Ryan yang berada diluar bilik tersenyum melihat adiknya yang sedang marah itu. Dia sengaja meletakkan gambar-gambar itu semalam kerana pasti adiknya tidak akan mengalah bagi mencari petunjuk tentang keberadaan Dahlia. Ianya berlaku lebih cepat daripada yang disangka. Ryan tersenyum menang.

"Sorry,Adh. Seems like Lea will be mine. Sekarang,tinggal mesukkan jarum sahaja." Bisik Ryan lembut. Dia berpura-pura mengetuk pintu bilik Fayyadh.

"Kau buat apa?! Keluar!" Halau Fayyadh. Ryan tersengih dalam hati. Matanya tertacap pada gambar-gambar yang berselerakkan diatas katil. Mukanya dibuat terkejut. Tangannya mencapai gambar Dahlia bersamanya. Bibirnya menguntum senyuman. Fayyadh yang melihat jadi berang.

"Look. I tak berniat nak sakitkan hati u. Tapi,kenapa u masih tunggu dia?" Ryan memasukkan jarum. Fayyadh merengus kasar.

"U baik cakap dengan I. Apa hubungan u dengan Aria,huh?!" Rayan mengambil tempat diatas katil berhadapan Fayyadh.

"Sorry,bro. I takut I sakit je nanti." Ryan berbasa-basi.

"Cakap je la!"

"Okey,okey. Chill. Kitaorang rakan sekerja. U tahu,I P.A dia masa dia jadi Lea Aliana dulu." Fayyadh mengangkat keningnya.

"Nama dia sebelum ni Lea Aliana?"

"Hak-a. Lea Aliana. Model yang popular dengan gayanya yang seksi dan mengancam. Baju yang digayanya semua laku. Keuntungan pula berpuluhribu sebulan. Kariernya sebagai Lea Aliana berakhir selepas kematian Aween. Sejak tu,dia tukar nama menjadi Lea Allana yang popular dengan gaya muslimah yang bergaya dan menutup aurat. Jujur,I tak sangka dia simpan lagi ni." Ujarnya bertujuan untuk menyimbah lagi minyak.

"Tu gambar bila? Apa berlaku?" Tanya Fayyadh sedikit gentar. Takut dengan apa yang bakal didengarinya.

"Err.. Ni gambar masa I took her virginity. We both mabuk malam tu. Sorry,bro. I took your wife's virginity before u can do it." Dia beredar selepas berjaya mencanang cerita dihadapan Fayyadh. Pasti Fayyadh akan menceraikan Dahlia sama ada cepat atau lambat.

"So,maksudnya dia bukan vigin lagi? Macam manala aku boleh nikah dengan perempuan kotor macam tu?!" Bentaknya. Ryan yang berada diluar bilik mendengar keluhan adiknya,tersenyum menang.

****************************

"Esok birthday Fayyadh nak celebrate mana?" Tanya Aidil ketika mereka bersama-sama berkumpul di taman bagi meraikan ulang tahun salah seorang rakan baik mereka.

"Apa kata kita buat kejutan untuk dia? Buat di rumah dia je lah. Bawa kek dan jemput teman rapat sahaja. Okey?" Cadang Danial. Ia disambut baik oleh yang lain.

"Sayangkan Dahlia tiada. Dah genap dua bulan dia menghilang. Kalau tak,mesti laju je dia buat plan. Ingat tak masa birthday Redza? Semua dia rancang seorang diri. Rancangan memang sentiasa terbaik." Puji Hakim.

"Hak-a. Aku pun setuju. Masa belikan hadiah untuk Cikgu Mawarni pun,hadiah dia yang cikgu paling suka." Tambah Dayana pula.

"Masa majlis Puan Hafizah pun,cadangan aku untuk buat persembahan tu terbaik. Kan?" Tanya Dahlia daripada belakang Dayana. Dayana mengangguk pantas.

"Betul tu. Cadangan kau semuanya bernas,Lea." Jawab Dayana selamba tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Pantas badannya dipusing.

"Dahlia!" Panggil mereka serentak. Dahlia tersengih sahaja melihat wajah kawan-kawannya yang terkejut beruk melihat kehadirannya. Pantas lengannya dicubit geram oleh Dayana.

"Ouch! That's hurt! " Dahlia mengaduh sambil mengusap lengannya yang dicubit tadi. Amira pantas memeluk Dahlia. Rindu dengan Dahlia yang hampir dua bulan menghilangkan diri. Dahlia membalasnya dengan hati terbuka.

"Rindunya dengan kau! Kau pergi mana hampir dua bulan menghilang?" Tanya Amira. Dahlia tergelak sahaja.

"Esok birthday Haidar. Any plan?" Tanya Dahlia menukar topik. Mereka menggeleng.

"Tu yang nama kau naik tadi. Harapkan kau je la nak buat party surprise terbaik. Harapkan mereka, me lautlah jawabnya." Kutuk Amira. Dahlia tergelak dan menggelengkan kepalanya sahaja.

"Okey. Here's the plan." Dahlia memulakan penerangan tentang rancangannya.

-----------------------------

Holla readers!
Baik juga Dahlia ni balik semata-mata nak celebrate birthday Fayyadh ye. Agak-agak apa reaksi Fayyadh masa jumpa Dahlia? Nak tahu? Kena tunggu next chapter tau?
Read+Vote=Comment

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now