."

"Dah la. Maaf kau takkan boleh mengembalikan bini aku pun!"

"Fayyadh! Aku peluk dia masa tu sebab aku sakit!"

"Kau...apa?"

"Aku sakit,okey?! Aku hidapi barah otak!"

"What? Ni bukan salah satu helah kau kan?" Ryan menggeleng pantas. Sepucuk Surat diberi kepada Fayyadh.

"Tu surat daripada doktor yang mengesahkan aku hidapi barah otak."

"Se...sejak bila?" Tanya Fayyadh perlahan. Walaupun Ryan cuba merampas Dahlia,dia tetap abangnya. Pertalian darah tetap ada. Air yang dicincang takkan putus,bukan?

"Sejak dua minggu lepas. Aku akan ke London malam ni untuk terima rawatan di sana." Ryan menyeka air matanya sebelum menyambung. "Andai saja pembedahan tidak berjaya,aku masih boleh pergi dengan tenang. Terutama selepas mendapat kemaafan daripada kau dan Dahlia." Ryan bangun dan melangkah mahu keluar daripada bilik.

"Ian,aku maafkan kau." Kata Fayyadh sebelum kaki Ryan melepasi pintu. Ryan pantas menoleh memandang Ryan dengan riak tidak percaya.

"Betul ni? Thanks! Aku hargai sangat." Balasnya terharu. Mereka berpelukkan sekejap.

"Kau abang aku. Air yang dicincang takkan putus,bro." Kata Fayyadh.

"Aku harap kau tak jealous." Fayyadh mengangkat sebelah keningnya.

"Maksud kau?"

"Aku ke sana jumpa doktor peribadi yang Lea bayar. Jangan cemburu. Dia buat macam tu sebab aku abang ipar dia je." Ryan risau Fayyadh memandang serong tidakkan Dahlia. Fayyadh menggeleng kecil.

"Aku dah tahu kebenarannya. Aku yang ambil 'virgin' dia semalam. Aku tahu kau tipu." Kata Fayyadh seraya tersenyum tawar.

"Betul tu. Aku yang canang cerita masa tu. Sejujurnya,dia tak pernah tiduri sesiapa pun. Sorry again." Kata Ryan. Mereka berbalas senyuman sekejap.

"Aku tahu."

-------------------------------

Hai readers!
Ryan dah sedar! Horre! Kurang sikit pesaing Fayyadh. Sayang walaupun Fayyadh sedar kesilapannya,Dahlia dah tinggalkan pula. Hihihi. Nak tahu apa jadi lepas ni,kena tunggu next chapter lah. ;)
Read+Vote=Comment.

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now