"Tra...train apa ni?" Tanya Fayyadh berani-berani-takut. Dahlia menghembus nafas perlahan.

"Train awak handling...err...gun?" Pernyataan Dahlia membuatkan Fayyadh lupa untuk bernafas.

"Ka..kau nak aku belajar guna pistol?! Kau gila ke apa?!" Tanya Fayyadh dengan nada tinggi.

"Sabar,Ef. Bukan saya sengaja. Awak belajar je la. Kalau awak tak nak,saya nak. Saya nak berlatih. Dah lama sangat saya tak menembak." Ujar Dahlia. Dia tidak mahu memaksa Fayyadh belajar menggunakan pistol jika Fayyadh tidak mahu.

"Err.. Aku pergi sediakan target." Kata Zaki seraya berlalu pergi. Dahlia membuka dress yang dipakainya selamba dihadapan dua lelaki tersebut. Kelihatan,dia memakai jeans hitam dan baju panas juga berwarna hitam. Sedikit sebanyak menunjukkan bentuk badannya yang ramping. Tudung yang sedia ada berwarna hitam tidak diusik. Fayyadh meneguk air liurnya. Pantas dia memandang Irwan yang masih selamba menggilap pistonya. Sepucuk pistol dikeluarkan daripada belakang jeans Dahlia. Rahang Fayyadh sekali lagi terasa jatuh.

"Se...sejak bi..bila kau ad..ada pistol ni?" Tanya Fayyadh. Dahlia hanya mendiamkan diri.

"Awak guna pistol ni. Namanya Heckler & Koch USP. Sesuai untuk orang yang baru belajar." Ujarnya seraya meletakkan senjata api tersebut dihadapan Fayyadh.

"Nasib baik kau bawak. Aku tak tahu nak bagi dia pakai apa sebab aku memang tak ada pistol untuk trainer." Irwan bercakap menyedari kesilapannya. Dahlia mengangguk.

"Aku dah agak." Dahlia pula membalas selamba.

"Target dah ready. Kau nak start bila?" Tanya Zaki daripada luar pondok. Dahlia mengangguk kecil menandakan dia sudah bersedia. Matanya menikam Fayyadh pula.

"Saya nak pergi sekejap. Terpulang pada awak nak belajar atau tidak. Kalau nak,mintak Irwan ajarkan. Kalau tak nak,duduk sini diam-diam." Arah Dahlia dengan suara yang dingin. Fayyadh terkedu mendengar suara itu. "Bagi aku pinjam Beretta 92 kau,Wan?" Pinta Dahlia. Irwan menghulurkan pistol itu kepada Dahlia.

"Thanks,bro. Jaket kau pun aku pinjam." Kata Dahlia seraya bangun dari sofa. Pistol ditangan Irwan dicapai dan jaket dikerusi Irwan juga disarung. Kemudian,Dahlia melangkah keluar daripada pondok itu. Fayyadh memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Dia tinggalkam aku dengan pembunuh upahan ni? Wait. Aria pun pembunuh upahan ke? Patut tak aku call polis?

"Tak perlu fikir nak call polis. Tempat ni tiada signal." Tegah Irwan. Dia memandang Fayyadh dengan muka yang pelik. "Macam mana kau boleh nikah dengan Ace,Ef?"

"Err... Family's arrangement."

"Ouh." Keadaan sunyi seketika.

"Kau memang dah lama kenal Ar..I mean Ace ke?" Soalan itu dijawab dengan anggukan.

"Lebih kurang la. Bulan depan,genap dua tahun aku kenal dia."

"Dia memang..." Petanyaan Fayyadh terhenti apabila mendengar bunyi tembakkan yang kuat.

Bang! Bang! Bang!

Dahlia memasuki pondok dengan wajah yang cemberut.

"U suppose to use the silencer! My eardrum almost broken because of your careless,u idiot!" Marah Dahlia. Irwan tersengih.

"Sorry,ma'am! Here!" Irwan mencampakkan sesuatu kepada Dahlia. Pantas Dahlia menangkkapnya dan memasangnya pada muncung pistol. Dia kembali keluar.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now